Sosilawati Dibunuh Mayatnya Bersama Tiga Yang Lain Dibakar?

Belum dipastikan lagi betul atau tak berita tentang kematian Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Baru dapat info dari Twitter pasal benda ni dan dah pun banyak spekulasi dibuat dilaman twitter dengan menggunakan hashtag #sosilawati. Ada yang kata kena bakar kat ladang kelapa sawit, ada yang kata kena buang kat laut Morib.. apa-apa pun kita nantikan berita selanjutnya di Bernama dan suratkhabar tempatan pagi nanti.. sebab kes masih dalam siasatan. Jadi jangan buat sebarang andaian kalau belum tahu cerita yang sebenarnya. Kesianlah kat keluarga mangsa kalau berita ini bukan berita yang betul. Apa-apa pun korang boleh tengok hashtag #Sosilawati kat bawah ni untuk maklumat terkini. Sama-sama kita doakan supaya Datuk Sosilawati Lawiya dan mangsa-mangsa yang lain selamat hendaknya.

Apa-apa pun korang boleh dapatkan Mingguan Malaysia hari ini untuk maklumat selanjutnya.

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Sosilawati Dibunuh Mayatnya Bersama Tiga Yang Lain Dibakar?

  1. Orgy says:

    betul ke kene bunuh? periksa betul-betul mayat tu.. tapi kalau betul kene bunuh, si pembunuh dan mereka yg terlibat mesti dihukum! no sembunyi-sembunyi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *