HongKong & China Trip – Day 2 – Part1

Hari kedua aku di Hongkong, kalau di Malaysia aku bangun pergi kerja 6 pagi hari masih gelap lagi, tapi di HK pukul 5 pagi dah terang macam pukul 8 pagi, Malas tul rasanya nak bangun waktu ni sebab penat semalamnya di Disneyland pun masih belum lega. Tapi bila difikirkan balik kalau datang melancong jauh-jauh sekadar nak tidur baik tak payahkan.. Cargas-cargas aku kena bangun sebab kejap lagi travel agency tu nak datang bawak kami jalan-jalan bandaraya HK sebelum ke China petang nanti.

seawal 7 pagi kami dah nak gerak dengan bagasi sebab malam nanti kami akan tidur hotel lain pula di China, nak tau tak gambar ni diambil secara lurus tapi dalam gambar nampak senget sebab apa.. hotel Harbour Plaza 8 Degrees ni dibina secara senget.. ntah la kenapa diorang buat senget.. kalau korang masuk je hotel ni korang akan rasa pening-pening sikit.. tapi kejap je pening tu nanti akan hilang sendiri..

Mak aku sempat menemuramah pegawai yang ada kat hotel ni tentang keunikan hotel senget ni.., ntah apa yang dibualkan tapi yang aku tahu mak aku cakap dia masuk bilik hotel dia nampak lubang besar, pegawai tu cakap memang ya tapi tu hanya ilusi je sebab keunikan hotel ni membolehkan kita nampak dimensi lain.. haihhh nasib baik hotel ni tak seram kekeke..

Sepanjang aku di Hongkong dan China cuaca betul-betul tidak mengizinkan, sebab dari hari pertama sampailah hari kelima negara ni hujan tak berhenti-henti.. huhu aku salah time lah pergi Hongkong, kalau pergi masa cuasa sejuk kan best..

Pagi hari kedua ni kami disajikan makanan dari Foo Lum Fisherman’s Wharf Restaurant di Hongkong, makanannya tawar maklumlah orang cina mana makan pedas-pedas macam aku nih hehehe

Disini aku kena belajar pakai Chopstick kalau nak makan.. sebenarnya nak pakai sudu pun boleh tapi aku nak merasai pengalaman makan nasi pakai chopstick pula.. nasib baik aku ni pro pakai chopstick hehehe..

Restoran ni menyajikan kami makanan ala Malaysia iaitu popiah, meehon, pau, dan beberapa makanan yang aku tak tau namanya… dan minuman dari teh herba yang sangat sedap… lepas makan kami dibawa oleh agent ke Repulse Bay, Aberdeen Fishing Village, Golden Bauhinia Square, 2 shopping shops (Ubatan cina, mutiara & diamond) dan Ocean Park… cerita lanjut tunggu part akan datang.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to HongKong & China Trip – Day 2 – Part1

  1. Sofya says:

    Salam..sorry, boleh tau, u ambil travel agent apa ya?sangat menarik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *