Best Tengok AIM17 Live Kat PWTC

Bestnya dapat tengok live Anugerah Industri Muzik yang ke 17 kat Dewan Merdeka PWTC, tak sangka dapat tengok live anugerah sebesar ini.. kalau tak sebelum ni tengok kat NTV7 je tapi kali ni diberi peluang tengok live melalui kuiz twitter @GuaMalaysia hari tu..

Semua dah tahu keputusannya dan siapa sangka Yuna telah menewaskan pesaing lain, yahoooo bestnya Yuna menang sebab aku suka sangat dengan suara dia… lebih-lebih lagi lagu ‘Dan Sebenarnya’ tu.. memang menyengat.. Dalam AIM17 ni Yuna menang 4 kategori, Siti Nurhaliza pun kalah lah… hehehe dah tak laku Siti?.. heheheh jangan marah kak Siti.. melawak jew..

Gandingan pengacara popular yang memang wajib ada setiap AIM ni tak lain tak bukan iaitu Adibah Nor & Afdlin Shauki memang menyengat.. memang lawaklah.. kalau korang tengok TV korang tak tau apa yang mereka buat semasa nak tunggu iklan habis.. tapi kalau korang tengok live kat dewan, ada je lawak diorang.. sedangkan kak Dibah kita tu berdiri atas pentas je orang dah gelak.. memang bestlah mereka berdua, Afdlin pula tak tahan masa dia nyanyi lagi Kantoi tu memang lawak gile..

Aku sama Hani Madu ala DJ Fly.FM tuh.. kenal?… cantik lah dia ni.. manis je muka semanis nama dia.. Hani Madu..

Alice dan Hani Madu .. sama cantik sama padan.. tapi cantik lagi awek aku… 😛

Ada gaya artis tak?… korang ingat artis je yang jalan kat Red Carpet? Mohdzaid.com pun jalan kat sini tau… hehehe tapi tak ada sorang pun yang snap gambar aku.. hihihih…

Ni pula Alice artis baru popular tahun 2020… hehehehe diatas Red Carpet meragakan pakaian tajaan SENDIRI BERHAD..

Aku salut kat Faizal AF ni… kalau korang nak tahu dialah artis yang paling awal dan terawal datang… artis lain?… ermmmm hampeh… dah nak start program baru terhegeh-hegeh nak datang..

Siapa nama dia yek?… dia ni pengacara kat NTV7 kan?… ohhh ye baru ingat… Marion Counter namanya..

Huhu peace… lol kenapa muka aku tak pernah nak senyum bila ambik gambar?… rrmmm 🙂

Pentas yang simple tapi menarik..

Adibah Nor & Afdlin Shauki memang sepadan dan ada keserasian… ada orang cakap mereka tak best.. tapi bagi aku dia yang terbaeekk dari ladang..

Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti nyanyi lagu sewaktu pembukaan AIM 17 ni.. best gak lagu dia ni.. tapi aku tak berapa layan Siti Nurhaliza lah.. sorry… 🙂

Aku suka sangat persembahan Yuna dan Aizat AF ni… memang bestlah gabungan lagu ni dengan live orchestra.. memang layan..

Hazami dengan anugerahnya sambil

Andrew Tan … memang best lagu dia nih.. layan lagu cina jap..

Hoho ini Zee Avi… best dia nyanyi lagu Kantoi.. sorry gambar dia kecik je tak leh nak zoom lebih-lebih..

Faizal Tahir nyanyi lagu Selamat Malam, memang mantap vokal dia ni.. Alice sukalah.. aku tak berapa suka dia ni..

Faizal Tahir ambik anugerah sambil diperhatikan oleh lagenda Rock kita kumpulan Wings.

DJ Fuzz dan…

Dato Sheila Majid, Jaclyn Victor, dan Karen Kong…

Persembahan penutup AIM17 dari Riz, Dafi, Iqwal, Mila, Ayu, Aliff, Juwita & Shila dengan lagu Satu Harapan.

Ok bagi yang masih tak tahu pemenang AIM17 ni, tengoklah senarai kat bawah ni.. mana tau kot-kot korang tak tengok tv ke hehehe..

Artis Baru TerbaikYuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)Hazami (Survivor)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam LaguDato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Kulit Album TerbaikSarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)

Rakaman Album TerbaikAkasha (Into…Akasha)

Video Muzik Terbaik – Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Lagu Pop Etnik TerbaikEnjut (Noraniza Idris)

Album Nasyid TerbaikAllahu Rabbi (InTeam)

Lagu Nasyid TerbaikDia Muhammad (InTeam)

Album Rock TerbaikAdrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Rock TerbaikSituasi (Bunkface)

Album Pop TerbaikDayang Live (Dayang Nurfaizah)

Lagu Pop TerbaikDan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop TerbaikK.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)

Lagu Hip Hop TerbaikCerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan TerbaikTo Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Lagu Inggeris Tempatan TerbaikDeeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik I’m Karen (Karen Kong)

Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis LirikNa Han (JK Chen Jia Kai)

Album India Tempatan TerbaikLife Is A Mystery (Shruthi)

Lagu India Tempatan Terbaik Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar NegaraAku Wanita Biasa (Kris Dayanti)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)

Lagu TerbaikDan Sebenarnya, Yuna

Album TerbaikAdneralin, Faizal Tahir

Anugerah KembaraBunkface

Anugerah Wirama Adnan Abu Hassan

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Best Tengok AIM17 Live Kat PWTC

  1. jfook says:

    Wow, great thing you went for theevent! Must be damn awesome!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *