Mohdzaid.com Dah Pakai Content Delivery Network (CDN)

Kini aku maklumkan bahawasanya blog aku ni iaitu mohdzaid.com telah siap dan sudah menggunakan Content Delivery Network (CDN), wahhh orang kata hidup kena berubah yelah tiap-tiap bulan kita beli dan tukar baju baru kan untuk badan kita yang sentiasa membesar ni, blog pun macam tu gak kenalah berubah juga.  Ohhh apakah itu Content Delivery Network (CDN)? aku pun taklah pro tentang CDN ni, aku hanya cuba-cuba je dulu.. ni pun aku belajar sendiri dari pakcik aku… ala tak kan korang tak kenal pakcik aku tu.. PAKCIK GOOGLE ! kenal kan?.. haaaa dialah yang ajar aku..

Apa Itu Content Delivery Network (CDN)?

Okey aku nak cakap yang pertama sekali aku taklah pro pasal CDN ni dan aku pun masih belajar-belajar, orang cakap baru nak berjinak-jinak dengan CDN ni.. apa yang aku tahu CDN ni adalah kumpulan jaringan server dari seluruh dunia berfungsi untuk memberikan akses ke laman web atau blog dengan lebih cepat.  Mari kita tengok rajah dibawah ni mungkin boleh faham sikit-sikit kot..

Laman yang tidak menggunakan Content Delivery Network (CDN)

RAJAH 1

Rajah kat atas tu adalah satu blog yang diakses oleh pelawat dari serata dunia melalui satu server dari satu lokasi didunia. Kesemua bahan-bahan yang ada dalam blog tu contohnya gambar, video, data sedang diakses dalam satu masa, bayangkan kalau server tu down atau hang, pastinya kesemua pelawat tadi tidak dapat mengakses laman web dan blog tersebut pada masa itu. Ini adalah contoh situasi yang blog aku hadapi sebelum pasang CDN.

Laman yang  menggunakan Content Delivery Network (CDN)

RAJAH 2

Rajah yang ni pulak adalah blog yang menggunakan CDN dan kesemua data blog seperti gambar, template, video disimpan dan cache dalam server berlainan yang terletak dalam lingkungan diserata dunia. Berbeza dengan rajah 1 pelawat hanya tertumpu pada satu server berbanding dengan rajah 2 yang menggunakan CDN, pelawat dapat mengakses blog korang melalui CDN server yang berdekatan dengan lokasi mereka. Ini dapat melancarkan lagi trafik blog dan dapat mengurangkan penggunaan bandwidth yang pihak hosting berikan. Bayangkan kalau satu server rosak, pelawat akan menggunakan server yang lain sebagai alternative untuk ke blog kita..

Siapa Yang Memerlukan Content Delivery Network (CDN)

CDN adalah sangat berguna kepada syarikat-syarikat besar yang banyak menggunakan kapasiti hosting dan bandwidth mereka. Selain itu CDN juga sesuai untuk Blog, Portal, Website, Forum, Web Aplikasi, Galeri gambar, E-Pelajaran, E-Perniagaan, Jualan Online, dan banyak lagi.. sesiapa saja boleh menggunakan CDN. Antara website dan syarikat besar yang menggunakan CDN adalah Yahoo.com, Facebook.com, Adobe.com, Symantec.com, Joomla.org, Google, Altavista dan banyak lagi.

Ini adalah serba sedikit tentang CDN yang aku nak kongsi dengan korang.. seperti yang aku cakap.. aku bukan pro.. korang boleh usha penulisan sifu-sifu tentang Content Delivery Network (CDN) sebagai rujukan lanjut.

http://ariffshah.com/lajukan-loading-time-blog-anda-dengan-content-delivery-network-cdn/

http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/kenali-cdn-bersama-kak-jie.html

http://www.qiilans87.com/mengapa-website-blog-perlu-menggunakan-cdn/

http://hairilhazlan.com/nak-tahu-apakah-content-delivery-network/

Gambar digoogle dari : http://instantcdn.asia

  • For a conventional website which is without CDN, all the contents, images, files, videos are served from a single server from a single location.
  • When there is a sudden surge of traffic, the standalone server may be congested.
  • When the single server is down, all the contents become inaccessible.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Mohdzaid.com Dah Pakai Content Delivery Network (CDN)

  1. A-Y-I-E says:

    berapa bayarannya???

  2. Guna CDN ape bro?

  3. Shahiran says:

    Hmm.. kena bayar ke join CDN nih? Haih, tambah kos lagi…

  4. fiD says:

    banyak duit bro, hehehe

  5. rashid says:

    CDN eh…hmmm, let me think…hehe

  6. ariff says:

    need more details pasal ur cdn pls

  7. admin says:

    @ariff saya guna CDN dari exabytes bro.. dia bagi 25gb monthly free for 100 user yang daftar awal.. sekarang ni masih free tapi kena bayar rm50 untuk setup installation..

  8. admin says:

    Salam bro @Rasid .. try lah..

  9. admin says:

    free je bro @fiD , saya pakai dari hosting exabytes mereka tengah buat promotion free 25gb untuk setiap bulan..

  10. admin says:

    ada yang berbayar dan ada yang free @Shahiran , tengoklah mana yang kamu nak pakai.. saya pakai dari exabytes.com.my mereka kasi free sekarang ni.. cubalah..

  11. admin says:

    saya guna dari exabytes bro.. @fahmi ibrahim, myinstantCDN punya.. 🙂

  12. admin says:

    saya pakai yang free punya.. 25gb untuk monthly.. tapi sekarang kalau nak yang free tu kena bayar installation rm50..

  13. ladycooper says:

    Bro Zaid dah pro CDN ni.

    sebagai promosi pelancaran, http://exabytes.com.my/cdn bagi offer FREE (tak yah setup fee) untuk 100 signup pertama.
    tapi, 100 signup tu habis claim dalam masa 2 jam.
    kalau siapa yang nak CDN ni baik apply cepat sebelim 31-Aug-2010
    Sekarang ni, exabytes masih bagi free 25GB, cuma pay RM50 One-Time setup fee ja

  14. admin says:

    thanks bro.. nanti boleh la bagi saya advertorial untuk promosi exabytes kat blog saya ni ye hahaha…

  15. mancai says:

    terima kasih dengan kredit tu bro… exabyte free cdn menarik tu…

  16. admin says:

    No problem bro.. Sama-sama promot..

  17. shaifful says:

    Get a free CDN from Cloudflare.com, joomla.my pon guna cloudflare.com, kalau nak advanced, USD 20 sebulan termasuk boleh guna SSL. Kalau you buat e-commerce SSL x leh guna dah..

  18. yanmie says:

    Salam Zaid,

    nampaknya akak kena pertimbangkan utk pakai CDN nie 😛

  19. Kujie says:

    CDN Kak Jie pun free…. blogger bagi guna akaun dia…akaun dia besar
    tapi ada beli satu akaun CDN – tu blog lain bukan kujei2.com

  20. Mohd Zaid says:

    tapi sekarang zaid dah tak guna CDN utk blog ni kak jie.. rasa macam tak problem pulak blog ni bila zaid pakai CDN.. maybe zaid salah setting kot..

  21. Mohd Zaid says:

    Salam kak yan.. hehe dah pakai CDN dah pun kan kak yan?.. cam ne ok tak CDN tu?..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *