Keyword Dan Lirik Selamat Hari Raya

Wahhh ramai pulak yang masuk blog aku ni cari lirik lagu raya.. ini pun aku tahu dari Analytics keyword blog Mohdzaid.com dari dashboard Nuffnang aku tuh.. bagus-bagus.. lagi berapa hari je nak raya kan.. so ape kata kita hangatkan lagi perasaan dan countdown nak raya dengan nyanyi lagu-lagu raya ok tak?.. ermm aku pun tak ingat ada ke lirik lagu raya kat blog aku ni yek.. ada dulu aku pernah letak lirik lagu Selamat Hari Raya – Saloma versi 50-an (Dam dam dum bunyi mercun) mungkin itulah yang mereka cari sekarang ni kot.. tak sangka hot juga keyword ni untuk bulan ramadhan kan..

Kat office aku pun diorang dah mula pasang lagu-lagu raya.. tah mana diorang dapat pun tak tahulah.. aku sebenarnya tak nak dengar lagu raya awal-awal sebab nanti bila tiba hari raya aku dah muak dengar lagu raya.. tapi diorang dah pasang so aku dengar je lah.. layan juga setahun sekali je dengar huhu.. Rasanya mesti ramai yang nak dan tengah mencari lagu-lagu raya untuk dilayan masa bulan puasa ni kan.. jadi aku dengan ikhlas dah tolong carikan beberapa lagu raya dan liriknya sekali untuk santapan telinga korang, buat masa ni aku letak 5 lagu dulu, akan ku letak lagi dalam masa terdekat ni…. Opssss hanya video dan lirik je ye.. kalau nak download lagu ni korang carilah sendiri kat pakcik Google, aku tak nak letak link takut kena saman dengan pihak kerajaan dan RIM lagi… Unlicensed Copies of Copyrighted Works adalah dilarang di Mohdzaid.com hehehee

Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya

[lyrics]

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

( ulang dari mula hingga akhir )

[/lyrics]

Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran

[lyrics]

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

[/lyrics]

M.Nasir – Satu Hari Di Hari Raya

[lyrics]

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

[/lyrics]

Mamat Exist – Ku Pohon Restu Ayah Bonda

[lyrics]

( …Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata… )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

( ulang korus )

Kesalahan diri ku…
[/lyrics]

Anuar Zain & Elina – Suasana Hari Raya

[lyrics]

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

[/lyrics]

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Album Lirik Video and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *