Susahnya Nak Tidur Malam

Update via iPhone : Lokasi atas katil.. Sekarang jam dah pukul 4.06 pagi, aku masih tak boleh tidur nih. Lagi setengah jam dah nak bersahur dan lagi dua jam dah nak siap pergi kerja. Aduhh mata ni tak boleh lelap pulak. Dari pukul 1 pagi tadi aku golek-golek atas katil sampai sekarang mata den tak boleh nak tutup. Pagi kang time aku nak pergi kerja jam tu lah mata ni nak mengantuk. Sebenarnya masalah tak boleh tidur ni aku dah alami sejak dari sekolah menengah lagi, tak tau lah kenapa dan bagaimana ianya boleh terjadi kat aku. Aku duk baca petua orang yang susah nak tido malam ni.. Start esok aku nak cubalah, mana tahu ianya berhasilkan.. Antara petua yang aku jumpa adalah

1: Jangan minum air terlalu banyak sebelum tidur
2: Jangan minum air kopi terutamanya kopi tongkat ali sebelum tidur
3: Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur
4: Minum air susu sebelum tidur
5: Jangan makan coklat sebelum tidur
6: Buat kiraan nombor dari 500 hingga 0 dalam tengah mengira tu akan mengantuk
7: Baca buku terutamanya buku sejarah
8: Minum air suam dan selawat 3 kali
9: Tutup lampu kalau nak tidur
10: Pakai pakaian yang longgar semasa tidur
11: Tenangkan fikiran sebelum tidur
12: Bersenam sebelum tidur

Inilah antara petua-petua orang yang susah nak tidur malam, keberkesanannya tak pastilah sebab aku tak cuba lagi.. Insyaalah esok aku nak cuba petua ni.. Ok lah saja nak merapu pepagi buta ni, den nak bersahur dah ni pastu terus siap pergi kerja…. Jangan aku mengantuk kat tempat kerja sudah lah ye.. Selamat malam semua.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com