Kerja yang membosankan

Aku bekerja di sebuah syarikat swasta yang menyediakan perkidmatan jualan kedai serbaneka 24jam terkemuka di Malaysia. Sejarah kerjaku bermula dari pembantu jualan disalah satu cawangan di Cheras. Setelah 8bulan bekerja aku dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Pengurus di cawangan tersebut. Aku seorang pekerja yang rajin, bukan hendak membangga diri tetapi inilah aku yang sebenarnya ketika ditempat kerja. Dari sifat aku itulah ketua operasi tempat aku bekerja menaikkan pangkatku sebagai dan bekerja di HQ.

Aku sekarang masih lagi bekerja disini tetapi hati dan perasaan aku amat tertekan ketika ditempat kerja. Aku menjadi malas ketika waktu kerja. Aku amat meminati bidanh IT dan aku diletakkan di bahagian pereka laman web di syarikat ini. Mungkin anda merasakan yang aku begitu senang disini kan? Sangkaan anda tidak tepat sama sekali. Aku merasakan diri ini sebagai hamba walaupun kerja yang aku buat sekarang ini adalah kerja yang paling aku minat.

Kenapa aku jadi malas bekerja?… jawapannya hanya satu sahaja. Aku tak suka bekerja kalau tempat kerja itu tak ada kerja. Mesti anda fikir aku makan gaji buta. Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Tetapi boleh dikatakan yang aku hanya makan gaji buta disini.

Sebenarnya aku lebih berminat untuk bekerja sendiri dari makan gaji. Aku juga sedang berusaha mencari jalan untuk aku membuka sebuah kedai yang sesuai dengan minat aku. Insyaalah jika diberikan ruang suatu hari nanti aku akan mengejar cita-cita aku walaupun masih panjang waktu yang perlu aku hitung.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com