Ekzos Kereta Bocor! Proton Wira 1.5 Aeroback Special Edition

Malang tak berbau itulah yang terjadi kat aku bulan ni, ada je yang tak kena… ntah lah jap nak cek horoscope baik ke tak hehe.. baru jer lepas repair ekzos kereta yang pecah hari tu.. sebenarnya dah lama pecah tapi tunggu dulu nak tukar sebab ekonomi tak berapa stabil bulan ni…. ni dah tak larat lagi bayar minyak gile-gile baik tukar jelah ekzos tuh.. Aku ni bukanlah pandai sangat pasal kereta ni, tau bawak je..ย  yang perasan ekzos ni pecah pun masa tukar tayar kereta tu tempoh hari.. tu pun nasib baik pomen tu yang cakap.. kalau tak sampai sekarang kot aku tak tukar heheheh..

Hari ni aku cuti so dalam masa terluang ni baik pergi repair… nak tunggu bila lagikan .. aku jalan-jalan cari kedai pakar ekzos tak jumpa-jumpa susah tul kan nak cari kedai repair ekzos ni.. jalan punya jalan terjumpa satu kedai ni kat Taman Segar Cheras. Nama kedai tu Chin Trading.. baik gak uncle tokey kedai tu.. tapi agak mahal servicenya.. alah lantak la mahal ke murah ke janji ekzos kereta ni diperbaiki secepat mungkin. Wang ringgit tak menjamin segalanya tapi yang penting adalah keselamatan..

Inilah kedai uncle Chin tu… baik dan peramah orangnya… kedai dia bersebelahan kedai haiwan dan klinik haiwan kat taman segar tu.. senang je nak cari kedainya..

Inilah rupa ekzos lama kereta Wira ku yang comel ni…. perhhhh dah berkarat dan berkeladak…. dah macam meriam waktu perang dunia dulu rupanya hahahah..

Tadaaa… ambik kau dah nak terbelah dua batang paip ekzos ni…. tak hengat-hengat nak tukar?…. hahahaha apsal yek kereta Wira semua masalah yang sama?…. kereta kawan aku pun sama masalah ekzos…

Ini pulak batang paip dan bullet yang baru… cantik kan… tengok 3-4 tahun nanti … sah-sah dah berkarat hahahaha…

Ini pula tabung ekzos yang baru… dua-dua sama harga.. memula aku ingat nak ambik yang kecik sikit tu… tapi bila pasang bunyi dia kusat sangat… tak nak la kuat-kuat… kang lagi kuat makan minyak…, aku ambik yang tabung dia besar sikit tu.. bunyi pun tak la kuat sangat.. tapi best.. ๐Ÿ˜›

Kemain lagi uncle tokey kedai ni tolong pekerja dia pasang ekzos aku tu… memang rajin uncle ni… walaupun tokey kedai tapi sanggup turun padang..

tadaaa nah ambik kau… kemain besar lubang ekzos aku ni… lepas ni ketera aku dah boleh kentut dengan tenang.. tak bocor lagi hehehe.. kencing pun tak meleleh.. ๐Ÿ˜›

Encik… Rm 400 saja…. perhhhhh mahalnya…. tak pe lah.. janji sedap dah bawak kereta lepas ni… thanks kepada sponsor semua ye.. i love u all.. muaahhh..

minyak

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku, Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Ekzos Kereta Bocor! Proton Wira 1.5 Aeroback Special Edition

  1. nabilah_2908 says:

    hoho…ada yg sponser…..best la.. ๐Ÿ˜‰

  2. Pingback: Tweets that mention Mohd Zaid Othman ยป Ekzos Kereta Bocor! Proton Wira 1.5 Aeroback Special Edition -- Topsy.com

  3. admin says:

    hihihihi sponsor… saya amat berterima kasih sebab sponsor tu baik hati… saya sayang dia…

  4. Sabar saja ya Pak. Itulah resiko jika kita punya kendaraan. Ada saja hal-hal yang harus diservice.

  5. rm 400 jer ker…1 paip and muffler.

  6. Anonymous says:

    klu ekzos bengkok brp plak casnye…ada spe2 tau takn

  7. Mohd Zaid says:

    ala tak tahu la awk.. kena tanya kedai ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *