Gua.com.my – Tiket Konsert Ungu Dan AIM17

Hari ni dapat panggilan dari pihak Gua.com.my menyatakan yang aku adalah pemenang untuk kontest Konsert Ungu di website mereka iaitu Gua.com.my, konsert ni berlangsung kat Stadium Putra Bukit Jalil 1 May ini… tak sangka pula aku menang tiket ni sebab baru dua hari lepas aku menang 2 tiket untuk ke AIM17 di PWTC pula pada 2 May, ni pun sebab kontest twitter mereka. Alhamdulillah tak payah nak beli tiket konsert hehehehe… tapi yang tak bestnya konsert kumpulan Ungu tu aku tak dapat pergi sebab kerja lah waktu tu… Nasib baik ada kakak.. boleh lah dia pergi konsert tu nanti dan buat review.. apa-apa aku tanya dia lah untuk diupdate dalam blog aku nih..

Fuhhh 1st time masuk Sri Pentas TV3 sebab nak ambik tiket ni punya pasal… sempatlah tengok diorang buat live Hotfm kat konti.. memang bestkan kalau dapat kerja kat TV3 boleh jumpa ramai selebriti tanahair yang popular tuh..  😛

Nak masuk Sri Pentas kenalah dapatkan pass VIP dulu.. kalau tak kena halau nanti.. hehehe..

Inilah dia Sri Pentas kebanggaan Malaysia.. yang menyiarkan pelbagai siaran TV dan Radio ..antaranya TV3, HotFM, dan Gua.com.my

Poster-poster siaran TV3 disepanjang lobby… depan poster tu konti Hotfm.. segan pula nak ambil gambar takut kena marah hehehe

Ini dia dua tiket AIM 17 yang akan berlangsung di PWTC pada hari ahad ini bersamaan 2 May 2010… yang ni aku dapat pergi sebab aku kerja pagi je…

Yang ni pula 2 tiket menonton Konsert Ungu yang berlangsung pada 1 May 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil nanti… haaa yang ni aku tak dapat pergi sebab kerja.. tapi aku kasi tiket ni kat kakak aku dan tunang dia pergi tengok… tak pelah lagipun aku pernah tengok konsert Ungu sebelum ni kat PMI2 dulu..

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kat Gua.com.my yang sudi beri tiket ini kepada aku ye.. susah korang ye… tapi korang memang bestlah… thanks again…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Gua.com.my – Tiket Konsert Ungu Dan AIM17

  1. Pingback: Best Tengok AIM17 Live Kat PWTC « Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *