Are You Moist Enough?

Adakah kulit korang cukup bagus?.. cukup lembut?.. cukup segalanya?.. haha ye la tuh tahu tak kulit korang tu banyak terdedah dengan segala jenis kuman?.. ya memang benar pun tipulah kalau korang cakap kulit korang dah cukup bagus. Hehe apa yang aku merepek ni.. aku pun sedar sebagai seorang lelaki tak kan lah nak berkulit lembut selembut bayi kan.. at least walaupun tak selembut bayi korang sebagai lelaki juga harus menjaga kebersihan dan kesihatan kulit ye tak?.. mesti korang setuju dengan aku kan..

Aku teringat lagi masa aku masih bayi, ehhh ye ke aku ingat?.. tak lah mak aku cakap, masa aku bayi dulu kulit aku lembut je yelah dah nama pun masih bayi.. sekarang cuba tengok?.. lagilah sekarang ni aku bekerja shift 24jam kat dalam aircond, memang kulit dan bibir sentiasa kering memanjang lama-lama jadi kerepot pula nanti. Nasib baiklah ada satu produk ni, apa lagi produk yang aku paling percaya iaitu Vaseline lah. Mula-mula dulu aku memang tak jaga langsung dengan tahap kesihatan kulit aku ni, maklumlah lelaki mana heran sangat pasal kecantikan ni.. lain la kalau ni lelaki Metroseksual yang sentiasa  menjaga dan menghabiskan duit untuk penampilan dan kecantikan semata. Walaupun aku boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki Uberseksual sebab menghabiskan duit kepada unsur yang berlainan seperti alat permainan, gajet, game, barangan komputer dan sebagainya tapi aku ada juga menjaga penampilan diri dan kesihatan kulit tapi tak sangatlah.

Aku ni memang jarang lah beli produk-produk kecantikan atau kesihatan diri ni, lepas aku couple dengan Alice, dialah yang selalu menitik berat pasal fizikal aku ni.. maklumlah dia kan awek aku, sudah tentulah dia nak boyfriend dia hensem macam David Beckham yang hensem dan memiliki kulit yang cantikkan.. Apa rahsianya ye?.. ntah lah tapi Alice selalu belikan aku produk Vaseline sebab dia pun gunakan produk yang sama. Katanya produk Vaseline ni bagus, semuanya gara-gara lepas aku kemalangan motorsikal 4bulan yang lepas, pergelangan tangan aku mengalami kecederaan yang tak terlalu serius tapi meninggalkan parut sampai ketua. Memang dah tak boleh buat apa lagi dengan luka ni, tapi selepas aku disuruh pakai Vaseline oleh Alice, Alhamdulillah kulit aku bertambah sihat dan parut luka pun dah semakin hilang… Wahhh bagus betullah produk Vaseline nih.

Kan best kalau dapat kulit selembut kulit David Beckham.. tapi… lembut ke kulit dia?.. tak nak lah sebab dia tak pakai Vaseline.. cuba kalau dia pakai Vaseline gerenti kulit dia sihat macam kulit aku tau HAHAHAHA.. [ GAMBAR NI TAK LUCAH KAN? ]

Sampai kehari ini aku masih menggunakan losyen Vaseline . Memang nampak perbezaannya, Kalau di office aku gunakan Vaseline Intensive Care untuk penjagaan bibir aku yang munggil ni. Bukan apa kerja dalam aircond memang boleh buat kulit dan bibir terasa kering, jadi produk ini amatlah sesuai untuk pengguna-pengguna macam aku ni.. tak salahkan lelaki pakai untuk kesihatan diri. Ini bukan satu advertorial atau entry berbayar tau ni pengakuan jujur sebab aku adalah pengguna  Vaseline yang sebenar 🙂

Oh ye!, korang tahu tak sekarang ni sedang berlangsungnya kontest Vaseline dilaman web Nuffnang.com.my , rugi oo siapa tak join contest ni.. boleh berparty bersama-sama artis kegemaran Malaysia antaranya

peraduan masih berjalan jadi sesiapa yang berminat bolehlah join contest mereka disini : http://www.nuffnang.com.my/vaseline/

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Are You Moist Enough?

  1. Miss Ave T says:

    This is a really nice post! All the best for the competition and do check out my entry as well? 😀

    Miss Ave T

  2. eyna says:

    creative post, good luck for the contest!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *