HongKong & China Trip – Day 1 – Part1

Terasa seronok sekali dapat pergi bercuti ke HongKong dan China baru-baru ni. Aku pergi bercuti sakan satu keluarga kat sana. Apa yang menarik sangat HongKong ni yek?.. bagi aku memang sangat best sebab banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi disini. Tapi bagi aku Malaysia adalah yang paling the best dari negara lain.. huhu banyak cerita yang aku nak share dengan korang semua semasa percutian aku ke HongKong dan China minggu lepas jadi aku buat sikit-sikit dan letak gambar untuk tatapan korang semua. Manalah tahukan kot-kot ada yang plan nak bercuti ke HongKong atau China nanti boleh dapatkan sikit tips dari blog aku ni hihi :)

Aku bertolak dari Malaysia (LCCT) menaiki pesawat Airasia AK70 pada jam 7.00AM, ini adalah kali kedua aku menaiki pesawat Airasia, dan adalah kali pertama aku keluar negara. Banyak benda yang aku kurang tahu tentang procedure-procedure untuk penerbangan antarabangsa ni. Pertamanya untuk penerbangan Airasia berat beg tidak boleh melebihi 15 kg untuk bagasi dan beg dalam pesawat tidak melebihi 7 kg. Huhu aku ni jenis yang suka bawa barang especially bawak baju banyak-banyak. Aku tak suka pakai baju ulang-ulang nanti berbau dan tak selesa kalau berjalan. Beg aku je dah 9 kg.. tu pun dah banyak baju dan seluar aku keluarkan kalau tak berat beg aku hampir 12kg. Saja keluarkan sikit baju seluar tu sebab nanti balik Malaysia mesti beg bertambah berat dengan barang-barang cenderahati dari HongKong.

//Tips : Jangan bawa beg terlalu berat ketika melancong keluar negara.. nanti takut terlebih berat kena bayar caj tambahan pula.. //

Ketika di LCCT untuk melepasi gate immigration aku terasa nak buang air besar pula, mak aku cakap kat dalam sana (waiting room) ada toilet jadi aku pun tahan la.. tapi masa beratur nak masuk aku terbaca sign tiada toilet didalam… alamak apa kes ni? LCCT yang sikit punya gah tak ada toilet dalam waiting room?… gile lah.. kalau dulu aku naik pesawat di KLIA ada je toilet dalam sana..

Tepat pukul 7pagi kapal terbang AK70 dah siap untuk berlepas ke HongKong, aku dengan jakunnya melonjak suka sebab dapat bercuti ke luar negara. Mana tak happy dah beribu duit aku habis untuk percutian ni hehehe… perjalanan mengambil masa selama 4 jam untuk ke HongKong, jadi dalam 4 jam tu penuh dengan rasa bosan dan pening kepala. Nasib baik aku sempat pinjam iPod Shuffle Alice untuk jadikan peneman aku selama disini. Sampai ke perairan Vietnam pesawat yang aku naik ni bergoyang-goyang, bak kata mak aku ini namanya Air Turbulent uihhh apa kebendanya tuh?.. ntahlah tapi yang aku rasa pesawat akan mengalami bumpy yang kuat… macam naik roller-coaster rasanya… hampir suku penumpang menjerit waktu tuh.. perhhh hanya tuhan je tahu waktu tu.. Tepat pukul 11 pagi pesawat ni selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa HongKong (HKIA)

Ini adalah gambar pertama aku snap ketika di Hongkong, gambar ni diambil masa nak tunggu train bawah tanah untuk ke terminal lain, motifnya lepas turun pesawat bagasi akan dihantar ke terminal lain dan perlu ambil disana.. canggih lah diorang. Train pun laju giler tak sampai berapa minit dah sampai.

Aku tak suka betul dengan immigration HongKong, muka tak pernahlah nak senyum… pastu pasport main campak-campak je.. bengang betul aku, nasib baik lah ni negara orang kalau lah di Malaysia dah aku report kat badan berkuasa untuk ambil tindakan.

Kalau di HongKong korang jangan risau sebab semua papan tanda adalah dwibahasa… bahasa cina dan bahasa inggeris. Jadi taklah menyukarkan urusan harian kita.

Awas!! bagi umat islam, di HongKong korang kena berhati-hati sebab polis diorang pakai anjing pengesan untuk cek bagasi kita.. alhamdulillah lah si anjing tu tak hidu beg kita orang,.. kalau tak, tak pasal-pasal nak kena samak.

Ini Mr.Nik dialah yang menjemput kami semasa di HKIA. Orangnya baik dan peramah, dahlah aku ni kureng sikit nak cakap BI, dia pula sebok nak berborak dengan aku.. aku apa lagi buat-buatlah sebok ambik gambar hahaha yang jadi mangsa adik aku lah.. nasib baik adik dan mak aku pandai bahasa omputih…  Mak aku dalam diam terpengaruh dengan Mr.Nik tu sampai terbeli nombor telefon HongKong PCCW untuk kegunaan semasa disini. Harga simkad tu HK$98 bersamaan RM50. Tak pelah senang sikit mak aku nak contact sedara mara kat Malaysia nanti… huhu macamlah lama sangat kat HK kan sampai nak beli simkad hahahaha…. :P

Perkara pertama yang aku paling excited kat sini adalah nak melawat kedai 7-Eleven. Sampai je kat HKIA aku dah nampak 7-Eleven. Ingat nak singgah tapi tak sempat sebab kami rushing terus ke Disneyland. Tak pe esok lusalah aku gi melawat..

Ini adalah tiket masuk ke Disneyland HK, ada 5 keping semuanya dan setiap keping ada gambar watak-watak karton Disney, Harga masuk untuk ke Disneyland aku tak berapa pasti pula sebab aku dah ambik siap pakej ke Disneyland. Semua dah diuruskan oleh agensi.

Kalau dah namanya bercuti, pastikan korang bawak duit yang secukupnya. Baru best kalau nak enjoy… di HK diorang pakai dollar HK$ dan kalau di China diorang pakai note RMB. Nilah keduanya tak jauh beza. (Alamak tu gambar mak aku dan gambar aku masa muda-muda dulu.. huhu abaikan gambar tersebut..)

//Tips : Jangan cepat rambang mata, fikir dulu sebelum beli-belah…dan pandai minta tawar harga…//

Tepat pukul 1 petang aku dah sampai ke Disneyland. Ini adalah program pertama aku di HK. Perjalanan dari HKIA ke Disneyland tak jauh, dalam 20minit macam tu.. lagipun jalan di HongKong ni tak seteruk jem di Kuala Lumpur. Ini adalah bus persiaran yang kami naiki sekeluarga. Dah macam VIP pula rasanya naik bus sebesar ni hanya untuk 5orang (kami sekeluarga)

Yahoooo dah sampai kat pintu masuk Disneyland… nak tahu cerita dan gambar-gambar didalam team park Disneyland ni tunggu entry selanjutnya ye… cayooookkk…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.