Mustajab Ke?

Sekarang ni sana sini cakap pasal Mustajab, ntah apa yang mustajab sangat sampai semua budak kat office aku bergosip pasal mustajab ni hari-hari. Mulanya aku malas nak masuk campur sebab aku tak minat sangat nak ambik tahu hal orang lain kat pejabat ni, tapi telinga ni macam gatal je nak mendengar gak, last-last aku dah dapat tahu rupanya diorang cerita pasal Losyen Mustajab keluaran Dunia Herbs tu rupanya… Owhh padanlah memasing aku tengok kemain nak pergi Gym sambil bermustajab… siut je..

Disebabkan aku pun berbadan comel, jadi aku pun tak ketinggalanlah kot-kot ada produk yang boleh mengempeskan perot aku yang comel ni, aku tak suka sangat produk yang mahal-mahal ni last-last nanti hampeh buat ranap duit je.. Tapi Losyen Mustajab ni lain lah… aku baru pakai satu botol sekarang dah masuk botol yang kedua.. Alhamdulillah lah memang ada la nampak kesannya sikit.. ada gak la orang tegur cakap aku dah kurus sikit… yippie…hehehe perasan je lebih aku ni, tapi bangga siut orang cakap aku dah kurus. Tapi kuruskah aku?.. ermm tunggulah bulan kedua aku berMustajab ni.

Oh ye korang semua jangan ingat ini advertorial atau entry berbayar dari Dunia Herbs ye, oh tidak… aku tidak dibayar.. tetapi ini adalah testimoni ikhlas dari aku. so aku sarankan kat korang semua cepat-cepatlah pakai produk Dunia Herbs ni dan gunakanlah losyen Mustajab ni, gerenti Mustajab.. huhu Banyak sebab aku pilih Mustajab ni sebab utamanya boleh kuruskan badan.. dan yang bestnya bukan setakat perempuan, lelaki pun boleh pakai tau, tak ada kesan sampingan, tak berminyak, bila pakai rasa sejuk je.. dan yang paling penting harganya murah je, kalau nak harga murah pergilah Tesco Ampang, ada kedai kat luar tu jual dengan harga RM20.00 je.. murahkan..

KHASIAT DAN KEGUNAAN :

  • Urutan seluruh badan
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Sakit otot dan sendi
  • Mengurangkan selulit
  • Melegakan sakit akibat senggugut
  • Sesuai untuk wanita lepas bersalin.
  • Kegunaan seisi keluarga

CARA PENGGUNAAN :

  • Sapukan pada tempat yang bermasalah, dan urutkan secara perlahan-lahan.
  • Boleh digunakan sekerap mungkin
  • Tidak berminyak dan mudah meresap
  • Tidak disyorkan pada bayi
  • Untuk kegunaan luaran sahaja

KETERANGAN AM

Losyen yang 100 peratus berasaskan pati halia ini juga adalah antara produk pelangsingan yang mampu membuang lemak dan melancarkan perjalanan darah di samping boleh mengurangkan lemak yang tak diperlukan, dengan urutan secara perlahan-lahan di bahagian yang bermasalah terutama di bahagian perut dan punggung. Losyen ini juga sesuai untuk membantu melegakan lenguh-lenguh sendi, lutut, kejang urat saraf, kebas kaki tangan serta amat sesuai untuk kanak-kanak yang kembung perut.

Produk ini bukan sahaja untuk mereka yang gemuk atau buncit malah boleh membantu para ibu yang baru melahirkan anak di mana dapat menghilangkan kesan pecat di perut atau selulit. Apa yang menarik, Losyen Mustajab Pati Halia ini mengandungi rumusan revolusi terkini dengan secara semulajadi, cepat menyerap dan tidak berminyak, malah baunya sangat harum apabila disapukan pada bahagian yang bermasalah, sekaligus membolehkan ia digunakan pada bila-bila masa atau di mana sahaja anda berada.

Kelebihan losyen ini juga dapat membantu pengguna yang mempunyai masalah angin, gastrik dan perut sebu setiap kali mengambil makanan yang berlebihan. Losyen ini sesuai untuk seisi keluarga dan harus ada di setiap rumah.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.