HongKong & China Trip – Day 1 – Part2 (Disneyland)

Salam kawan-kawan, fuhhhh bz sungguh aku sampai hampir terlupa nak update cerita percutian aku dan keluarga ke Hongkong minggu lepas. Korang dah baca cerita tentang HongKong & China Trip – Day 1 – Part1 ?, harap-harap korang dah baca la yek.. kalau belum cepat klik link tu dan baca tau. Hari ni aku nak cerita dan letak gambar-gambar semasa aku dan keluarga di Disneyland HongKong.. macam tak percaya je kan aku dah menjejakkan kaki disini. Maklumlah orang kampung macam aku ni bila keluar negara agak jakun sikit. Sorry to say lah sebab dah memang aku macam ni nak buat cam mana kan.. huhu

Kami sekeluarga sampai kat Disneyland ni dalam jam 1 petang, fuhhh dah banyak aktiviti di Disneyland terbuang akibat aku telah membooking kapal terbang Airasia yang sampai ke HK jam 11 pagi.. agensi pelancongan aku tu pula pergi letak Disneyland hari pertama aku disana.. sebab jadual dah padat sangat nak ke China lah ke Macau lah.. jadi Disneyland terpaksa pergi pada hari pertama. Ala masuk pukul 1 petang pun jadilah,. asalkan aku puas hati sebab dah menjejakkan kasi disini..

Jejak je kaki ke tanah Disneyland aku snap picture penutup najis tandas ni.. wahhh ada hidden Mickey lah kat penutup najis tu… yey.. kalau korang nak tahu.. mana-mana korang tengok kat Disneyland ni ada icon Mickey.. aku panggil hidden Mikey..

Bergambar kenang-kenangan dengan mak aku (ZaraAluwi) dipintu gerbang Disneyland Hongkong. Mak aku adalah orang yang paling gembira sebab dia dapat bawak aku dan semua keluarga aku pi berjalan.. dan dialah yang banyak berhabis duit untuk kami semua.. hihihi thanks mak.. i love u.. nanti bawak la kitaorang gi London pula ye.. :), dan gambar kat bawah tu adalah gambar adik lelaki aku (Uzair) dan satu lagi tu akak aku (FFizi) dan suami dia (Azeze)

oopppppp nantiiiiii…. dah beli tiket ke belum bang?… tanya pengawal tiket tu kat abang ipar aku.., semua pekerja di Disneyland ni baik dan peramah belaka.. dari penjaga tiket, pengutip sampah dan lain-lain..

Wahhh kalau korang nak beli ticket Annual Year untuk Team park Disneyland HongKong ni harganya dari HK$650 bersamaan lebih kurang RM325,.. murah la kan.. Sebenarnya aku nak ambik gambar Stitch tu.. sebab aku suka sangat cerita cartoon Lilo & Stitch ..

Taman buatan didalam Disneyland ni sangat cantik, sesuai untuk semua peringkat umur, tua, muda semuanya suka.. bagi yang berpasangan pun best datang berbulan madu disini..

Bila datang tempat orang kita kenalah baca semua sign yang ada.. kenalah ikut peraturan yang diorang tetapkan.. jangan sesekali buang sampah merata-rata.. nanti kena saman baru tau..

Banyak gerai-gerai kecil macam ni kat dalam Disneyland Hongkong, kedai-kedai besar pun ada.. tapi kat sini harganya amat mahal sekali… nak kata ori pun tulis “Made in China” tak tau lah ori ke tidak.. tapi aku cadangkan korang tak payah membeli kat sini..

Aiskrem… aiskrem… korang tahu tak apa perasaan aku ketika aku snap pic ni?… aku tengah lapar dan haus gile tau… tapi apakan daya.. sini tak halal so aku terpaksa je lah tahan perut aku yang menggelodak ni. Nasib baik ada bawak air mineral.. //TIPS: kat Disneyland ni tak boleh bawak makanan luar.. tapi air mineral boleh bawak masuk..//

Ini bangunan stesen keretapi didalam Disneyland ni.. korang boleh naik keretapi ni untuk melawat seluruh taman tema ni… aku tak sempat nak naik train ni sebab kesuntukan masa.. 🙁

Suasana seperti didalam alam fantasi ini tak lupa kepada alam sekitar.. banyak pokok dan tumbuhan menghijau dikawasan ni. Sambil berhibur sambil menghirup udara segar..

Walaupun Disneyland merupadan dunia fantasi, tapi kita jangan terlalu taksub kerana kita sekarang berada didunia realiti.. jadi realitinya tunggu entry aku pasal Disneyland untuk part 3 nanti.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to HongKong & China Trip – Day 1 – Part2 (Disneyland)

  1. amar haziq says:

    seronoknya..saya pun bercadang nak kesana nanti;)

  2. admin says:

    memang best kat sini bro.. nanti saya upload gambar lagi ye.. boleh bro buat rujukan sebelum pergi nanti..

  3. kenwooi says:

    dude.. this is so cool! i’ve only been to the disneyland in paris.. but your pics are great! reminds me back.. =)

  4. zam says:

    mahal nya tiket…disney hk..saya gi disney japan baru 5000 yen sama rm 150 aje segala nya ade x abis main dari pagi sampai malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *