Superstar R&B Usher Bakal Beraksi Di Malaysia

Pertama kalinya artis ataupun superstar Rnb dunia Usher akan beraksi di Malaysia. Wah tak sangka artis hebat seperti Usher sudi datang ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat setianya. Aku memang nak sangat pergi tengok konsert ni sebab aku memang minat sangat dengan lagu-lagu dia. Lagu-lagu hot beliau antaranya Nice & Slow, You Make Me Wanna, U Remind Me, U Don’t Have to Call, Yeah! dan Burn telah tercatat dalam senarai billboard dan jualan sampai bermillion didunia… perhhh jutawan mawan ni… album keempat dia Confessions tu pun telah terjual lebih dari 10 million unit di US dan 20 million didunia, tu belum yang dikira dicetak rompak atau didownload dari internet..

Usher akan melangsungkan konsert live di Malaysianya pada 7-Julai-2010 ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam. Tiket-tiket dah ada dan dah dijual untuk peminat. Jangan terkejut harga tiketnya bagi aku tak la mahal mana pun berbanding dengan artis antarabangsa yang lain… Tiket dijual berharga dari RM488 (numbered seat) hingga RM428 (standing), RM348 (standing), RM288 (numbered seat), RM188 (numbered seat) dan RM98 (free seating).

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Galaxy hotline ditalian 03-2282 2020 atau layari www.galaxy.com.my dan Ticket Axcess hotline: 03-7711 5000  www.axcess.com.my.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Superstar R&B Usher Bakal Beraksi Di Malaysia

  1. wahh.. best zaid.. BEST BANGET! =D

  2. admin says:

    Jom pergi nakkkkkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *