Hari Ini 31-May-2010 Aku….

1 ) Hari Ini 31-May-2010 Aku…. aku pergi kerja macam biasa awal pagi, tapi terlambat bangun tidur sebab aku suka tidur lambat. Penat tak hengat lah sebab semalamnya ada kenduri kawin kakak aku. Tu yang tak larat sangat nak bangun., Sampai tempat kerja pergi beli sarapan nasi lemak, walaupun gaji tak masuk lagi tapi aku tetap nak makan nasi lemak sebab aku lapar sesangat. Tepat pukul 9 pagi aku pergi naik HR minta surat klinik sebab aku rasa mata aku ni merah semacam, dah macam mata hantu puntianak sundal malam dah..  suspect sebab bangun lambat then terus mandi, sebab tu mata aku merah. Aku ni kalau bangun pagi tak boleh terus mandi sebab nanti mata merah. Tak tau la apa sebabnya,… belum aku dapat pastikan. Doktor cek dan tengok biji mata aku yang comel ni… sah aku ada sakit mata dan doktor tanpa segan silu kasi aku MC dua hari… yahoooo merdeka..!! best gak kan sakit mata ni, boleh lah relex-relex kat rumah. Jam menunjukkan pukul 10.10pagi, apa lagi.. “Bos saya balik dulu, saya dapat surat MC doktor, saya sakit mata” bos aku tak boleh kata apa lah sebab dapat surat MC, terus dia suh aku balik rumah.

2) Hari Ini 31-May-2010 Aku…. lepas je aku sampai rumah, aku rehatkan diri dan kacau adik aku yang turut MC hari ni.. perhh best siut semua MC, boleh la ronggeng ni.. Apa lagi aku ajaklah adik dan mak aku pergi Jabatan Imigresen Malaysia kat Bangi.. pergi sana sebab nak buat Passport Antarabangsa, ni first time aku buat passport antarabangsa, buat pun sebab nak pergi Hong Kong 25 June ni.. ada sesiapa nak ikot?.. jom lah sekali… Aku memang suka sangat Jabatan Imigresen Malaysia Bangi ni sebab service dia sangat pantas. Aku buat passport tak sampai 30minit dah siap..  perhhh memang berkualiti tinggi lah pekerja diorang. Tahniah kepada Jabatan Imigresen Malaysia Bangi atas kecekapan dan kepantasan piagam pelanggan korang.

3) Hari Ini 31-May-2010 Aku…. lepas balik dari buat passport antarabangsa, aku ajak mak aku pergi pejabat Nuffnang, sebabnya mak aku memang hadiah, ala hadiah Daily Project Alpha week 13 hari tu.. tahniah mak… dapat gak hadiah.. dari aku langsung tak menang hehehe,… sambil-sambil mak aku ambil hadiah sumbangan Adidas dan Ruumz tu aku pun apa lagi ambil kesempatanlah ambil sijil Gatsby aku tu… waahhh bestnya dapat sijil Malaysia Book Of Recored tuh… yahooo

4) Hari Ini 31-May-2010 Aku…. aku sekarang sedang menaip blog waktu sekarang 31/05/10 jam 19.14PM dan aku baru je selesai menyiapkan satu post bertajuk My Sweetheart Smells Like Adidas Action3 Fresh! mana lah tau kan kot-kot dapat lagi instant cash dari Project Alpha. Adik aku ajak pergi mandi air panas kat Langat malam kang… best ni boleh berendam puas-puas dalam kolam air panas ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Hari Ini 31-May-2010 Aku….

  1. ChuyRy says:

    best ah g melencong..eh melancong..huhu

  2. admin says:

    heheh melancong lah bukan melencong.. tu lain maknanya tu kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *