Cari Jodoh Versi English (I No Can Do – Fabrizio Faniello)

Tak sangka lagu Cari Jodoh nyanyian Wali Band yang berasal dari Indonesia tu popular satu dunia sampai ada yang buat translate dalam bahasa inggeris. Lagu I No Can No nyanyian Fabrizio Faniello kini sangat polupar di Youtube dengan jumlah penonton sebanyak 100 ribu dan meningkat dari hari ke hari. Apakah best sangat lagu Cari Jodoh yang telah diubah menjadi lagu berbahasa inggeris ni?.. ermmmm bagi aku biasa je tak ada apa yang best pun, sedap lagi suara dan alunan dari kumpulan Wali Band berbanding penyanyi Fabrizio Faniello nih..

Berikut adalah sumber yang aku dapat dari website : http://www.manggaonline.com.my/gosip/2450-i-no-can-do-popular-di-malaysia.html

Lagu Cari Jodoh versi Inggeris, I No Can Do sangat popular sekarang apabila lagu asal Wali Band yang dipromosikan di laman youtube sejak sebulan dua yang lalu.

Jangan terkejut, lagu nyanyian penyanyi Malta,  Fabrizio Faniello tu sudah mencecah lebih 100,000 pengunjung dan lebih 30 peratus datang dari Malaysia.

Sebab itu pihak pengurusan syarikat CAP-Sounds, Jerman  mula terfikir untuk turut memasarkan lagu itu di Malaysia. Pada awalnya mereka hanya nampak pasaran Indoesia sahaja sebab ada kerjasama dengan PT Nagaswara yang menguruskan Wali Band.

“Mengejutkan… adakah lagu Cari Jodoh juga sangat popular di Malaysia?” tanya Manftred Holz melalui mesej facebook kepada Che Li.

Manfred akan ke Jakarta minggu depan untuk berbincang dengan pihak label di sana pasal lagu-lagu Fabrizio. Mereka juga akan ke Hong Kong dalam usaha membawa lagu itu ke sana.

“Selepas ini mungkin saya akan ke Kuala Lumpur untuk berbincang pasal album ini. Fabrizio dijadualkan ke Indonesia sekitar Disember depan dan sekiranya ada kemungkinan albumnya dipasarkan di Malaysia, dia akan dibawa ke sana juga,” sambung Manfred.

Che Li: Sedang mencari syarikat yang nak memasarkan album Fabrizio. Mereka tanya pendapat Che Li… syarikat mana yang sesuai.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Album Lirik Video and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Cari Jodoh Versi English (I No Can Do – Fabrizio Faniello)

  1. pegs says:

    Hey, I am not a dangdut fan but this song stuck in my head since I first heard it in kampung last year! It is uberly popular among the kampung people in Sarawak. I guess because the melody is fun-loving and everybody can relate to the lyrics.
    It is a must-sing song during karaoke sessions, weddings, Christmas & Gawai parties!
    I think the english version is.. okay.. but the original still reigns in my head.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *