Tolong Jangan Hina Malaysia

AMARAN!! aku dalam keadaan marah ketika menulis entry ini sebab aku baru je terjumpa hashtag #FuckMalaysia kat twitter. Apalah salah Malaysia sampai menghina nama dan Negara Malaysia sampai macam ni?.. aku sebagai rakyat Malaysia yang MERDEKA amat terkilan dengan mereka yang menjadikan laman sosial seperti Twitter, Facebook, Friendster, Forum dan blog tempat aktiviti bagi sesetengah pihak melepaskan kata-kata yang kurang menyenangkan dan boleh dikira sebagai satu penghinaan terhadap bangsa, agama dan negara tercinta iaitu Malaysia.

Cuba korang lihat betapa lancangnya mereka membuat laman-laman sosial ini tempat untuk meluahkan rasa ketidakpuashati mereka terhadap negara Malaysia..

http://www.facebook.com/group.php?gid=88754746085#!/group.php?gid=88754746085

http://search.twitter.com/search?q=fuckmalaysia

http://profiles.friendster.com/57158393

Apakah motif kewujudan profile dan fanpage ini dalam sosial media masakini?.. diharap pihak yang bertanggungjawab dapat menghapuskan laman-laman ini secepat mungkin, kerana saya sebagai anak Malaysia amat tersinggung dengan tindakan yang mereka lakukan. Kami sebagai rakyat Malaysia menghormati setiap insan dan semangat kejiranan kami amat utuh sekali sehingga ke hari ini. Jadi jangan menguji kesabaran kami, semoga dihari dan bulan Ramadhan yang mulia ini dapatlah kita saling maaf bermaafan sekiranya ada tersalah dan silap. Jangan timbulkan isu-isu seperti penghinaan ini, kerana kami rakyat Malaysia tidak membenci anda (yang terlibat) semua…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Tolong Jangan Hina Malaysia

  1. Simon Seow says:

    Mengapalah negara jiran kita suka buat hal terhadap negara kita? Kita tidak buat apa-apa pun terhadap negara mereka. Asap-asap dari negara mereka datang ke Malaysia tiap-tiap tahun pun kita tak ada buat apa-apa yang dahsyat. Ada hal sikit mereka pula buat kecoh.

  2. syahirul says:

    mereka sentiasa takkan puas hati dengan kita.. mcm2 isu mereka timbulkan.. yg paling lama isu lagu negaraku.. entahla.. patut kita buang aje mereka dari negara ni… walau tak smua yg perangai mcm tu…

  3. Bit Zamri says:

    apehal mereka ni…isyhkhh3…xpatut la… kite xpernah nak musuh dgn diaorang…

  4. admin says:

    Betul tu bro.. Kita ni rakyat malaysia sudah banyak bersabar tapi merek tak pernah nak bersyukur.. Suatu hari nanti tuhan akan membalasnya

  5. admin says:

    Tu namanya mereka tak sedar diuntung.. Sabar je la bro..

  6. admin says:

    Tu lah bro.. Kita dah banyak bersabar..

  7. Pingback: Kegagalan Saya Adalah Kesuksesan Yang Tertunda. | Blog Untuk Pebisnis Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *