Sepetang Di Macau

Pernahkah anda ke Macau ? Bagi orang cina atau bangsa lain mesti menjadi satu kemestian ke Macau jika ke negeri China. Mana tak nya kat sinilah mereka boleh berkasino dan berjudi mengumpul harta. Tak kurang juga ramai yang jadi papa kedana bila datang berjudi disini. Bak kata pepatah melayu “Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah” betul tak?..  Masa trip melancong ke Hong Kong hari tu aku dan keluarga sempat singgah ke negara Macau. Bagi aku tiada apa yang menarik pun kat Macau ni, maklumlah aku seorang yang beragama islam jadi agak kurang sesuai kalau kesini. Tapi aku datang sini bukan nak berkasino tau, hanya jalan-jalan cuci mata je tak salah kan hehehe..

Dari Zhuhai China kami melepasi sempadan Macau.. Dalam banyak-banyak negara yang aku pergi, aku paling tak suka Immigration kat Macau dan Hong Kong, mereka ni tak ada adap sopan langsung kat pelancong asing macam aku ni. Dah lah diorang ni kurang fasih berbahasa inggeris tapi nak tunjuk eksen pulak kat aku. Dia belum kenal lagi aku siapa, orang kampung panggil aku ni “Kaki Komplain” tau.. hehehe.. Bukan apa  Immigration kat sini sombong bebenor ngan pelancong asing, muka tak pernah nak senyum pastu main herdik maki hamun orang… kan tak elok tuh.. minta-mintalah pihak kerajaan MACAU baca blog aku ni supaya diorang boleh perbaiki mutu dan piagam pelanggan negara diorang. Respek kat Immigration Malaysia yang sentiasa senyum walaupun terpaksa hahahaha.

Kat Macau ni aku dan keluarga hanya ambil masa sehari je untuk jenjalan, sebab kat sini bukan untuk orang beragama islam pun, kat sini tak ada makanan Halal, tak ada Masjid.. (surau pun satu dua je), yang ada cumalah bangunan besar untuk berkasino dan gereja tinggalan Portuguese  zaman dulu.. Aku dan keluarga hanya jenjalan dalam van je tak turun pun.. cuma kami singgah ke Hard Rock Macau dan Shopping Mall The Venetian Macau (Ala-ala dekat Venice Italy)

Tau tak kat Macau ni memang tak ada makanan halal pun, teringat aku kat tour guide aku tu ada ke patut dia suh kami jenjalan kat The Venetian dan berkasino kat sana, kemudian cari makan kat dalam shopping mall tu.. gile lah.. kalau ada pun makanan orang hindu masak, tapi belum tentu lagi halal … so dari aku dan keluarga makan makanan yang was-was, kami minta duit makan kami balik.. nasib baik pihak agensi pelanconan aku tu dah inform awal-awal yang dekat Macau ni memang susah dan tak ada makanan Halal, so aku dah siap-siap bekal biskut dan roti yang aku bawa dari Malaysia huhu.. jimat duit makan kat sini.. boleh shopping ngan duit tu.. :P

Macau adalah salah satu daripada daerah negara China. Ia terletak di kawasan pantai tenggara China, di sebelah permatang barat ‘Pearl River Delta’. Bersempadan dengan daerah Guangdong, ia terletak 60km dari Hong Kong dan 145km dari kota Guangzhou … Kalau di Macau matawangnya adalah Pataca (MOP$). Mata wang Pataca dihubungkan dengan mata wang Hong Kong (HK$), yang juga diterima sebagai mata wang di Macau. Kadar pertukaran mata wang tersebut adalah MOP$103.20 = HK$100.00; terdapat sedikit variasi sehingga 10%. Lebih kurang 10 Patacas bersamaan dengan 1 EURO. So jangan risau nak tukar-tukar duit kat sini sebab HK$, China Yuen dan dollar diterima disini tau…

Menurut tour guide kami ni, orang-orang kat Macau ni semuanya dah kaya raya, jadi mereka tak bekerja, kalau korang tengok kat  jetty diorang penuh dengan bot-bot mahal, tak ada pun tongkang pecah kat sini.. tak ada nelayan yang cari ikan semua tau.. sebab mereka semua dah kaya. Pihak kerajaan diorang pun siap bagi banyak subsidi kat penduduk tetap MACAU.. wahh bestnya kalau jadi warganegara diorang ni tak payah kerja.. tapi kalau dah tak kerja.. jadi malas la pula semua kan.. ermmm.. apa dehal.. janji duit melambak hahaha..

Dekat sempadan Zhuhai dan Macau ‘Barrier Gate’ (Portas de Cerco),.. sempat lagi bergambar…


Ini adalah jambatan yang ada di Macau..

Tengoklah bangunan emas ni.. tah berapa billion kot harganya..

Papan tanda kat sini semua berbahasa cina dan Portuguese ..

Kat sini pun ada 7-Eleven tau.. cayahlah.. teringin nak beli Slurpee.. tapi halal ke?.. so tak jadilah beli.. macam kat Malaysia tak jual je.. haha

Kat sini banyak Patung Statue dan gereja.. kebetulan masa aku datang ni ada event apa tah so ramai orang berkumpul meraikannya.. aku hanya ambil gambar dari dalam van je.. tak turun malass…

Kat sini tak ada Guardian macam kat Malaysia..  ada seakan-akan tapi namanya Mannings..

Jangan terkejut kat Macau ni diorang tak bawak EX5, TZM, Lagenda bagai… diorang bawak skuter je.. sebab tu kat sini jalan tak Jam macam kat KL..

Bangunan kerajaan di Macau..

Agak-agak polis (Policia)  ni boleh kejar pencuri tak?… ermm kat sini menurut tour guide kami kejadian curi amat kurang.. sebabnya kat sini semua orang kaya raya dan duit berkepul-kepul dalam kocek.. buat apa nak mencuri lagi..

Bangunan-Bangunan Kasino di Macau.. gah sampai mencakar langit…  gerun aku..

Pusat Casino di Macau.. orang islam jangan nak menyebok kat dalam ni ye.. HARAM!!

Hard Rock Macau..

Shopping Mall The Venetian Macau. kat sini memang best sebab dah macam dekat Venice Italy rasanya.. rugi kalau tak datang.. banyak kedai boleh shopping kat sini, kasino pun ada.. korang yang beragama islam jangan la pula masuk kasino ye..

The Venetian Macau

The Venetian Macau : Fatburger … tak boleh makan.. TAK HALAL.. so bergambar je lah… tau tak pada saat aku ambil gambar ni perut aku teramat lah lapar… so inilah dugaan kat negara orang… Peribahasa ada cakap “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri…”  teringat kat kampung halaman hehehe..

The Venetian Macau : Wahhh bangga aku kat dalam The Venetian Macau ni pun ada restoran Rasa Malaysia… harga boleh tahan mahalnya.. tapi boleh tengok je nak makan tak boleh sebab TAK HALAL..

Bergambar di Hard Rock Hotel Macau..

Saya menang 20 juta Hong Kong dollar … hahaha ada aku kesah..

Aku dan Mak aku (Zara Aluwi) yeaahhh mak Let’s Get Lucky … hehehe mak kita sentiasa Happy Go Lucky..

Kesimpulannya Macau adalah “City Of Dreams” semuanya hanya mimpi belaka.. so bagi aku Macau hanya biasa-biasa je.. kalau bagi yang gemar berkasino tu rasanya inilah syurga bagi mereka.. tepuk dada tanya selera.. len kali kalau nak pergi trip ke China bagi yang beragama islam tak pergi Macau pun tak apa hehehe.. :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com