Nuffnang Sharing Session – Pak Li Kopitiam

Semalam bertempat di Pak Li Kopitiam cawangan Setapak Indah berlangsungnya majlis Nuffnang Sharing Session bersama Eyriqazz dari http://eyriqazz.com. Aku yang dapat undangan dari Nuffnang untuk ke majlis ni amat berterima kasih sebab dapat bertemu dan beramah mesra selain berkongsi pendapat dan idea dengan blogger-blogger yang lain.  Seramai lebih kurang 20 orang blogger baru dan lama menghadiri majlis ini dan masing-masing mempunyai keunikan pada blog masing-masing. Rasa kekok pula bila berdepan dengan blogger-blogger otai, aku pun masih baru dan inilah caranya aku untuk belajar tentang kebaikan dan keburukan berblogging ni. Ada juga blogger-blogger baru yang tanya tips-tips dari aku, aku dengan rendah diri turut berkongsi apa yang aku ada dan termampu. Kalau aku ada tersalah cakap ke terkasar bahasa ke semalam aku minta maaf ye kawan-kawan, aku ni pemalu sikit 🙂

Robb dan pengurus Pak Li Kopitiam (Setapak Indah)

Klik gambar untuk besarkan

Sebelum sesi berkongsi idea bermula, kami diberikan taklimat oleh pengurus Pak Li Kopitiam cawangan Setapak Indah ni. Orangnya sangat baik dan peramah.. Untuk pengetahuan semua, Pak Li Kopitiam adalah anak syarikat Nyonya Kitchen yang telah ditubuhkan pada tahun 2005. Berikutan dengan maklum balas yang banyak dari pelanggan-pelanggannya tentang sukar mencari kopitiam, makanan tempatan dan harga-harga yang berpatutan maka wujudlah Pak Li Kopitiam yang berkonsepkan muhibah dimana semua bangsa dapat merasai resepi-resepi tradisional kita. Nama Pak Li Kopitiam diambil sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah menjadi inspirasi kepada tuan punya kedai. PAK LI diambil dari nama-nama berikut iaitu Bruce Lee yang mempunyai kreativiti dan dedikasinya untuk menyempurnakan seni kung fu, Li Ka Shing seorang jutawan Hong Kong yang berjaya dalam membina empayarnya dan Lee Kuan Yew kerana tuan punya kedai berasal dari Singapura.

Pak Li Kopitiam pernah ditayangkan didalam rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan"

Selepas mendengar taklimat tentang Pak Li Kopitiam kami dihidangkan dengan menu masakan yang sangat sedap. Saya order Nasi Lemak Ayam Pak Li Special, Chocolate Ice Blended dan Jus Durian belanda walaupun saya sokong Spain pada Worldcup final nanti.., wahhhh sangat sedap masakan disini dan rakan-rakan yang lain turut  buat pesanan makanan mengikut citarasa mereka. Menu yang disediakan di Pak Li Kopitiam sangat istimewa dengan harga yang berpatutan dan yang paling penting ianya telah disahkan HALAL. Lihat Menu Disini : http://www.paklikopitiam.com.my/menu.htm

=

Ok dah tak nak cerita pasal Pak Li Kopitiam lagi, sekarang kita nak cerita pasal majlis Nuffnang Sharing Session bersama bro Eyriqazz pulak,… Dua tahun lepas Nuffnang ada juga buat sharing session ni dengan kak RM dan yang lain tapi aku terlupa plak nama diorang.. bagus jugakan Nuffnang buat sesi berkongsi idea macam ni selain dapat berkongsi idea ianya juga dapat mendekatkan lagi hubungan antara Nuffnang dan para blogger.

Seingat aku, aku kenal bro Eyriqazz ni dari event Mr.Potato dengan Nuffnang dulu, masa tu aku kenal-kenal macam tu je, dialah yang pertama kali tegur aku sewaktu dimana-mana event Nuffnang, huhu aku ni jenis senyap, kalau orang tak cakap aku diam je..aku ni pemalu sikit hehehe…bro Eyriqazz lah yang banyak membantu aku dalam dunia blog ni, aku suka cara dia komen kat blog aku.. apa yang dia tak suka dia akan cakap contohnya template blog aku kurang menarik, komen box agak suram dan lain-lain. Dia jujur dan ikhlas itu yang aku suka, atleast aku tahu apa yang orang nak dari blog aku ni sudah mestinya yang terbaik dari aku. Siapa yang tak kenal Eyriqazz ? blogger baru.. blogger lama semua kenal dia, tak kedekut ilmu dan suka berkongsi pengalaman dia.

Malam tadi bro Eyriqazz banyak bercerita dan berkongsi idea bagaimana untuk menjadi seorang blogger yang bagus, bukan sekadar untuk mencari duit dari Nuffnang. Kerja blog ni kena ikhlas dari hati baru datangnya hasil yang lumayan. Lihat saja Redmummy.com rezeki 10k sebulan bukan datang dari langit, ianya dari usaha yang gigih dan kecekalan dalam dunia blogging ni. Jangan haraplah kalau setakat buat blog sehari dua nak dapat income 10k ok,, :). Aku suka ayat terakhir bro Eyriqazz iaitu carilah keunikan blog anda sendiri… Waahhhh inilah satu-satunya ayat yang sampai hari ni aku tiada jawapan… ermmmm korang rasa apa uniknya blog aku ni yekk?…

Robb dan Xinxian (Gambar diatas)…. Robb juga turut berkongsi pengalamannya selain menerangkan kepada kami apa fungsi Nuffnang kepada blogger. Banyak soalan yang diajukan dan dijawab dengan penuh ceria oleh Robb.. thank you Robb u so roockkk..!! :p, apa yang penting kata Robb tanya di Helpdesk mereka untuk mengelakkan sebarang kekeliruan info diluar sana..

Antara blogger-blogger yang hadir dalam majlis Nuffnang Sharing Session kali kedua ni.. aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua dan especially kepada Eyriqazz dan Nuffnang kerana mengundang aku. Kalau ada salah dan silap harap diampun ye… 🙂

Antara blogger yang terlibat adalah seperti berikut.. (kalau tak ada blog anda sila inform saya je sebab tak sempat tulis link korang.. )

Kredit kepada http://hilalazmi.blogspot.com/ atas link ini

Kredit kepada http://hilalazmi.blogspot.com/ atas link ini

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

31 Responses to Nuffnang Sharing Session – Pak Li Kopitiam

  1. suhaisweet says:

    Dropping here..Very nice..friend, check also my latest ya Funny!

  2. lagenda says:

    ermm.seronoknya dpt menimba ilmu dengan otai. Mak igt mak nak join TP kan..kan..kan..mak salag sent email!!! huhuhu..akhirnya tgk ajelah..

  3. JAI says:

    Arghhhhh..tension siot tak dapat pegi…cembulu pun ada nie..adeyyyy..nak jer masuk kan keter gua ke dalam gaung..pasal dia buat hallah gua tak dapat jumpa korang semua..waaaaaaaaaaaaa

  4. Mohd Azhar says:

    Wah! bestnya! teringin nk join la.. tapi aku kt Melaka and still baru.. payment pn xdapat lg.. huhu..

  5. JMR says:

    kujua ada di sana..best..bro zaid blogger otai!

  6. daydeck86 says:

    salam bro….
    curik gambo ekkk…..

  7. admin says:

    Boleh je bro ambik lah 🙂

  8. admin says:

    Salam bro.. Mana ada otai.. Saya pun masih belajar.. Hehehe anyway salam perkenalan ye.. Nanti kalau terjumpa kat event nuffnang tegur la ye

  9. admin says:

    Laa ye ke.. Tak pe nanti next event kita jumpa ye..

  10. admin says:

    Hehe sabar bro.. Tak apa next time mesti dapat join lagi.. Kete bro kene sumpah dgn sotong paul tu.. Tu yg problem kekeke…

  11. admin says:

    Lol sampai tersalah anta email ke mak… Sabar2 hehehe next kita jumpa ye kalau ada event..

  12. haslina says:

    nak copy gambar gak nanti…lom sempat wat post lagi….syiokk sungguh SS ni..untung dtp pegi…

  13. admin says:

    Boleh je kak, dipersilakan.. Hehehe best dapat kenal ngan akak yg ceria ni..

  14. lAl says:

    Ahahaha… Thanks… aku baru smpai umah dr PD… adoi.. xupdate agy.. 😛

    Nnti nk guna gamba rermai tu kat sini.. 😛

  15. JAI says:

    BRO cilok gambo kredit kat hang wehhh..hehe..nak wat entry..makacih..makacihh..hehe

  16. admin says:

    boleh je bro jai.. ambik je.. hehehe

  17. admin says:

    lol sempat lagi pi berjalan tuh.. hehehe okey je ko nak rembat apa pun ambik je no probs.. 🙂

  18. eyriqazz says:

    thanks bro sudi datang …teruja eden….tak sempat nak tulis pasal entry ni lagi..baru balik pd dan terus tido…n baru lepas layan spain vs holland..voila…spain the bestt…

    P/s :nak komen lagi,pandangan peribadi je bro :

    1)template blog mengujakan
    2)keunikan blog zaid adalah gambar2 nya yang cantik…
    3)font kena perbesarkan skit..barula orang tua2 cam saya ni tak sakit mata..hik3..

    p/s ,minta permission nak ambil gambar di sini..nanti letak kredit skali..mungkin entry hari selasa or rabu kot..

  19. eyriqazz says:

    silap bro..yg 1st tu…blom cukup mengujakan.masih suram dan tak nampak hot lagi zaid….godek2 lagi…hik3…

  20. kakinakl says:

    salam zaid ..nak ambil gambar yang reramai tu yer..tq..

  21. Sumijelly says:

    huhuhuh…sayang x dpt g..
    x perla.. call eyriqq jer..lagi cepat..x yah nak tunggu berjumpa..hahaha

  22. Anne Boleyn says:

    eyh asal link hanalovenest ada 2 kali tu? miahaha.. :p

  23. luckystrike says:

    Hai…kenny sini…wah…semua photos ini cantik semua la…pandai guna camera…semoga kami berjumpa lagi di event Nuffnang ya…

    Kalau senang, singgah la… http://luckystrike14.blogspot.com/2010/07/nuffnang-sharing-session.html

  24. admin says:

    thanks @eyriqazz banyak bagi support kat mohdzaid.com

  25. admin says:

    wsalam kak ina… boleh je.. ambil lah…

  26. admin says:

    tak pe kak @sumijelly.. nanti kalau ada event akan datang kita jumpa yek.. 🙂

  27. admin says:

    ontahlah.. ni saya ambik dari blog hilalazmi..

  28. admin says:

    Hi kenny… saya tak pandai sangat guna camera.. ni gambar biasa-biasa saja.. hehehe anyway thanks ye masuk my blog..

  29. syahirul says:

    sonoknya gath nuffnang.. org2 hebat aje dpt pi 😛 hehehehe

  30. admin says:

    tak lah bro.. aku mana hebat.. ko lagi hebat.. hehehe

  31. khairilhusni says:

    nama aku ada kat sini. yeahhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *