Makan Bersama Blogger – EspresSOUP & Blup-Blup

Hari tu dapat email jemputan makan tengah hari di EspresSoup semperna pembukaan kiosk terbarunya di Plaza Low Yat. Aku dapat jemputan ni dari Blup-Blup.com tak silap aku ni ni event pertamanya bersama blogger dan ini event yang pertama aku join bersama Blup-Blup. Aku sebenarnya dah lama mengidam nak makan sup kat EspresSoup ni sebab sup dia unik dan cara makan dia pun unik. Harga pun murah dan boleh dimakan oleh semua orang sebab ianya Halal. Disebabkan banyak sangat aral melintang, jadi aku tak nak lepaskan peluang makan sup ni secara percuma. hahaha ya secara percuma.. order je apa aku nak makan.. diorang belanja.. 😛

Ramai gak blogger yang hadir, jumpa Tian Chad, Feeq, Tallboyz, AfraYuri dan ramai lagi… tak silap aku dalam 48 blogger yang dapat jemputan. Aku tak berapa kenal sangat blogger yang lain tu yang aku kenal diorang 4 orang tu je ada gak tempat aku nak borak-borak… hehehe… apa-apa pun nasib baik ada cik adik manis AfraYuri dan kawan dia tu, yang bestnya kawan AfraYuri cakap tangan Tian Chad lembut.. hahaha bro Tian Chad ni mesti makan EspresSoup selalu kan sebab tu tangan lembut bak sutera ..

@Espressoup Plaza Low Yat … kalau sampai je kat Low Yat ni turun kat tingkat bawah…

Tu dia… roti yang unik.. kuah sup tu akan diletakkan kat dalam roti ni… memang PeerrhhHHh.. sedap

Roti dan sup dari EspresSoup ni sesuai dimakan tak kira masa, siang atau malam… harga memang murah dan yang penting ianya sedap dan berkhasiat..

Tak caya ke murah… haaa tengok la sendiri menu tu… bagi aku murah je.. tak tau la bagi korang…

Jangan risau sebab kualiti dan kebersihan EspresSoup ni dijamin bersih…

Lihat menu yang aku order… hehehehe…

Nak makan pun ada cara tau… tengok demo dari Tian Chad ni….

nak tahu macam mana potong roti ni… haa tengok cara-caranya…

EspresSoup kiosk Sup pertama di Malaysia

Para blogger sedang menikmati makanan dan Sup sambil bertukar-tukar idea.

Sempat lagi aku pergi kacau AfraYuri dan member dia tengah makan…

jeng..jeng..jeng…. kami tiada apa-apa kaitan selain kawan blogger okey… jangan pepandai sesiapa buat speculation

Blup-Blup.com – We Blog For You @ EspresSoup Plaza Low Yat.

Yessshhhhzaahh… Blup-Blup dan EspresSoup lain kali jemput kami makan lagi ye.. thanks..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Makan Bersama Blogger – EspresSOUP & Blup-Blup

  1. jfook says:

    Nice one. 🙂

  2. TianChad says:

    Hahaha now my lembut tangan become focus pulak. lol
    Nice meeting you all again~!

  3. Lin says:

    pelik. ni bru 1st time tgk.
    :pp

  4. @AfraYuri says:

    haha! tangan tianchad lembut bak sutera ;p
    nice to meet you zaid 😀
    hey! Afra laaaaaaa

  5. armo02 says:

    Cehh..macam mana boleh terlepas..hampehh

  6. admin says:

    bro register cepat kat blup-blup.com nanti ada event diorang akan jemput..

  7. admin says:

    hehehe sorry afra silap tulis nama.. 😛 dah edit heheeh thanks ye.. and nice to meet u too..

  8. admin says:

    pelik tapi sedap..

  9. admin says:

    hahaha sorry tian chad.. just suka-suka je kacau u..

  10. admin says:

    tak join ke bro?..

  11. camarputih00 says:

    baru ni nampak roti jenis gitu.. mesti best kan..

  12. FeeQ says:

    woot woot XD

  13. admin says:

    Nice to meet u feeq, akhirnya kita bertegur jugakan kat event ni… Btw nice picture yang u snap.. Nanti boleh belajar dgn u…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *