MTV Worldstage Gah Sekadar Nama

Salam semua kawan-kawan budiman, apa khabar hari ni? Zaid doakan korang semua sihat-sihat hendaknya. Hari ni Zaid penat sungguh satu hari. Dari pagi pergi kerja sampailah malam ke konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2010 yang telah berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon Resort malam tadi. Petang tadi lepas balik dari kerja aku terus ke Sunway untuk ambil 4 tiket yang aku menang kat twitter@MTVAsia, sebenarnya aku ada 7 tiket untuk ke konsert ni, 2 tiket adalah tiket XZone yang aku memang dari contest Celcom Facebook, lagi 5 tiket tu aku bagi Tianchad.com dan kawan-kawannya.. aku pulak dah janji untuk bagi dia tiket tu masa konsert tadi sebab tiket tu kena ambil dari pukul 3 petang hingga 5 petang kat Hotel Sunway Pyramid.

Disebabkan jalan terlalu sibuk dan parkir kereta semuanya penuh aku terkandas kat tengah-tengah jalan menghala ke bandar Sunway. Memang dah cuak dah takut tak dapat bagi Tianchad tiket tu, kesian pula kat dia sebab kawan-kawan dia dah ada kat Sunway. Aku nekad kalau tak dapat ambil tiket tu dari MTV aku akan kasi 2 tiket Xzone aku tu kat dia. Biarlah aku hilang tiket janji aku tak hilang kawan tul tak.. hehehe.. Tapi nasib aku baik, aku sampai kat Hotel Sunway Pyramid jam 5.10 petang dan kaunter tiket masih dibuka. Mungkin pihak MTV tahu yang jalan kat luar sana memang sesak dan tak ada parking. Terima kasihlah kat pihak MTV yang faham situasi ini sebab aku teramat cuak sebab tak dapat bagi kawan aku tu tiket.. đŸ˜› Sampai je kat Sunway Pyramid hari terus hujan lebat, ishhh tak bestlah kalau tengok konsert terbuka ni kalau waktu hujan. Tapi aku suka je sebab sejuk sikit kat dalam konsert tu nanti tak la bahang panas. Nasib baiklah pihak penganjur menyediakan baju hujan (poncho) untuk penonton kalau tak basah kuyuplah kami semua hihihihi..

Kalau dengar je nama MTV mesti korang sure ingat konsert yang gilang gemilangkan. Ya! memang hebat sungguh persembahan artis-artis yang terlibat malam tadi antaranya Bunkface, Wonder Girls, Tokio Hotel dan Katy Perry yang sangat lincah diatas pentas. Wonder Girls yang dianggotai oleh So Hee, Yoo Bin, Ye Eun, Sun Ye dan Sun Mi ni memang hebat betul lah. Aku suka sangat persembahan diorang yang Pap~pap~ tu.. huhu memang sexy abis..

Dari segi persembahan dan props artis memang tiptop dan first class lah, tapi dari sound system dan timeline konsert memang hancur abis. Aku bukan apa, MTV Worldstage ni dah kira konsert antarabangsa tapi dah macam konsert murahan pulak. Aku tak salahkan pihak sesiapa tapi perkara ni perlu  diatasi untuk masa hadapan. Antara yang tak best malam tadi adalah sound sistem masa Katy Perry nyanyi ada bunyi bising sikit, mungkin ada yang tak perasan, tapi aku dengan jelas dengar ada sedikit gangguan dan pemain guitar dan dram Katy Perry pun pandang antara satu sama lain bertanyakan masalah tersebut. Tu satu.. yang lagi yang aku menyirap pada malam tadi adalah timeline persembahan yang berterabur dan hancur. Banyak betul masalah teknikal sehingga penonton terpaksa menunggu lebih kurang satu jam untuk ke persembahan artis lain. Lolll.. adakah ini masalah teknikal atau masa untuk menukar props artis?. Lain kali kalau boleh pihak organizer buatlah besar sikit pentas tu, ataupun buat 2 atau tiga pentas so tak lah artis yang nak nyanyi selepas tu susah nak buat sound check dan penonton tak perlulah tunggu lama. Sepatutnya perkara macam ni boleh dielakkan dan diselidik awal sebelum konsert.

Memang gempak abislah Tokio Hotel… sorry tak dapat ambil gambar dengan jelas sebab tak bawak DSLR, ni pun pakai kamera iphone je…

Agak lama jugalah masalah teknikal pada malam tadi, kaki aku ni dah rasa nak tercabut berdiri dan bersesak-sesak dengan segala umat kat dalam XZone tu, boleh dikatakan macam-macam bau ada hehehe,  nasib baik lah pihak penganjur dapat pujuk peminat dengan memberikan bonus nyanyian kumpulan Wonder Girls sekali lagi. Mula-mula ingatkan Wonder Girls nak nyanyi 3-4 lagu rupanya satu lagu je lagu bonus tu pun lagu Nobody yang telah dinyanyikan pada persembahan pertama. Kira ok lah tu kan ada juga lagu bonus untuk peminat Malaysia yang kecewa dengan mutu penganjur konsert malam tadi.

Gambar ni kredit to Tianchad.com

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to MTV Worldstage Gah Sekadar Nama

  1. lassigewdix says:

    wah . beshnye pat pegi .huhu
    ahah lerh . sound die cm pecah ea ?
    tapi , pe pe pon beshnyeeeeeee .

  2. alice says:

    Owesome….best…..WOW!!! MELETUP!!! Wonder Girls, Tokio Hotel & Katy Perry ….. I LOVE YOU….. Please come again Malaysia for the next concert ya ………yahoooooooooooooooo

  3. Afra Yuri says:

    Comels wondergirls menari! ^_^

  4. admin says:

    huhu pap~pap~ memang best pun afra..

  5. admin says:

    @Alice bestkan malam tadi.. tapi hujan lebat abis basah.. lepas basah macam2 bau ada hahahaha

  6. admin says:

    @lassigewdix – sound dia tak pecah.. tu sound iphone aku yang pecah heeheh.. tapi masa consert malam semalam macam ada sikit problem dengan sound sistem dia..

  7. lAl says:

    Nasib bek aku ada program len.. kalo x mmg aku p dah nih ngan hg….hohoho

  8. cermin mata says:

    terbaik bile lagi na datang malaysia???

  9. admin says:

    Mtvworldstage tiap-tiap tahun buat kat Malaysia.. Rajin-rajinlah pergi ye

  10. admin says:

    Hujan lebat malam tu hilal, abis aku basah.. Nasib baik pihak mtv bagi baju ujan free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *