Alexa : #2,200 Traffic Rank In Malaysia

Wahhh macam tak percaya je blog aku ni ramai dilayari oleh para wanita diluar sana, tak caya?.. tengoklah sendiri site info blog aku ni di website http://www.alexa.com/siteinfo/mohdzaid.com, macam mana ye Alexa boleh kenal pasti pengunjung blog aku ni adalah wanita?.. ntah la aku pun tak tahu macam mana diorang boleh dapat kajian ni. Tapi yang penting mesti system survey diorang ni ada pengiraan tersendiri ye dok..?..

About Mohdzaid.com (mohdzaid.com): aku cuma insan biasa…

Mohdzaid.com is ranked #428,376 in the world according to the three-month Alexa traffic rankings. This site’s visitors view an average of 1.6 unique pages per day. Roughly 66% of visits to the site consist of only one pageview (i.e., are bounces). About 16% of visits to the site are referred by search engines. Compared with all internet users, Mohdzaid.com’s audience tends to be female.

Aku dok terfikir gak apa artikel yang aku tulis sampai pengunjung wanita lebih cenderung ke blog mohdzaid dot com ni, ermm mungkin aku ni terlalu hemsem kot tu yang ramai awekz-awekz berkenan masuk sini.. hahahah tetiba aku perasantan jap xoxo.., apa-apa pun tak kesahlah lelaki ke perempuan ke pondan ke yang masuk blog ni janji aku amat menghargai kunjungan korang kesini setiap masa. Kerana korang gaklah blog aku ni dah naik ranking kat Alexa… tak silap aku last aku check bulan lepas rank untuk blog ni dalam Malaysia ditempat ke #5,600 tapi hari ni bila aku semak semula dah naik ke tempat #2,200, wahhh ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Mungkin blog ini tak mampu nak duduk kat tempat top100 macam orang lain, tapi dah duduk kat top 5000 pun dah buat aku happy.. 🙂

Apa tuh Alexa.com? Ini pandangan kasar aku.. kalau nak lagi detail gi lah masuk website http://www.alexa.com/ ye..

Mesti ramai yang nak tahu kan apa pentingnya Alexa ini kepada seorang blogger atau pun pada sesebuah website. Sememangnya Alexa sangat penting sebab banyak kegunaannya yang boleh dimanafaatkan. Alexa.com adalah salah satu anak syarikat Amazon.com dan ianya sebuah laman web yang mengumpul maklumat dan trafik pada tahap lalu lintas untuk sesebuah laman web atau blog. Maklumat dan data website atau blog akan dikumpul melalui toolbar Alexa yang diinstall pada komputer kita ataupun widgets yang diletakkan.

Apakah manafaatnya rank Alexa.com ni kepada blog korang?..

Kalau korang nak tahu sebenarnya ada banyak kegunaannya, antaranya korang boleh tahu senarai rank blog korang di dunia atau di Malaysia, dengan cara ni kita tahu lah yang blog kita ni ada orang masuk ke tak… Antara lain rank Alexa ni boleh menarik minat pihak client untuk mempromosikan barang atau iklan berbayar di blog korang, lagi tinggi rank korang lagi mahal diorang bayar (boleh demand lepas ni hahaha). Rank Alexa ni juga membantu untuk mendapat iklan untuk pengguna Google Adsense dan sekaligus menaikkan PR blog korang. Selain tu blog korang akan lebih nampak macho dan profesional kalau rank tahap gile gaban.

Aku ada sedikit petua macam mana nak naikkan lagi Rank Alexa korang tuh..

1) Install Toolbar Alexa.com kat blog atau website korang atau pun install Firefox’s SearchStatus extension dan set blog korang sebagai default homepage. Cara ni amat mudah sekali untuk Alexa merekod dan membuat survey.

2) Letak Alexa rank Widget pada blog korang. Cara ni pun amat mudah

3) Cara ketiga ni agak susah sikit, caranya kalau korang bekerja di pejabat atau di kolej, korang install semua PC yang ada kat situ dengan Toolbar Alexa.com dan set blog korang sebagai default homepage.

4) Suruh sedara dan kawan-kawan buat review di Alexa site info blog korang, cara ni mungkin tidak membantu menaikkan rank blog korang tapi ada kegunaannya dengan cara lain oleh Alexa.

5) Tulis blog tentang Alexa.com, dengan cara ni boleh naikkan trafik blog korang gak, sebab ramai kat luar sana yang nak tahu tentang Alexa.com ni sebenarnya.

Itu adalah serba sedikit tips yang aku tahu tentang Alexa.com ni, aku pun masih belajar dan memahami konsep Alexa ni sebenarnya. Apa-Apa pun harap dengan sedikit tips ini dapat membantu kengkawan yang lain ye.. kalau ada salah silap tu harap dibetulkan ye.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Alexa : #2,200 Traffic Rank In Malaysia

  1. sharinginfoz says:

    Tahniah semakin gempak your site bro

  2. lAl says:

    Aku rasa la, hg punya blog ni ada unsur mengghairahkan wanita untuk baca la… 😛

  3. ken says:

    bagus lah.. sudah lebih dari blog saya.. haha =)

  4. fiD says:

    tahniah bro.. semoga dapat bawah 1000 pula…

  5. admin says:

    @sharinginfoz thanks bro.. blog hang pun apa kurangnya.. gempak gak..

  6. admin says:

    hahahaha,.. sebab aku SEXY bro… tengok lah perut aku.. gebu hahahah tu yang pompuan tergile-gilekan tuh.. chooyyy..

  7. admin says:

    hi bro @ken… u punya blog ada keistimewaan tersendiri.. i suka baca blog u tau… hope u can get more UV lagi.. thanks bro 🙂

  8. admin says:

    insyaalah bro @fiD,.. kalau saya rajin update blog boleh kot.. tapi saya ni pemalas sikit ehehehe

  9. MasaDahTime says:

    tahniah! lagipun orang perempuan kan lebih ramai dari lelaki? tak mustahil visitor perempuan lagi ramai.

  10. ajeem says:

    wahh , tahniah bro ..
    blog ajeem nie bila la nk naik ranking nya .. >___< huk3
    sedih jee , saya tak berapa pakar sgt bab nk menulis nie .. hik3 ^___^

  11. encikbeliau says:

    wah! mantap ah ranking..

  12. Kimi Rekonen says:

    saya baru je cecah bawah 1 juta ranking alexa
    harap lepas ni dapat jadi cam blog ni plak

  13. admin says:

    insyaallah.. nanti boleh juga jadi macam top blogger yang lain..

  14. sudaryadi says:

    blog anda bagus sekali.
    kunjungi saya di http://www.matematikaitah.blogspot.com untuk mendapatkan soal latihan matematika dan keunikan suku Dayak Kalimantan Tengah di http://www.borneoetnic.co.cc
    terima kasih, salam kenal

  15. Mohd Zaid says:

    terima kasih en sudaryadi..

  16. cari duit says:

    Kandungan blog dan teknik menjana traffik semestinya menggamit ramai pengunjung…

  17. Ayabizz says:

    Wah..Tahniah.. Bro…

    Alhamdulillah blog Aya pun dah di bawah 500,000 Alexa Ranking.. Masih tengah berusaha ni.. hehe..

  18. Mohd Zaid says:

    Ayabizz tak pe pelan2.. nanti boleh la naik rank tu.. 🙂

  19. Zaini says:

    Tips saya buat, selalu update blog dengan kualiti & SEO yang baik. Jom naikan Alexa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *