Jambatan Jalan Balam Dan Tebing Sungai Sering Semakin Uzur!

Aku rasa ini adalah kali yang ke 10 jambatan rumah aku ni hampir roboh akibat reput. Inilah satu-satunya jalan pintas yang menghubungkan antara Kampung Melaka dan Jalan Balam Cheras Kajang. Jalan ni merupakan jalan pintas bagi motosikal dan mereka yang berjalan kaki disini. Kalau nak naik kereta kena jalan jauh sikit tu pun lepas aku buat laporan kat KOSMO baru ada orang yang ambil perhatian buat jalan berturap ke rumah aku.. tahniah KOSMO! penulisan anda selalu menjadi perhatian pihak berwajib kat kawasan rumah aku ni..

Baru tahun lepas mereka repair jambatan kesayangan aku ni. Esok dah nak raya, tapi hari ni jambatan kat rumah aku ni dah totally uzur dan mula mereput kembali… ayooo tiap-tiap tahun mesti mau repair kah?.. itu orang kasi repair pakai kayu jati lah baru tahan lama maa.. jangan pakai itu kayu tongkat ali lah..

Korang tengoklah sendiri keuzuran jambatan kat rumah aku ni.. harap-harap ada pihak yang ambil perhatian sewajarnya secepat mungkin. Maklumlah rumah aku ni kawasan banjir, buatnya esok lusa banjir manalah kami nak lari.. tah tah dalam diam dah dibawa arus sungai sampai ke Kajang hahaha..

Inilah Jambatan yang dimaksudkan.. nampak cantikkan.. tapi..

ianya sudah uzur dan perlu diperbaiki segera. Harap dapat perhatian kepada pihak yang berwajib tentang jambatan ini

Kalau budak-budak sekolah jalan kaki kat sini waktu pagi dalam keadaan gelap sudah pasti kaki bolos kebawah.. jangan sampai mati jatuh sungai sudah la.. kang berhantu pula jambatan kat rumah aku ni haha.. aku dah la balik kerja malam-malam..

INI Gambar terbaru tebing Sungai Sering, Perhatian sewajarnya perlu diambil segera takut kalau sungai sering ni melimpah kita orang penghuni kat sini susah nak selamatkan diri. Lebih-lebih lagi sekarang ni ada projek mengorek pasir sungai tak tahulah secara halal atau haram dibelakang rumah aku ni,.. bahaya ooo buatnya tanah hakis lagi cam mana?.. lagi satu susah aku nak tidur siang dengan bunyi jentera pengorek pasir tu yang bising giler..

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR INI

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR INI

Ingat lagi aduan aku tentang tebing Sungai Sering yang aku buat ni kat dalam surat khabar KOSMO! tinggal sejarah je tapi tiada apa-apa tindakan diambil pihak yang berjanji tu untuk mengatasi masalah tebing sungai yang kian menghakis.. korang boleh baca aduan aku kat sini Aku@Kosmo – Kaki Komplain (Episod1) dan Aku@Kosmo – Tebing Sungai Sering Diperkukuh! (Episod 2) . Pihak KOSMO! anda dijemput ke sini semula untuk membuat tinjauan susulan.. boleh tak?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Jambatan Jalan Balam Dan Tebing Sungai Sering Semakin Uzur!

  1. lAl says:

    Pergh… enterframe la pulok..ahahaha

  2. Thristhan says:

    Wow, that’s bad. Didn’t know you were in the papers :). Keep it up. Selamat hari raya to you and your family. Happy Holidays.

  3. Pingback: Rumah Terbuka Yang Meriah » Aku Zaid

  4. admin says:

    tu lah eyra.. harap dapat perhatian segera..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *