KFC Taman Pertama Cheras – Ada Lipas

Baru-baru ni terdengar iklan kat radio tentang ayam spicy KFC dah keluar balik, wahhh memang best ni sebab aku memang suka sangat ayam KFC spicy. Jadi aku apa lagi ajaklah awek aku pergi makan kat KFC Taman Pertama Cheras. Kebersihan adalah faktor utama bagi setiap kedai makanan segera, masa aku makan ngan awek aku tu, tetiba ada seekor lipas merayap kat dinding. Ishhh tak bersih la KFC Taman Pertama ni, bayangkan kalau lipas tu ada kat dinding kedai gerenti ada anak pinak lipas tu jugakan, buatnya tengah sedap-sedap aku menikmati ayam KFC tu tetiba pelepup masuk dalam air Pepsi aku tak ke nyaya.

Aku sebagai pelanggan pun tak selera nak makan waktu tu, nak komplain ala setakat seekor lipas je kan.. tapi kalau difikirkan balik aku perlu juga bagi tahu semua orang yang KFC tak semestinya bersih. Aku harap kalaulah manager KFC Taman Pertama tu baca blog aku ni cepat-cepatlah panggil pest-control ye.. kasi cuci sikit kedai tu.. :P, aku ada buat aduan kat Facebook KFC Malaysia hari tu.. tapi diorang tak reply, dah buat aduan melalui email (‘KFC/2010/7/17/00319’.) pun tak reply… jadi aku gunakanlah kuasa veto untuk membuat aduan dalam blog pula..  harap-harap diorang ambil perhatianlah atas aduan aku ni ye.. jangan pandang perkara macam ni tak serius ye wahai KFC..

Lokasi : – KFC Cheras
No 9, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: +603. 9284 7275

tak cukup dengan tu… aku siap ambil video sebagai bukti … jadi jangan cakap KFC bersih ye..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in OMG, Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to KFC Taman Pertama Cheras – Ada Lipas

  1. Jangan lipas masuk dapur sudah….

  2. ken says:

    this is bad =/

  3. fina fento says:

    ui..ni kalau dia dapat gred dari Majlis boleh tarik balik ni. tu pn kalau Majlis buat penggredan la utk premis2 makanan kat sana.

  4. MsXeRoZ says:

    Zaid!
    eee kotor lah, u sempat ambik gambar as evidence lagi Last time i kena is dekat Pizza hut, Genting Highlands. got rambut and they called me up. Earlier they didnt respond to my blogpost and complain, then somebody called me to apologise. I didnt want any apology but just better service and cleanliness for the sake of customers.

  5. muse says:

    salam bro….dah lama tk dtg blog hang ni hehe…..kes lipas kt kfc ni dah lama wujud bro…gua pun penah kena sekali kt ss15. Anyway tq sbb share info ni harap2 manager kfc tu baca ler blog lu erk….

  6. admin says:

    patutnya KFC mesti buat pest control setiap seminggu… panggil la rentokil ke… bukan mahal pun..

  7. admin says:

    yes… verry bad.. so i nak boikot KFC selama sebulan hehehe..

  8. admin says:

    ntah la fina.. rasanya KFC semua grade A kan.. macam manalah diorang boleh buka premis ni kalau kotor macam ni kan.. mamak tepi longkang tu lain ceritalah..

  9. admin says:

    hi @MsXeRoZ, … tu lah sebagai bukti saya snap pix dan video.. pihak KFC buat donno je komen dan email saya sebelum ni.. so tak ada jalan saya publish kat blog.. actually saya tak nak publish kat blog sebab tak nak business diorang lingkup.. tapi saya terpaksa .. 🙂

  10. admin says:

    salam bro @Muse .. tu lah bro harap-harap manager KFC tu baca lah blog saya ni dan ambil perhatian sewajarnya..

  11. lAl says:

    Geli seyh…..huhuhuhu

  12. Dayat says:

    jangan sampai jadi Kentucky Fried Cockroach sudah

  13. admin says:

    hahaha… betul tu @Dayat ..

  14. admin says:

    @lAl nanti kalau ada kedai mana2 yang ada lipas or tikus bagi tau aku ye..

  15. Rara says:

    tu belum masuk dapur dia lagi. member cakap, dekat KFC Kajang pun sama. masa dia kerja KFC dulu sampai sanggup tak minum air sebab dalam ais tu belambak lipas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *