Nuffnang DiGi Angels Berbuka Puasa @ The Apartment KLCC

Petama sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak DiGi dan Nuffnang kerana sudi jemput aku untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa bersama DiGi Angels di The Apartment KLCC petang tadi. Walaupun aku tengah bekerja petang tadi, sempat gak aku luangkan sedikit masa bertemu dan beramah mesra dengan kawan-kawan dan warga kerja DiGi dan Nuffnang yang sentiasa senyum dan baik-baik belaka. Sebab itulah DiGi dan Nuffnang pilihan yang tepat untuk kita semua. Semuanya ada bak kata pak meon belakang rumah aku ni “Macam-Macam ada ooo” hehe..

Fuhhh lega siut sampai gak aku kat KLCC naik public transport dari office, bukan apa aku ni jarang sejarangnya naik public transport kalau nak kemana-mana, selalu tu aku bawa kereta atau motor je ke event-event yang aku dijemput hadir. Tapi hari ni rasa malas pula nak bawa kereta sebab sah-sah lah jalan sesak waktu petang dengan orang nak balik kerja dan nak balik berbuka. Jadi aku ambil keputusan nak naik Monorail, LRT dan Putra untuk ke KLCC. Bagi yang baru-baru nak belajar macam aku ni, kalau nak ke KLCC dari Plaza Imbi senang je, kalau korang dari Plaza Imbi korang boleh pilih samaada nak jalan kaki atau menaiki monorail dari Plaza Imbi ke stesen LRT (Hang Tuah).. macam aku yang malas ni monorail adalah pilihan yang tepat haha.. murah tak murah lah.. dari Imbi ke Hang Tuah naik monorail RM1.20, kalau jalan kaki melalui Penjara Pudu tu free je.. 😛 , dari LRT Hang Tuah korang boleh pilih sama ada nak terus ke KL Sentral atau ke Masjid Jamek, aku memilih untuk ke stesen Masjid Jamek dan tukar train Putra ke KLCC .. dari Masjid Jamek ke KLCC tiket Purta RM1.60 jew.. Ohhh aku ingat naik public transport ni senang, tapi memang senang pun.. cuma orang terlalu ramai dan bersesak-sesak kat dalam train yang buat aku tak suka, kan best kalau kat Cheras bt9 ada monorail.. hari-hari aku naik haha..

Sampai je kat KLCC dalam pukul 7.10pm, terserempak dengan bro beautifulnara tengah mencari The Apartment tempat yang aku nak tuju gak.. aku ni jarang lah lepak KLCC tu yang terbangak-bangak jap.. nampak je bro nara terus aku follow dia.. walaupun dia sama macam aku tercari-cari kat manalah The Apartment ni.. nasib baik senang je nak cari tempat yang nak dituju tu.. sampai-sampai tempat sudah dipenuhi dengan para blogger.. nampaknya aku kena cari tempat lain lah.. nasib baik ada lagi tempat kosong kat belakang-belakang tu.. apa lagi aku pun cari geng lah haha.. nasib baik ada Ruby, Naim, Tehtarikmemoirs, Akak duk sebelah (lupa nama blog..) dan beberpa blogger lain termasuk Nicholas (Nuffnang) dan warga kerja DiGi sorry saya terlupa nama.. kami duduk dalam satu meja dan banyak info tentang DiGi dan Nuffnang kami bincangkan.. hoho bro jangan lupa nanti bagi ADV lagi kat saya ye haha.. bagi yang tak pernah tahu, aku pernah buat advertorial DiGi Blackberry sebelum ni, sesiapa yang berminat nak tahu pasal DiGi Blackberry boleh lah refer kat link ni..  OH BB! Aku Suka Sangat Blackberry Unlimited!

Okey kat bawah ni gambar-gambar yang sempat aku snap kat Majlis berbuka puasa nih.. apa-apa pun bagi yang tak dapat pergi tu jangan la terasa hati ye.. next time korang mesti dapat punya peluang macam ni.. haha..

Encik-Encik dari DiGi dan Nic dari Nuffnang.. senyummmmm cayalah diorang ni memang sporting abis..

Ruby, Naim dan Tehtarikmemoirs .. amboi3x.. naim kalau dapat makan sampai tak nampak camera haha

Aku dan… alamak akak saya lupa nama blog akak.. 🙁 maafkan saya.. akak tolong komen nanti saya edit entry ni balik hehe..

Exclusive di Mohdzaid.com : Peminat-peminat bro Tehtarikmemoirs kalau nak tahu dia ni tak makan pedas.. katanya allergic.. haha memang ye pun, baru makan pedas sikit dah cari air hehe.. kelakarlah bro ni.. anyway salam perkenalan ya..

Warga kerja Nuffnang dan DiGi .. Robb u look so cute today haha.. ayat bodek 🙂

One more.. group photo with Nuffnang and DiGi staff..

Huhu Anak Perak dan Sis bedtimestorie.. memang sepadan.. tapi sudah berpunya kot.. haha pepandai je aku nak menggosipkan orang..

Bersama Nuffies yang paling comel iaitu Firdauz Haris dan Jestina

Bersama DiGi Staff yang sangat ceria.. bro nanti kita lepak-lepak minum teh tarik yaa..

Group Photo .. ni semua top-top blogger tau.. kecuali saya.. saya blogger biasa je hihi..

The Apartment memang best dan banyak hidangan yang lazat-lazat belaka semperna Ramadhan ni.. kepada sesiapa yang nak cuba masih ada masa lagi ni.. trylah.. memang best..

Wahhh tak sangka, dalam majlis ni pun ada cabutan bertuah.. bestlah mereka yang menang review MiFi dan HTC phone.. berseronoklah dihari raya ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Nuffnang DiGi Angels Berbuka Puasa @ The Apartment KLCC

  1. hamzah says:

    argh.. aku jeles zaid.. kalo tak boleh jumpe ko lagi.. aku dijemput digi tapi terpaksa cancel kena balik kampung.. mmg happening la korang… jeles masih lagi terasa.. sob2..

  2. matjoe says:

    makanan nampak sedapp

  3. best kan smlm. makanan sdap. cuma xsempat kenal semorang. 🙁

  4. MASA says:

    seronok dan bestnya orang yang dapat hadiah cabutan bertuah tu..

  5. Khairi says:

    Aku tahu Zaid ambik gambar banyak semalam, so aku teruja gak kot2 terselit gambar aku kat sini, sekali takde haha. anyway, nice to meet you walau tak sempat nak kenalan, tapi apa gunanya blog kalau takleh nak kenal2 kan.

  6. che armster says:

    aku leh tersalah komen dekat entry ketupat plak… adeh!!

    dalam gambar ramai2 tu aku kot yang paling picisan… ~sigh~

  7. alice says:

    macam best je…len kali nak ikot 🙁

  8. Huda says:

    ehem2..kat gambar no3 tu Huda ye..boleh mintak izin curik gambar ni tak?
    hehehe

  9. oit bocor rahsia wei! hahahhahah!

  10. admin says:

    hihihi… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *