Pernah tak korang tengok TVB drama yang selalu keluar kat TV2, NTV7 dan dulu masa aku sekolah selalu tengok cerita cina pukul 6 petang kat TV3, ada cerita berkisahkan kepolisian lah cerita cintalah, cerita sedih dan macam-macam lagi. Aku ni memang pemiant cerita-cerita TVB drama ni.. huhu kalau kat Astro nak langgan cerita TVB ni amatlah mahal tapi kalau di Hong Kong korang boleh tengok banyak cerita TVB drama ni secara percuma. Walawehh kan best kalau kat Malaysia (Astro) pun diorang kasi tengok free macam kat Hong Kong boleh hari-hari aku layan drama hehehe..
Untuk pengetahuan semua lagi 9 hari ni aku akan berangkat ke tanah China selama seminggu untuk melancong bersama keluarga aku yang tercinta ni. Disini aku nak share serba sedikit pasal Hong Kong ni kat korang semua. Manalah tahu kan kalau korang pun ingin bercuti dan melawat Hong Kong dalam masa terdekat ni.
“Hong Kong terletak di pantai tenggara China di muara Sungai Pearl yang mengadap Laut China Selatan. Meliputi kawasan seluas 1,100 kilometer persegi (425 batu persegi), wilayahnya terdiri daripada Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan Wilayah Baru. Teras utamanya ialah Pelabuhan Victoria, yang memisahkan Pulau Hong Kong dari Kowloon serta Wilayah Baru hingga ke sempadan Tanah Besar China. Wilayah Baru ini juga meliputi lebih 260 kepulauan, termasuk Lantau di mana terletaknya lapangan terbang. Walaupun kawasan bandaran yang padat, tetapi lebih 70 peratus keseluruhan keluasan Hong Kong adalah kawasan desa, termasuk kira-kira 40 peratus taman-taman Negara yang dilindungi dan mudah dikunjungi”
| Perkhidmatan kecemasan (polis, bomba,ambulans) | 999 |
| Talian polis untuk pertanyaan am | 2527 7177 |
| Talian terus pelawat pelbagai bahasa Lembaga Pelancongan Hong Kong | 2508 1234 |
| Talian terus 24 jam Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong | 2181 8888 |
| Talian terus 24 jam Jabatan Imigresen Hong Kong | 2824 6111 |
| Jabatan Kesihatan | 2961 8989 |
| Majlis Pengguna | 2929 2222 |
| Talian terus (berita) perkhidmatan RTHK’s untuk berita terkini | 2272 0000 |
| Direktori pertanyaan | 1081 |
| Masa & Cuaca | 18501 |
| Panggilan caj-balik (Collect Calls) | 10010 |
| Pertanyaan IDD Seberang Laut | 10013 |

