SHARE

Masa trip aku dan keluarga ke Hong Kong bulan enam hari tu aku sekeluarga sempat singgah ke Shenzhen China Folk Culture Villages, Guangdong. Kat sini banyak benda boleh tengok , budaya orang cina, bangsa-bangsa dan agama yang ada, pakaian dan makanan tradisi masyarakat cina, dah nama pun folk culture village. Tapi gambar-gambar masa kat sini akan aku upload kemudian lah.. sebab hari ni aku nak cerita pasal seorang master yang pandai menggunting kain dan jadikan bayang-bayang wajah kita kat kain tu. Aku memang respek abislah kat Master Liew ni, sebab dia boleh gunting kain hitam tu dan jadikan wajah kita kurang dari 20saat. Ermmm aku gunting kertas pun menggigil-gigil inikan nak gunting wajah orang..

Aku dan Master Liew

Mak aku Zaraaluwi kemain suka dengan Silhouettenya

Tapi korang kena ingat sebab harga untuk sehelai kain hitam yang dah digunting adalah RMB40 bersamaan dalam RM20 ringgit Malaysia, agak mahal jugakan.. aku dan keluarga memang nak sangat sebab nak jadikan souvenir. Terpegun aku dengan kepantasan, kecekapan dan kehalusan guntingan Master Liew ni… tapi kalau diperhatikan betul-betul tak la sama 100% wajah kita tu, seakan-akan je.. Kalau korang ke sini boleh lah cuba ye dan buat kenang-kenangan untuk bawa balik ke Malaysia.

Pengacara(Nurul Syuhada) dan crew Majalah 3 pernah membuat liputan tentang Master Liew dan Silhouettenya

Korang nak tengok tak macam mana si Master Liew ni gunting kain hitam ni dan jadikan wajah bayang-bayang aku tu?.. nasib baik adik aku si Uzair ni sempat rakam video.. adik aku ni kekadang susah sikit nak minta tolong.. tak tak disuruh tak lah dia nak buat.. tapi kali ni rajin pulak dia hehehe…

13 COMMENTS

  1. Best baca entri you, tak pening kepala dengan perkataan yang diringkaskan, so saya mudah mengikuti cerita you. Terima kasih kerana prihatin kepada golongan 40 an. You mendapat sokongan daripada emak you, tapi saya pulak, daripada anak saya. Anyway feel free to visit my blog http://pena-bonda.blogspot.com

  2. hehe boleh je bro.. ari tu sebab pergi ngan keluarga.. nanti kita buat trip blogger ke sana ye.. ada sesiapa nak tak?..

  3. Salam @Bonda.. ayat saya biasa-biasa je.. saya tak pandai nak bunga-bunga, mak saya pandailah hehehe… teringin nak jumpa bonda.. kalau terserempak dengan zaid tegur-tegurlah ye.. :)

  4. Salam @azizan4444, terima kasih sebab sudi jalan-jalan blog zaid juga.., masa pergi HK tu zaid simpan duit Nuffnang.. dah cukup baru pergi berjalan..

  5. salam @isyraq, tak berkesempatan nak ke Wall of China lagi.. maybe next trip kot.. tunggu duit Nuffnang mashuk lagi hehehe..

  6. tu lah bro @mknace , kalau nak diikutkan dia gunting dalam 10 saat.. tapi mungkin muka saya besar kot tu yang lebih 10 saat hehehe..

  7. Hello Mr Thristhan, thanks to you sebab sudi masuk blog saya ni.. saya harapkan sokongan anda sampai bila-bila untuk mohdzaid.com ye.. thanks

  8. I’ll gear this review to 2 types of people: current Zune owners who are considering an upgrade, and people trying to decide between a Zune and an iPod. (There are other players worth considering out there, like the Sony Walkman X, but I hope this gives you enough info to make an informed decision of the Zune vs players other than the iPod line as well.)

LEAVE A REPLY