Kemaskini Di ZhuHai GuangDong, China

Assalamualaikum, wah akhirnya dapat gak aku online sejak 4 hari lepas kat China ni. Sebenarnya aku tak larat dah nak update blog sebab aku dah nak tidur, penat sangatlah kat sini berjalan sana-sini.. tapi best. Cuma yang tak bestnya cuaca sejak aku datang Hong Kong jumaat lepas asik hujan je.. kalau hujan lebat sejam dua pastu berhenti tak pe gak, tapi kat China ni lain macam la cuaca dia. Hujan dari pagi sampailah ke petang tak berhenti-henti. Sekarang ni pun masih hujan rintik-rintik kat luar hotel.

Aku sekarang berada di Zhuhai Golden Holiday Hotel, okeylah hotel-hotel kat sini siap ada WiFi lagi. Cuma kat China ni diorang tak guna plugpoint yang macam kita pakai selalu kat rumah, plugpoint socket kat sini kecik sikit, jadi kenalah minta external extension kat hotel ni..

Huhu banyak cerita yang aku nak sampaikan kat korang sewaktu aku bercuti di Hong Kong dan China ni.. tapi aku terlalu penat sekarang ni.. so tunggu aku balik Malaysia rabu ni ye.. nanti aku update banyak-banyak dan letak gambar yang beribu-ribu aku ambil ni.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.