Tengok Wayang Cerita Grown Ups

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang siapa lagi gadis yang cantik ni, Michelle Tan yang sudi jemput aku dan my mother (Zaraaluwi) serta beberapa rakan blogger lain iaitu Darkbatman, Tianchad, Wern dan Joshuaongys menghadiri pratonton trailer cerita Resident Evil Afterlife 3D dan Grown Ups , Inilah pertama kali aku jumpa dengan Michelle, bro Darkbatman dan Joshuaongys depan mata, rasa segan pula bila berdepan dengan mereka yang aku anggap sifu dan blogger yang sangat gempak ni. Aku ni pemalu sikit bila dah jumpa depan mata lidah mulalah kelu tak berkata… padahal banyak benda yang aku nak tanya kat bro Darkbatman… huhu nak tanya petua kurus badan lah apa lagi.., kalau lah bro Darkbatman baca blog aku ni bolehlah ajar kita cara nak kurus badan ye bro.. hihi..

Kredit Tianchad.com atas gambar ini..

Disebabkan ada sedikit masalah iaitu filem Resident Evil Afterlife ni belum sampai kat Malaysia, kami disajikan dengan cerita Grown Ups yang bakal ditayangkan di pawagam 26 Ogos 2010 ni.  Memang bestlah Grown Ups ni rugi kalau tak tengok, aku hampir bengong sebab gelak tak hengat dengan aksi lucu dalam cerita ni.

Grown Ups, Dibintangi oleh Adam Sandler, Kevin James, Chris Rock, David Spade, dan Rob Schneider, cerita yang  penuh unsur lawak komedi yang pastinya membuatkan penonton ketawa dari awal hingga tamat cerita. Cerita tentang lima orang anak muda yang berkawan baik sejak dari kecil dan sekarang mereka berkumpul bersama keluarga untuk pertama kalinya selepas tiga puluh tahun. Pertemuan ini terjalin selepas kematian bekas jurulatih pasukan basketball mereka ketika dibangku sekolah. Mereka menghadiri majlis pengebumian bekas jurulatih basketball dan kembali membuat reunion dan menghabiskan musim panas setelah lama terpisah. Mereka menyewa sebuah rumah ditepi tasik dan meraikan kemenangan mereka sebelum ini. Kalau nak tahu kisah selanjutnya jangan lupa tengok kat pawagam 26 Ogos ni ye.. aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Tengok Wayang Cerita Grown Ups

  1. Wan Gerrard says:

    Wah, cam best je..tak sabar nk tengok cerita ni^_^

  2. darkbatman says:

    bro, sblm ne cume dgr name ko dr eyriqazz.. time event ritu salu xjumpe ko .hhe
    pasne leh borak2 lg biler jumpe..

  3. lAl says:

    Best!!!hahhaha… mana hg ada situ Thian Chad ada… hebat!!!hahahahaaha

  4. admin says:

    memang best bro.. rugi kalau tak tengok..

  5. admin says:

    ok bro. lepas ni kita borak sakan ye.. thanks..

  6. admin says:

    hahaha kami pasangan sehati berdansa.. tu la ko nak ajak kau jauh pulak.. cepat balik KL.. nanti gi semua event ikut aku tau.. 🙂

  7. fiD says:

    amacam bro? layan tak cerita itu? boleh aku tengok nanti, heee 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *