My Selangor Story – Dari Kelip-Kelip Ke Pantai Morib

Malam tadi entah dari mana datangnya, tiba-tiba rumah dimasuki seekor kelip-kelip.  Kemudian saya teringat Lipas terbang!  Begitulah orang-orang Kampung Kuantan memanggil kelip-kelip dari spesies pteroptyx tener ini.  Dah terlanjur kelip-kelip terbang di depan mata, eloklah bercerita tentang dia.  Saya berbangga kerana spesies ini hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia.  Iaitu di Kampung Kuantan dan di hutan Amazon. Kalau di Amazon, pelancong terpaksa meredah ke dalam hutan untuk menyaksikannya.  Kita… hanya di tepian tebing Sungai Selangor,  menjadi  tumpuan habitat kelip-kelip ini bermukim.

Untuk melihat kelip-kelip, pengunjung boleh ke jeti untuk menaiki sampan. Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang) dalam RM40.00.  Pengunjung akan dibawa menyusur di sepanjang sungai sejauh 1 kilometer.

Keunikan kelip-kelip pada ekornya.  Bercahaya pada kadar 3 kerlipan sesaat di waktu malam. Nak tahu, kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang.  Bertujuan menarik perhatian kelip-kelip betina.  Di saat keemasan inilah para pelancong ralit memerhati kelip-kelip.  Kelip-kelip ini hinggap di pokok Berembang yang tumbuh di persisiran tebing sungai.  Satu panorama yang amat menarik.  Menakjubkan.  Mengasyikkan. Keindahan cahaya yang mengerdip itu tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.  Malah kamera mahupun video tidak dapat merakamkan keajaiban ini dengan jelas sekali.  Sekiranya ingin melihat kelip-kelip lebih bercahaya datanglah pada waktu bulan dilindungai awan. Ah! Mana pula kelip-kelip tadi pergi.  Merajuk agaknya sebab bercerita tentang rakan-rakannya di Kampung Kuantan.

Mampukah kelip-kelip ini mengelak kepupusan mereka?  Melihat kepada pencemaran alam sekitar di mana pembangunan begitu pesat dinaikkan, pokok-pokok berembang ditebang, sudah pasti kehidupan kelip-kelip ini terancam.  Kelip-kelip keluar di waktu malam mencari makan.  Makanannya adalah cecair dari dedaun berembang.  Ditebang atau mati pohon-pohon di persisiran tebing, maka pupuslah kelip-kelip ini.  Semoga pihak berwajib mengambil usaha melindungi habitat ini.

Teringat pula saya ketika mengunjungi Pantai Morib di waktu malam suatu ketika dahulu.  Saya dan keluarga datang untuk menikmati ikan bakar.  Kami berkelah di tepi pantai sambil menikmati deruan ombak beralun menghempas di pantai.  Di bawah pohon rhu, sekumpulan remaja sedang menikmati barbecue.  Ya, malam hari kami berkelah. Ditemani melodi cengkerik.  Disirami cahaya bulan yang sedang mengambang dan dua lampu picit.  Sekiranya fikiran anda berserabut dan bingit mendengar hiruk pikuk kesibukan kota, berkunjunglah ke Pantai Morib di waktu malam.  Bukan bermakna siang tak boleh datang.  Tapi malam lebih romantik.  Tenang untuk beristirehat.

Tapi, kalau datang siang hari ada pelbagai aktiviti diadakan di Pantai Morib ini.  Ada sebuah pentas serbaguna.  Kalau bernasib baik adalah penyanyi terkenal datang menghiburkan pengunjung.  Pengunjung juga boleh bersantai sambil bermain bola sepak pantai.  Bagi yang pandai bermain gasing, sebuah gelanggang gasing disediakan.  Kalau ada anak, eloklah ajar anak-anak bermain layang-layang.

Tapi sayang, pengunjung yang ingin mandi-manda pasti kecewa, kerana air lautnya agak kotor dan akan surut di tengah laut sejauh mata mamandang.

Seharusnya sesuatu usaha perlu diatasi supaya dapat menghidupkan kembali keceriaan Pantai Morib.  Sebab itulah saya suka berkunjung diwaktu malam menikmati angin laut yang mendesah membelai wajah mendamaikan sanubari.  Dan kerana itulah saya berharap melalui blog ini, pihak yang bertanggungjawab dapat mengatasi masalah kepupusan kelip-kelip dan kesuraman Pantai Morib.  Bagus juga ada MY SELANGOR STORY ini.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to My Selangor Story – Dari Kelip-Kelip Ke Pantai Morib

  1. lynn hamzah says:

    teringin nak gie tengok kelip-kelip…raya2 nie ada tak diorang offer pakej tu ek?

  2. eyriqazz says:

    ehh,tak lebih 500 ke zaid?

  3. che armster says:

    bro zaid pon join contest myselangorstory ke? cool2

    tak dapat join.. rasa tak layak lagi nak join haha

  4. eyra says:

    besttttttttttttt! kat kuala kangsar pn ade

  5. admin says:

    Mmg best tau tengok kelip2 tuh.. Tapi time hari raya tak pasti la pulak..

  6. admin says:

    Bukan rules dia tak nak ayat lebih dari 500 ke bro..

  7. admin says:

    Hehhe saja mencuba nasib bro.. Teringin nak gi jenjalan.. Napa tak join bro.. ??

  8. admin says:

    Mmg best… Jom2…

  9. lAl says:

    Weh, ni nk kena vote kan??? nnti ak votekan ko..ahaha

  10. admin says:

    timer kasih lal… ko masuk la sekali beb contest tu nanti bleh jenjalan sesama..

  11. DaHLia says:

    all the best !!!

  12. admin says:

    thank you kak @DaHLia..

  13. Pingback: Rumah Terbuka Yang Meriah » Aku Zaid

  14. Anyss says:

    Salam,
    Rindu nak tengok kelip2 lagi…

    Dah lama tinggal di selangor, namun kesempatan untuk tengok kelip2 belum ada. tambah lagi kelip2 kena tengok waktu malam…

    Kalau pantai Morib, Bagan Lalang…agak kerap dah ke sana…

    Selamat maju jaya ya…

  15. Kampung Kuantan ni yang dekat Kuala Selangor tu kan? Kalau betul memang aku pernah pergi tengok kelip-kelip kat sini hampir 10 tahun dulu. Agaknya sekarang dah makin OK. A great post! Will vote for your MySelangorStory Contest. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *