Aku Insan Biasa

PENJARA PUDU DALAM KENANGAN (Video Hot/Gambar)

dalam Macam-Macam oleh

Diam tak diam hari ini tamatlah riwayat sebuah bangunan besi yang menempatkan ramai orang tak kiralah apa bangsa, agama, keturunan dan warna kulit. Penjara Pudu dalam kenangan. Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895. Hari ini pada tahun 2010 Penjara Pudu ini akan dirobohkan untuk membuat pembinaan selaras dengan kemajuan Malaysia.

Aku tak sokong langsung kalau nak dirobohkan penjara ni, bukan kerana aku ingin sangat masuk penjara tapi penjara ni penuh dengan seribu satu kenangan dan bersejarah buat rakyat Malaysia. Sebuah khazanah negara yang tiada nilainya tetapi penuh dengan kisah-kisah pahit manis para banduan yang dah jadikan Penjara Pudu sebagai rumah kedua mereka.

Apa salahnya kalau Penjara Pudu ni tidak dirobohkan, bukan mengganggu pemandangan pun. Biarlah ia bersemadi disitu. Esok anak cucu kita nak tengok juga. Aku cadangkan kalau pihak kerajaan ambil dan jadikan muzium penjara tertua di Malaysia ke, jadikan sebagai satu bahan rujukan untuk para pelajar atau sesiapa saja mengenali dan merasai kehidupan dipenjara.

Arrrhhhh aku terlalu sedih, lepas ni kalau aku nak pergi kerja tak lagi aku tatap lukisan mural kat Penjara Pudu tu. Lukisan Mural yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah ini merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat .. Tapi apakan daya penjara itu akan dirobohkan hari ini.. Aku berkesempatan bersama Alice, Ruby untuk merakam gambar kenang-kenangan terakhir disebalik tembok besi ini. Walaupun tak pernah masuk penjara tapi aku sedih tau… :(

zxcxcxzc
Pelancong asing sempat mengabadikan gambar kenangan pada hari-hari terakhir Penjara Pudu.
Melakar sejarah tembok besi ini masih berdiri teguh pada hari ini 21-June-2010, sebelum dirobohkan malam ini
Pintu masuk Penjara Pudu ini pernah dimasuki oleh perompak-perompak terhebat.
Tangisan dalam kerinduan, tiada siapa yang mengerti perasaanku ketika ini.. OhTidak!
Mural sepanjang jalan Imbi ini tersegam indah.. tapi esok tiada lagi :(
Alice bersama kereta Fiat milik seorang warga tempatan. Tahun 1895 adalah tahun keramat bagi Penjara Pudu, tapi hari ini 2010 adalah tarikh runtuhnya tembok besi ini..
Pelukis jalanan meluahkan rasa hati mereka tentang Penjara Pudu dengan hasil lukisan ini sebelum ia dirobohkan.
Ruby dan lukisan ini... hanya tinggal kenangan
Aku sempat ditemuramah oleh TV3 tentang demolish Penjara Pudu.
Saya bantah sekeras-kerasnya penjara pudu ini dirobohkan.. Jadikan ia sebagai monumen bersejarah dan satu khazanah negara Malaysia.

Video Penjara Pudu Dirobohkan – Kredit http://sedakasejahtera.blogspot.com/

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

22 Comments

  1. kerana duit,pembangunan kerana duit…robohnya penjara pudu kerana duit..wat ape nak disedihkan lagi,wat apa nak dimarahkan lagi..semuanya sudah musnah..xguna menjerit melolong,marah dan sebagainya,yang nyata penjara tu dah roboh roboh bersama kemenangan dan kerakusan..pembangunan..mcm dah xde tanah lain nak dibangunkan..

  2. Hmm aku pun sedih atas ape yang berlaku kat penjara pudu…Aku pun bantah supya ia tidak dirobohkan,ia merupakan sebuah sejarah bagi rakyat Malaysia tidak kira rakyat biasa, banduan, pelancong serta pelajar sekolah. Bagaimana future kita nak bagi tahu generasi kite tentang panjara bersejarah ini.. aku sedih sungguh walaupun tidak dapat melawat penjara ketika ia dibuka untuk lawatan.

    Aku rasa sebelum mereka robohkan mereka sepatutnya buat tempoh lawatan sekali lagi untuk rakyat melawat..

    Mereka pun sepatutnya buat analisis tentangan yg dibuat oleh rakyat dan kenapa? tapi mereka tidak peduli tentang perasaan orang yg sayang sejarah….lepas nie buku sejarah form 1 tinggal sejarah yg tkde bukti untuk di pamerkan….

  3. @dv rathi – betul tuh.. saya setuju sangat dengan pandangan awak. sepatutnya pihak berwajib ambil analisa dan selidik kenapa orang ramai membantah robohnya penjara pudu ni… ni tak terus buat.. sekarang hanya tinggal nama.. sejarahnya sudah tiada…

  4. emmmm……… nak buat mcm ane lagi dah di robohkan banyak kenangan yang ade kat itu ……..

  5. x pe lah……. walau di robohkan tapi masih dalam kenangan …….. slmt tinggal penjara pudu

  6. salam semua… sepatutnya kita takyah laa bersedih ke kesal ke apa ke kejadian roboh penjara pudu tuu…memang laa benda tu benda lama n mungkin boleh dalam koleksi sejarah tapi kita semua perlu tahu panjara hanya tempat orang salah yang menerima hukuman… bagi saya kalau boleh,,, kalau boleh laaa tak perluu wujud pun takpe penjara ni skali pandang kesian jgk kat penghuni2 penjara, skali ingat elok jgk sb bleh hukum orang2 yg buat salah… apa apa jelah… yang penting kita semua kena ingat daripada sedih atas kejadian roboh penjara pudu lebih baik kita sedihkan hati kita yang banyak melakukan dosa dan maksiat kepada Yang Maha Esa… kagum laa dgn kebesaran Ilahi akan membuatkan kita sedih jgk tapi sedih yg sedemikian InsyaAllah dapat mengampunkan dosa2 kita atas kehendakNya…. kesedihan sebegitu rupa adalah lebih baik daripada sedih atas benda2 yang ntah hape hape… sekian wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas