Anda Penggemar Slurpee?.. Jom Join “Slurpee Nator” di Facebook

Adakah anda penggemar Slurpee?.. sudah semestinyakan?… kalau korang nak tahu aku ni memang penggemar Slurpee sejak dari dulu lagi, ingat lagi masa kecik-kecik, tiap-tiap hari balik sekolah mesti nak singgah 7-Eleven kat Kajang beli Slurpee!.. sanggup tu simpan duit belanja sekolah. Kalau korang masih ingat, dulu kalau beli Slurpee dapat straw yang pusing-pusing tu.. pernah aku merajuk dengan mak aku masa kekecik sebabnya nak kan Slurpee je :)  hahaha nak tak nak mak aku kena jugalah ikutkan pe’el aku ni..

Trivia : Korang tahu tak yang Slurpee ni hanya terdapat di 7-Eleven sahaja?…

Ya memang betul, Slurpee hanya terdapat di 7-Eleven sahaja… , dan kalau nak tahu 7-Eleven telah bertapak di Malaysia sejak dari 4 June 1984 lagi.. wahh dah dekat 26 tahun ye. Kedai serbaneka terbesar di Malaysia yang beroperasi 24 jam sehari yang menawarkan lebih dari 2000 produk dan perkhidmatan berkualiti termasuk Slurpee dan Big Glup,.. jangan risau sebab sekarang 7-Eleven dah ada lebih kurang 1,100 cawangan di Malaysia, senanglah kalau aku nak dapatkan Slurpee kegemaran aku ni hari-hari.

Pada tahun 2009, 7-Eleven Malaysia telah memperkenalkan “Slurpee Nator” untuk pelangannya dengan misi membawa kegembiraan sambil membeli-belah di 7-Eleven setiap hari. Dan hari ini 9 Jun 2010 mereka telah melancarkan Facebook Page iaitu “Slurpee Nator“… jom lah join “Slurpee Nator” di http://www.facebook.com/slurpeenator dan bergembira bersama mereka. Haaa ni nak kasi tahu yang Slurpee Nator ni sekarang adalah BFF (Best Friend Forever) aku di Facebook. Mana taknya Slurpee Nator baik dan pemurah tau?.. nak tahu apa sebabnya?..

Semperna pelancaran Facebook Page http://www.facebook.com/slurpeenator, Slurpee Nator ingin memberi hadiah percuma kepada peminat yang “Like” (Menjadi ahli Slurpee Nator) secara rawak dari hari ini sehingga 30 June 2010 ini.

Selain daripada itu banyak lagi hadiah percuma semperna World Cup kali ini yang Slurpee Nator nak berikan. “Cakap Banyak Bola” dari 11 June- 2 July 2010. Cakap apa saja pasal bola dan World Cup di dinding Facebook http://www.facebook.com/slurpeenator dan anda berpeluang untuk memenangi bola Adidas Limited Edition Jabulani yang bernilai RM399.

Jadi apa tunggu lagi jom lah penggemar-penggemar Slurpee semua, kita join Facebook Page di http://www.facebook.com/slurpeenator dan rasai keceriaannya seceria warna pelangi Slurpee. :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com