Album Review : Best Of Indies & Hip Hop (Twitter Contest)


Pengumuman : Saya telah mengadakan satu pertandingan RT entry di Twitter… untuk memenangi CD exclusive Best Of Indies & HipHop ini sila retweet semula :

Sila Retweet ini :

Album Review Best Of Indies & Hip Hop (Contest), RT sebanyak mungkin utk menang 1CD exclusive. Info : http://goo.gl/pIBP

Tarikh Penyertaan dari 3PM 20/05/10 hingga 11PM 25/05/10, retweet terbanyak akan menerima 1 CD exclusive ini secara percuma. Cepatlah RT.. :)

T&C : Hanya 1 cd akan diberikan kepada pemenang, pemenang akan ditentukan berdasarkan RT terbanyak dari tarikh penyertaan sehingga tamat penyertaan. Hadiah akan dipos kepada pemenang. Keputusan adalah muktamat. Bantahan tidak dilayan. :)

Salam semua, aku baru je sempat publish entry review ni kat dalam blog.. sebenarnya dah lama dapat CD ni untuk direview tapi atas sebab terlalu bz dan terlalu penat sampai terlupa untuk publish..

TERBAIK DARI INDIES UNTUK ANDA……..

Satu kompilasi hebat yang mengabungkan himpunan lagu- lagu Indie terbitan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd yang akan berada di pasaran pada 20 April 2010. Menariknya album ini mempunyai 16 buah lagu-lagu yang cukup popular di kalangan para peminat indie yang sedang menguasai industri muzik tanah air pada masa kini.

Himpunan lagu-lagu Independent di dalam album ini mengabungkan irama hip hop dan muzik Indie. Antara lagu-lagu Hip Hop yang terdapat di dalam album ini adalah dari artis Hip Hop yang ternama seperti Joe Flizzow menerusi lagu Isabella feat Amy Search dan Do It Duit feat Phlowtron. Manakala  Altimet feat Ning Baizura menerusi lagu Mimpi turut di muatkan di dalam album ini. Hampir kesemua lagu-lagu Hip Hop di dalam album ini merupakan lagu-lagu hit dan popular serta selalu kedengan di corong-corong radio.

2 buah lagu Inggeris dari Disagree -Osaka dan KrafDiamond turut dimuatkan di dalam album ini. Manakala Kraf turut menyumbangkan satu lagu melayu iaitu Ayoh Berjoget. Hampir kesemua lagu-lagu di dalam album ini adalah dari band –band indie

yang semakin meningkat naik seperti Maximus menerusi lagu Biar mati chinta Ini, Joanna & Co lagu Aku Pelangi, Couple dengan lagu Tentang Kita, Sonar menerusi lagu Tentang Dia serta banyak lagi.

Manakala lagu Aurora dari Estranged yang berjaya ke peringkat akhir Juara Lagu 24 turut di muatkan di dalam album ini. Terdapat juga lagu nyanyian Nabila Huda iaitu X-Ray. Kesemua lagu-lagu di dalam album ini merupakan pilihan yang terbaik dalam muzik Independent pada masa kini . Jadi apa yang di tunggu lagi, dapatkan segera dengan hanya  berharga RM 31.90 di pasaran sekarang .

Tracklisting

1. Isabella – Joe Flizzow feat Amy Search
2. Oh Sizuka – Pop Shuvit
3. Cinta Gila – Grey Sky Morning
4. Aurora – Estranged
5. Mimpi – altimet feat Ning Baizura
6. Ayoh Joget – Kraft
7. Si Murai Penipu – Stonebay
8. X-Ray – Nabila Huda
9. Aku Pelangi – Joanna & Co
10. Gadis Gedung Atasan – Brainhead
11. Biar Mati Chinta Ini – Maximus
12. Tentang Kita – Couple
13. Cuma Dia -Sonar
14. Osaka – Disagree
15. Diamonds – Kraft
16. Do It Duit – Joe Flizzow feat Phlowtron

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com