Sepetang Di Astro B.Yond PVR Challenge

Wahh pertama sekali aku nak ucap tahniah kepada Astro atas pelancaran dekoder Astro B.Yond PVR (Personal Video Recorder) yang terbaru tu.. lepas ni kalau nak tengok Astro dah boleh Record, Rewind, Pause dan Play hanya dengan remote control Astro B.Yond korang tu.. bagi yang dah HD tv boleh terus tukar dekoder dan tambah RM300 untuk dekoder baru tu.., huh melopong la aku sebab aku tak ada HDtv .. ntah bila la nak dapat HDtv kan.. ada sesiapa nak sponsor?..

Aku suka sangat Astro Byond PVR sebab nanti aku boleh rakam cerita, maklumlah aku ni memang jarang tengok tv, tengok pun time rasa nak tengok je baru tengok, kalau tak tu haram jadah la aku nak bukak tv.. kalau ada Astro Byond PVR ni boleh la aku rakam cerita kegemaran aku dan tengok bila aku senang atau cuti kerja, memang sesuai sangatlah ByondPVR ni untuk aku.. sebab kerja shift ni memang tak best sebab banyak rancangan hebat kat Astro aku tertinggal atau terlepas siri lebih-lebih lagi kalau cerita berepisod. Harap-harap kalau ada orang Astro terbaca blog aku ni boleh la bagi aku sebiji HDTV dan Astro Byond PVR ni yek.. hehehe aku promot nih.. 😛

So korang dah tahukan serba sedikit tentang Astro B.Yond PVR ni.. untuk pengetahuan korang gak, tadi kat Mid Valley North Court Ground Floor (Next to Jusco) dari jam 10pagi-8malam, berlangsungnya Astro B.Yond PVR Blogger Challenge. Empat blogger terhebat dan tersohor tanahair iaitu kak Redmummy, bro BeautifulnaraEiling dan Eyerizz berentap untuk dapatkan sebiji Astro B.Yond PVR tu…  Dalam perlawanan tu diorang kena buat banyak task yang diberikan oleh pihak Astro antaranya update blog dan dapatkan komen terbanyak dalam blog tu, selain tu kena dapatkan undian “Like” di Facebook dan komen di #Byondpvr Twitter. Untuk melayakkan diorang menang, diorang kena completekan task ni dan setiap task akan dapat markah..

Aku datang-datang je kat #Byondpvr ni si abang nara (Beautifulnara.com) dah minta aku support dia, tapi bro saya dah janji ngan kak Redmummy.com nak support dia.. heheeh sorry ye bro next time.. 😛

Hehe Beautifulnara.com suh duduk tempat dia.. dia nak ke tandas.. huh merasa gak aku duduk kat kerusi blogger terhebat ni.. minta-minta aku dapat banyak idea untuk update blog lepas ni.. so korang nak tahu apa aku buat kat kerusi ni?.. hehehe aku sedang mengupdate twitter dengan Iphone 3gs aku tu.. hehehe..

Best kak RM (Redmummy.com) ni setiap kali aku jumpa dia mesti dia kasi tips blog kat aku.. thanks kak RM.. we love u so much.. kalau korang nak tahu kak RM tak lokek ilmu blog.. tanya je apa saja dia akan layan korang dengan penuh senyuman.. 🙂

Vote for Beautifulnara.com heheheh alamak sorry kak RM saya tak berpaling tadah.. ni gara-gara Beautifulnara.com yang suh duduk tempat dia.. hehehe tapi yang penting saya tetap vote Redmummy.com :P..// bro Beautifulnara.com actually saya vote kamu juga.. shhhuuuttt..

Salah satu task yang diorang kena buat.. iaitu rebut remote control Astro B.Yond PVR dan buat ramakan selama 30 saat.. hahaha tengoklah gelagat diorang.. Redmummy, BeautifulnaraEiling dan  Eyerizz.

bersama Tian Chad, Redmummy, Teratak Armo, Mohdzaid dan Eyriqazz … yahoooo saya bersama top blogger di Malaysia… saya salut anda semua, thanks banyak bagi sokongan dan dorongan untuk berblogger ni..

Bro Teratak Armo , menjawab soalan dan dia dapat hadiah T-shirt Worldcup, soalannya senang je sebutkan nama blog blogger yang terlibat dalam Astro Byond PVR Challenge ni..,…

hehehe saya pun dapat tau hadiah.. soalan saya pulak, sebutkan nama fanpage Gempak Astro.. huhu memang saya tak tahu pun.. tapi sempat search kat handphone tu yang saya dapat jawab.. tapi saya bagi Alice hadiah tu sebab saya tak muat…

Persembahan tarian dari… alamak lupa pulak nama kumpulan ni.. siapa tau yek?..

ni pula persembahan dari DannyBoy – Top 5 Astro Star Search 2008, best gak suara dia..

Kelakar dowh aku tengok mamat ni menari.. ala-ala robot tua yang dah rosak.. ahahaha..

Persembahan dari Cartoon Network breakdance

Dan pemenangnya adalah… jeng…jeng..jeng… kak Redmummy, tahniah kak.. dapat sebiji Astro Byond PVR lagi.. lepas ni boleh la rakam cerita CSI kegemaran akak tu yek… Tahniah kak..

Aku suka benda alah bulat-bulat ni.. nampak comel.. siap ada lampu lagi…

Blogger terlibat, penganjur dan Nuffies dari Nuffnang..

Bersama sixthseal.com , tak sangka ye bro sixthseal.com cakap dia pernah masuk blog saya… terharu sehhh…

With Beautifulnara.com

Alice in wonderland … Alice blanje aku sebiji Astro Byond PVR boleh?…

Apa-apa pun program ni memang best… dan buat aku dan Alice terhibur, dan kepada kak Redmummy, thanks ye belanja kami makan MCD… huhu kenyang …. heheheh

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Sepetang Di Astro B.Yond PVR Challenge

  1. Tian Chad says:

    Nice to see you again haha =D
    ReMummy memang hebat!

  2. Redmummy says:

    sakit tekak akak dok suh tian chad vote akak hahahahah wpun dia cakap dah support akak but manalah tau berubah pikiran
    for you too Zaid
    best best!

    Zaid and Alice thankssssssssssss sangat bagi support
    BN memang sume supporters RM dia nak sauk pinjam muahahaha
    anw today is the big day for BN gak

    thanks ye Zaid
    muahsss

    next event datang support lagi yek 🙂

  3. Piston Pecah says:

    wah…pergi menyokong bro nara ke redmumy nih..?
    dpt tgk LBS free tak?haha

  4. armo02 says:

    Wallaweyyyy..hang sepatut datang pukul 8pagi tolong buat PR untuk REDMMUMY..hehe..salah kenyataan salah satu gambo tuu..kita blogger ciput-ciputan belum lagi cukup hebat daaa…

  5. admin says:

    Mmg nak datang awal bro.. Tapi disebabkan kerja tu yg terpaksa datang lambat… Hehe pasal title tu mmg betul sebab zaid dah anggap korang sifu dan tu sebagai pengiktirafan kepada ada semua yang selama ni banyak menyokong dan membantu zaid dalam menulis blog ni… Thanks ye bro jai..

  6. admin says:

    Tak dapat join beautifulnara tengok LBS, tapi join rm makan kat mcd..

  7. admin says:

    Thanks kak rm coZ sudi jengah blog zaid ni… Zaid dan alice sentiasa support Kak sampai bila-bila… Semoga maju jaya ye..

  8. admin says:

    Tian chad.. Nice to meet u too… Saya suka gambar-gambar yang u snap… Nanti i nak belajar dgn u boleh?

  9. aza says:

    Heyo! nice blogpost! thanks for coming 😀

  10. admin says:

    thanks aza and welcome to my blog..

  11. seriwangi says:

    Besrnya orang belanja malan, nanti bila pula seri wangi org nak belanja makan.

  12. bro S says:

    bro, nak tanya la.since u da pakai PVR, boleh ke a[pa yg kita rakam tu kita copy masukkan kat laptop utk upload kat youtube?

    dia ada hardisk kan? so, ble plug n play ke kat USB port lapto/ pc?

    need info

    tqvm!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *