Kakitangan Awam Dapat RM500 Duit Raya, Aku Dapat RM509.13 Duit Nuffnang!

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara-perasa kerajaan (Mak jangan lupa belanje) sebab dapat duit raya tahun ni dari Kerajaan Malaysia. Wahhh RM500 tu bukan sikit-sikit tau, baiknya hati PM kita… ini barulah dikatakan 1Malaysia.. Peliklah aku ada juga orang yang tak bersyukur dapat duit terpijak macam ni kan.. ada lah telinga aku dengar diorang membebel sebab dapat RM500 je… korang ingat RM500 tu ciput ke hah?.. makcik cleaner tempat aku bekerja tu gaji dia tak sampai pun RM500 tapi dia tetap bersyukur pada rezeki Allah.. huhu orang cakap duit jangan tamak. Aku nak nasihatkanlah kat korang semua kalau dah dapat duit tu nanti janganlah terlalu boros ye, nak beli kuih raya lah, baju raya lah.. beli itu ini lah… kalau boleh simpanlah sikit dalam bank untuk kegunaan emergency ke nanti.. pasti lepas raya nanti korang bengkok kan nak bayar hutang… so duit ni gunakanlah sebaik yang mungkin.. jimat cermat itukan amalan mulia..

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

“Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

“Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara,” katanya.

Raja Wan Mahmood berkata pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. — Bernama

Apalah nasib aku ni yang berkerja swasta tak dapat apa pun, melopong je tengok kengkawan yang kerja kerajaan shopping sakan untuk hari raya tak berapa lama lagi. Tapi tak apalah tak ada rezeki la tuh untuk aku nih.. selalu company tempat aku bekerja tu kasi bonus masa Gong Xi Fa Cai..  baguslah juga tak dapat duit sekarang sebab kalau dapat nanti gerenti habis licin aku kerjakan… hahahaha…

Disebabkan aku amat terasa dengan penjawat jawatan kerajaan yang dapat durian runtuh duit berkepuk-kepuk tu.. aku sedapkan hati aku dengan meng’Cash-outkan duit Nuffnang aku yang terkumpul sebanyak RM509.13, hahahaha… walaupun tak banyak untuk bulan ni tapi boleh la sikit-sikit untuk backup duit gaji untuk bulan akan datang.. nasib baik duit advertorial dan ada tiga lagi buffered earning yang belum di Meteredkan lagi.. adalah dalam rm200.. tak pe tu simpan kasi banyak lagi hujung tahun baru cashout…

Walaupun Nuffnang Earning aku ni tak sehebat top-top blogger yang lain tapi aku bersyukur sangat.. sebab tanpa Nuffnang ni tak berduitlah aku tiap hujung bulan.. so duit ni nanti aku nak repair kereta dan motor aku yang dah semakin uzur… huhu…

Nota : So makcik pakcik aku yang kerja kerajaan tu apa lagi tahun ni kasi up sikit lah duit raya untuk anak-anak buah yang dah kertu ni yek.. tua-tua gak tapi duit raya jangan lupa diberi tau kat aku nih hehehe..


About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

35 Responses to Kakitangan Awam Dapat RM500 Duit Raya, Aku Dapat RM509.13 Duit Nuffnang!

  1. Kancilbiru says:

    ko jeles kat pekerja kerajaan sbb dapat 500, ni pekerja kerajaan nak jeles kat ko pulak dapat sebab dapat duit nuffnang…lebih pulak tu…hehehe

  2. sharinginfoz says:

    tahniah memang gempak le bro, seronok juga blogging ni kan, sambil-sambil dapat juga income.

    Bonus Kakitangan Awan dan Pesara RM500

  3. ina camar says:

    oklah rm 500.00 ..rezeki..sapa nak beri sesajo kan…. tapi tabik gak kat u sbb dapat duit nuffnang bykkk…

  4. aku dapat rm 500 tue… seronok… 🙂

  5. nizam omar says:

    salam sifu..aduhai,banyak ye dapat dari nuffnang, ajarlah tip2.hehehe.kena ada pengeras ke?
    ok lah tu rm 500.saya sokong sifu mohd zaid cakap, makcik cleaner pungaji xsampai banyak tu.Tapi diorg tetap bersyukur.Alhamdulilah..dapat jugak baju raya tahun ni.heheheh

    http://nizamullah.blogspot.com/2010/08/duit-raya-rm500-untuk-kakitangan-awam.html

  6. eyriqazz says:

    wow,blela zaid blanje chicken rice shop..hik3..

  7. yang BENAR says:

    TO ADMIN…bukan kita tak bersyukur..tapi tgk la brapa lama kita dah tak dpt bonus..kita rasa mcm kerje kita tak dihargai..500 untuk meringankan beban? come on..this is 2010..brape ringan sgt dengan 500..kita tgk pekerja kilang pon dpt 3-4 bulan bonus..lps tu ko cakap berjimat cermat?ko jgn slh faham..aku benci btl tgk org x faham erti berjimat cermat yg ko cakap tu..bayangkan pekerja awam yg gajinya kecil yang sdh tidak tahu apa lagi untuk dijimatkan lagi?kenapa golongan bawah yg disuruh utk berjimat sdangkan yg atas diabaikan?come on kita open minded..tahun lps 500…thun ni subsidi dtolak dan msh 500 gk..seimbang ke?yes im lovin it..AMAT BERSYUKUR ALHAMDULILLAH

  8. mama@liyana says:

    wah bestnyer..sy xmerasa lg pon walaupon rm5…huhuhu…

  9. Knp ‘yang BENAR’ tu butthurt btol? Aku ni dah la xde cek Nuffnang utk ditunggu, bkn kakitangan awam pun. Bonus akhir tahun pun sebulan gaji je. Aku kene tampung famili 4 org dan aku masih boleh survive.

  10. whose says:

    mmg stailo ar beb bila dah tukar design..smgt kemerdekaan ko mmg tebal..harap2 blogger2 yg lain terbakar tgk ko pnya blog..baru syok berlumba2 utk semarakkan hari kemerdekaan..papepn tahniah..Selamat menyambut kemerdekaan ke-53

  11. KY says:

    Oooo mesti happi giler

  12. admin says:

    hehehe @Kancilbiru tak apa sis punya income Nuffnang lagi lebatkan.. hehehe

  13. admin says:

    memang best bro @sharinginfoz tapi lagi banyak duit dapat lagi macam-macam nak beli hahaha

  14. admin says:

    hoho @ina camar, alhamdulillah rezeki tuhan kita bersyukur je apa yang ada..

  15. admin says:

    @maslinamansor wahahhh berseronok ronok la ngan duit tu yek.. nanti blanje zaid tau.. 🙂

  16. admin says:

    @nizam omar, kalau nak tips tu senang je… tips dia adalah sentiasa bersyukur apa yang ada.. dan selalu dan rajin2lah join aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang..

  17. admin says:

    @eyriqazz hehe bro punya income lagi gempak.. ok zaid blanje chiken rice bro pulak blanje zaid makan kat mali’s danau kota yek.. bleh hehehe

  18. admin says:

    yes sokong.. hehehe suka statement awak tuh..

  19. admin says:

    Salam @mama@liyana, tunggulah nanti ada lah tuh..

  20. admin says:

    hihihih… ala sis punya NN lagi lebat… tapi salut kat u sebab still boleh tampung famili…

  21. admin says:

    @whose hehehe semperna bulan kemerdekaan kita kibarkanlah Jalur Gemilang walaupun didalam blog hehehe..

  22. admin says:

    waahhh bro KY masuk blog saya… thanks bro.. uhuhu mesti la happy giler dapat duit Nuffnang.. boleh belanja raya.. bro KY bila nak ajak saya makan-makan?..

  23. Afra Yuri says:

    wahhhhh mahsyukkkkkk.. haha. orang kerja kerajaan jeles kot tengok.

  24. Luth Textile says:

    hebat2.. hohooh jeles sikit. nak nak 😛

  25. admin says:

    @Afra Yuri .. hehehe ye kew.. ala diorang dapat lagi banyak kan..

  26. admin says:

    hehehe ala ko @Luth.. ko nya lagi banyak kan..? cepat belanje aku..

  27. unwanted says:

    wah.. bleh bagi duit raya ni.:)

  28. CFSguy says:

    Sebagai staff Contract For Service (CFS), saya berasa tidak puas hati kerana tidak dapat RM500 untuk raya. Ini adalah kerana CFS dikecualikan..adakah ini bermakna CFS tidak buat kerja ke? CFS pun memberi sumbangan terhadap kerajaan. Saya tahu yang CFS tidak layak mendapat kemudahan Pegawai Awam,tapi ini adalah duit raya dan adalah sumbangan kepada yang memberi khidmat kepada kerajaan. Memang saya tidak puas hati. 🙁

  29. admin says:

    Boleh.. Boleh.. Datang lah beraya kat umah kalau nak duit raya hehehe sehinggit bleh?

  30. ishak says:

    congrats bro for ur achievement. bilalah nak tiba turn aku. hehe. dtg jenguk blog aku dan komen skit kekurangan blog tu. tq

  31. Maryam says:

    saya kakitangan awam dan bercuti separuh gaji mulai feb-julai 2010 seterusnya mulai Ogos 2010 saya cuti tanpa gaji. Adakah saya layak dapat duit raya.

  32. safif says:

    wah!! best nye… nti tolong ajar ek, mcam mne nk tingktkn blog traffik.. heheh..

  33. admin says:

    salam safif.. boleh je letak isu-isu semasa kalau nak tingkatkan lagi pembaca blog..

  34. Ted Hardy says:

    bro, camne kiraan duit utk churp2 ni yek? maksud aku, bila dia akan mula bagi duit kat kita? lepas abis promo ke?

  35. Ted Hardy says:

    Ala korang, its not how much money we get, its how much money we save. RM500 tu dah ok lah tu sape nak bagi ko RM500!?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *