MAGGI® MEE MY WAY™ – MEE MAGGI® Hailam Romeo

Jom kasi try menu terbaru dari adik aku.. hhuhu MEE MAGGI® Hailam Romeo , yammie best tau .. kalau nak cuba sila salin resepi kat bawah ni..

http://www.maggi.com.my/maggimy/recipes.aspx?sect=video&idv=262

MEE MAGGIE HAILAM ROMEO
BAHAN-BAHAN:

++++ Kesemua bahan dihiris++++
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
+++++++++++++++++++++++++

4 ekor udang basah
5 hiris ayam dicelur terlebih dahulu

3 tangkai sawi – dipotong
½ inci lobak merah – dihiris
½ biji tomato – dihiris

1 sudu lada hitam
1 sudu lada putih
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis

2 sudu minyak untuk penumis
1 cawan air

HIASAN:
2 helai daun sup
1 tangkai daun ketumbar

1 peket Mee Maggie Kari – Mee dicelur terlebih dahulu.

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang dihiris tadi.
2. Masukkan ayam dan udang.
3. Masukkan perencah Maggie Kari.
4. Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam dan lada putih.
5. Masukkan air dan biar hingga mendidih.
6. Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.
7. Masukkan mee Maggie yang dicelur tadi ke dalam mangkuk dan hias dengan daun sup dan daun ketumbar.
8. Tuangkan kuah hailam ke dalam mangkuk yang berisi mee Maggie tadi.
9. Sedia untuk dimakan.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *