Hari Ini Dalam Sejarah – 13 Mei

Rasanya ramai yang dah tahu periswita 13 Mei 1969 iaitu tercatatnya sejarah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Tahukah korang.. bahawa pada 13 Mei juga banyak peristiwa dan sejarah lain di dunia?.. semuanya ada di http://ms.wikipedia.org/wiki/13_Mei

13 Mei merupakan hari ke-133 (hari ke-134 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 232 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

1497Girolamo Savonarola dari Florence dikucilkan oleh Paus Alexander VI.

1619Bangsawan Belanda Johan van Oldenbarnevelt dihukum mati di Hague setelah dituduh menderhaka negara.

1648Kubu Merah siap dibina di Delhi.

1830 – Kemerdekaan Ecuador.

1848Lagu kebangsaan Finland Maamme dipersembahkan buat pertama kali.

1888Isabel si Penyelamat (gambar) meluluskan Lei Áurea (Undang-Undang Emas), secara rasmi menamatkan perhambaan di Brazil.

1912Royal Flying Corps (kemudiannya Royal Air Force) diasaskan di United Kingdom.

1950 – Perlumbaan pertama siri Grand Prix Formula Satu di Silverstone, England.

1958 – Ketika melawat Caracas, Venezuela, kereta yang membawa Naib Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon diserang oleh penunjuk perasaan Anti-Amerika.

1958 – Tanda dagang Velcro didaftarkan.

1967Dr. Zakir Hussain menjadi Presiden India pertama yang beragama Islam. Beliau menyandang jawatan ini sehingga 24 Ogos 1969.

1969Peristiwa 13 Mei: Rusuhan kaum orang CinaMelayu di Kuala Lumpur, Malaysia menyebabkan sekurang-kurang 190 orang terkorban dan Parlimen digantung sehingga 1971.

1981Mehmet Ali A?ca menembak dan menyebabkan Paus John Paul II cedera parah di Dataran Saint Peter, Kota Vatican.

1992Li Hongzhi berucap megenai Falun Gong di khalayak awam buat julung kalinya di bandar Changchun, Republik Rakyat China.

1998India dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dan Jepun akibat siri ujian nuklear keduanya.

1998Rusuhan kaum berlaku di Jakarta, Indonesia, menyaksikan kedai-kedai milik warga berketurunan Cina digeledah dan kaum wanita dirogol.

2007 – Bermulanya pembinaan Jambatan Calafat-Vidin antara Romania dan Bulgaria.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Politik and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *