Sekiranya anda ke Guangzhou China jangan lupa untuk singgah ke Chimelong International Circus yang terletak di daerah Penyu 30 minit dari bandar Guangzhou. Memang best sangat persembahan di circus ni sebab banyak aksi-aksi lawak dan ngeri boleh ditonton disini. Tak silap aku ada lebih dari 20 persembahan ahli circus serata dunia antaranya dari Amerika, Rusia, Afrika, Columbia, Kazakhstan dan China dikumpul untuk satu persembahan yang hebat dalam satu malam.
Chimelong International Circus telah mencipta rekod sebagai “World’s largest permanent circus”, ianya telah dibina pada tahun 2005 dan boleh menempatkan seramai 7,500 penonton. Persembahan akan bermula setiap malam pada jam 7.30malam selama 2jam. Memang besar stage diorang untuk buat persembahan dan sound sistem dan pencahayaan pentas memang tiptop lah.. dah nama pun bertaraf dunia mestilah gempak tul tak..
Rasanya tak rugi kalau nak tengok persembahan kat sini, harga tiket RMB(Yuen) 150 atau dalam ringgit RM75. Memang berbaloi-baloi sebab boleh tengok persembahan monyet, gajah dan banyak binatang lain beraksi kat sini. Tapi macam kesian pula aku kat binatang-binatang ni yang kena bekerja untuk cari makan.. biasalah aku kan pencinta binatang. Tapi elok juga aku ke sini sebab sambil aku berhibur, sambil aku bayar tiket, sambil tu juga aku telah menyumbangkan makanan kat binatang-binatang tu..
Tengoklah gambar-gambar aku semasa di Chimelong International Circus ni..
HARGA TIKET BOLEH RUJUK DISINI
Tickets Full For Aged Adults and Children Chimelong International Circus 150yuan/person 90yuan/person Chimelong International Circus+Chimelong Paradise 260yuan/person 180yuan/person Chimelong International Circus+Guangzhou Crocodile Park 160yuan/person 120yuan/person Chimelong International Circus+Xiangjiang Safati Park 230yuan/person 170yuan/person Chimelong International Circus Family Tickets 330yuan(2Adults&1Child)









