Lagenda Budak Setan – Saya Rasa Tertipu!

 

 

Perrrhhh penangan Lagenda Budak Setan (LBS) habis semua panggung full house, hari tu lepas balik dari support kak Redmummy.com dan Beautifulnara.com masa event Astro B.Yond PVR Challenge ingat nak tengok cerita LBS ni kat GSC Midvalley. Beratur punyalah panjang dekat 1km semata nak beli tiket, last-last semua tayangan penuh, apa lagi dah tiket penuh aku terus balik rumah lah..

Semalam baru berkesempatan tengok, nasib baik tiket dah murah RM6.00 je kat GSC Cheras Lesure Mall. Aku tak tau la kenapa aku nak sangat tengok cerita LBS ni maybe sebab cerita ni diadaptasi dari novel dan ditulis oleh novelist Ahadiat Akashah kot?.. maybe lah.. tapi aku ni orang yang jenis tak suka baca novel…ataupun aku tergoda dengan trailer ceritanya yang gempak dan best kot?… ataupun pengaruh dari Ruby yang cakap cerita ni best giler sampai dia teresak-esak menangis.. sampai cakap ada lelaki pun menangis.. huhu ntah la.. apa yang penting memang aku sendiri nak tengok.

Ermm apa nak cakap yek.. sebenarnya aku rasa tertipu dengan semua sebab kat atas tu.. bagi aku cerita ni biasa-biasa aje, suam-suam orang cakap.. tak la gempak mana pun. Cerita yang agak meleret dan jalan ceritanya slow. Pilihan pelakon pun macam tak best je.. kata ‘budak setan’ aku ingat kalau dah nama setan tu mestilah kaki pukul, kaki rogol, kaki botol.. tapi tak la ganas mana pun si Kasyah tu.. geng-geng si Kasyah tu pun macam “GayBoy” je.. tak la gengster mana pun…

Rasanya jalan cerita dalam LBS ni macam rojak dan tak tersusun. Pilihan pelakon pun macam tak best kecuali Lisa Surihani (Ayu) sebab aku suka Lisa Surihani hehehe… ada ke watak si Ayu tu sebelum kemalangan kurus, cantik, putih… tapi lepas setahun dan selepas buat pembedahan plastik (jadi Amelia) boleh jadi buncit…, hitam dan tak cantik langsung.. huh tak best langsung lah watak Amelia tu… kenapalah director Sharad Sharan memilih pelakon lain?.. biar je lah Lisa Surihani jadi watak Amelia… just makeup dan buat effek kat muka sikit sudah.. baru best..

Bagi aku feel dalam cerita ni tak sampai kat hati tak boleh nak grappp, so macam mana aku nak menangis dan sedih?… awek aku pun cakap cerita ni tak sedey langsung sebab awek aku ni bila tengok tv dia mesti menangis tapi bila tengok LBS dia tak heran pun nak menangis..  dan yang paling aku tak puas hati ending dia yang macam tu je.. aku terus jadi tak faham cerita tu… “TAMAT BAHAGIAN SATU” bila lah agaknya bahagian dua yek..?.. sebab aku dah tak heran nak tengok part2 macam rasa membazir je tengok…

Oklah ini sekadar pendapat aku bila tengok LBS, aku tahu pasti ramai lain diluar sana memang terhibur dengan LBS ni kan.. so masing-masing ada pandangan dan pendapat sendiri. HUH nyesal aku tengok..!! ok bye.. 😛

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Lagenda Budak Setan – Saya Rasa Tertipu!

  1. apa la zaid ni.. ko buat entry utk naik trafik blog ke apa ni? hati ko hati batu eh? cerita tu best la. masa ni la nak naikkan market malaysian novel. nanti mana tau novel mak ko ke jadi filem. cerita LBS ni dah pecah panggung, ko cakap tak best pon. Sharad Sharan dah kaya dah pon.. hihi.. Support la movie Malaysia babe.. Nanti dapat job.. =D

  2. admin says:

    memang tak best pun.. bukan nak naikkan trafik blog ke apa.. kalau aku tak komen macam mana filem Malaysia nak maju… kalau ada orang tak suka filem tu maknanya filem tu tak berjaya..

  3. ChuyRy says:

    kawan aku nak sgt tgk cite nie..bgus la aku bnyk dengar org ckp x best..xyah aku tgk..bhak3

  4. Nadya says:

    agagaga..memang ta best pun..bagi saya la..tapi kawan² saya siap kata yang cerita ni best giler..ta faham betul la..

  5. admin says:

    tu la pasal nadya.. tah apa tah yang best sangat cerita ni//

  6. admin says:

    hihhi moral of the story.. tak payah tengok .. bazir je..

  7. lieya says:

    cite sbnr kat dlm novel mmg best gler.. kalah cte2 novel laen.. tp filem..? no komen..! ramai yg bising kate xbest.. haha
    nseb baik tak pegy tgok lag.. slmt duit..
    =))

  8. dakosue says:

    moralnye x yah tgk cter melayu bkn suh boikot…tp smua cter melayu ni jalan cter nyer sama jew..lau kata guna CGI yg canggih pon x yah la tertipu smua tu marketing..aku skrg mcm mana iklan best kt tv pon malas nk layan dah tahu mest x besh nye…tgk cter hindustan lg bagus lau nk feeling2 ni huhu…lg cantik tempat yg buruk pon bley nmpk menarik stan nye pun ok…bila la filem melayu nak kuar dr tempurung…habis duit n masa jew nk tgk..bkn x support industri filem malaysia tp makin lama x maju2 cam tu gak bowink dowh….

  9. comel says:

    bukanlah nak kutuk filem malaysia tapi cerita ni memang bese2 je….. best lagi cerita drama tv 3 setiap malam hujung minggu tu…samarinda ke……tapi x salah kalau tengok cerita ni……REMARK: pendapat sy cerita ni x best seperti yang diharapkan.

  10. greenfingers says:

    xbest langsung cerita ni!! cite byk langkau, xsmpt nk feel.. kamera plak asik close up dkt ngan muka pelakon, nmpk abeh kerak2 ngan lubang2 pelakon.. tp,muka lisa surihani mmg licin abes! hahaha.. kesimpulannya, cite ni hancur!! kesian kat ahadiat..

  11. admin says:

    hahaha ko sorang lagi yang mengatakan cerita ni tak best.. jadi memang tepatlah tekaan aku yang cerita ni memang hancus.. huhu

  12. rashid says:

    Novel dan filem adalah suatu perbezaan yang ketara, filem kenalah lebih ringan daripada novel, jangka masa pun 2 jam, kalau novel baca dua jam baru chapter 3 kot…haha, so novel ngan filem tak sama, novel lagi syok, tapi filem untuk tontonan yang terkawal..

  13. dukio says:

    Film blh jd syok apabila skrip power gile, arrangement dia kena dgn flow feeling kita. bg ak, cite ni bes sbb shot2 dia yg cantik, serta que haidar yg bg all out utk performance dia yg lain2 tu biasa je kot.

  14. kuzai says:

    ha ah… for me pun rase cerita ni kurang menyegat…. terlalu banyak kisah.. kenapa tak buat satu babak n hold d moment tuh… syg sgt, jln crite die mmg ok.. tp klu kurg kn pjalann idop kashah or ayu much better, or cut scene die jd amelia tu.. xcident trus mati lg ok kot sbb baru lah tak bosan GILA…. watak amelia sgt x jadi.. die x dpt bw watak yg lisa pegang tuh.. nampak berlakon SANGAT…. seorg plakon x kn nmpk berlakon klu die berlakon… x natural lnsg.. n bout shot.. sgt cantik… n nampak sgt style org seberng punye shot.. just ad kantoi besr time farid kamil ats bot n nmpk reflection bot kamera lg 1.. syg gler part tuh.. tp maybe org x prasan kot… anyway credit 4 the treiler lah.. edit die sgt cun… tp syg triler die mcm criter tu punyer plot n climac yg baek, tp dlm movie plotnyer tlalu pnjg smpi kliru klimac die yg ni ker yg tuh…

  15. kuzai says:

    yup… novel 4 me mbawa kite ke alam hayalan… memberi mood n buat pembaca berfikir…
    tp film kite visual kn, x bley la smua benda dlm nvel nk masuk kn in movie.. terlalu lama nk tiba.. org tgk movie nk bende tu more fresh n easily to think again… mcm lord of the rings, twilight novel, smua cut abis dr novel bile msk film. sbb the scriptwriter noe dat penonton x nk rasa boring… =)

  16. admin says:

    betul juga tu bro @kuzai.. mungkin hati saya belum tertambat dengan cerita macam ni.. tapi secara keseluruhan saya puji pengarah dan penerbit tu berani buat sesuatu kelainan..

  17. admin says:

    @kuzai yess saya sangat suka trailer dia.. sangat menarik dan buat orang nak pi tegok kt panggung..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *