Mega Concert Ungu Malaysia 2010

Maklumat Lanjut : http://www.ticketpro.com.my/jnp/concert/399709-mega-concert-ungu-malaysia-2010.html

UNGU – Band paling popular dari Indonesia sekali lagi bakal menggegarkan peminat setianya di Malaysia menerusi Mega Konsert 2010yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 May 2010, jam 8.00 malam dibawakan khas oleh Celebes Production.

Sebagai sebuah band kegilaan anak anak muda, Ungu pastinya merasa amat bangga kerana berpeluang beraksi buat kali ketiga di Kuala Lumpur buat peminat setianya iaitu UNGU Cliquers. Cuma kali inipenampilan Ungu jauh lebih besar dan memerlukan persiapan terperinci agar semuanya berjalan dengan lancar. Ungu memulakan persiapan sejak awal Mac 2010. Konsep konsert ini disiapkan oleh Ungu sendiri.

Istimewanya konsert ini nanti akan menggunakan kesan cahaya dan visual dengan kerjasama dari mereka yang professional yang dibawa khas dari Jakarta. Terdapat beberapa buah lagu yang akan di susun kembali dan sebahagian lagu-lagu nanti disampaikan dalam versiakustik. Ungu mempersiapkan 18 buah lagu hit yang bakal membuai perasaan para penonton dengan melodi-melodi cinta yang manis dan mengasyikkan serta membuat penonton melayang bersama mereka.

Mega Concert Ungu 2010 ini direalisasikan selepas kejayaan besar beberapa siri showcase Ungu di Kuala Lumpur seperti di Planet Hollywood pada 25 June 2006 dan di Ruums, Life Center, Kuala Lumpurpada  09hb Ogos 2007. Kedua dua showcase istimewa Ungu itu mendapatpujian serta liputan yang cukup meluas di media tempatan dan juga Indonesia.

UNGU mula meniti kejayaan di Malaysia apabila lagu ‘Demi Waktu’ dari album pertama mereka yang memasuki pasaran Malaysia ‘Melayang’ sering dimainkan diradio – radio. Kali pertama Ungu menembusipasaran Malaysia adalah dengan usaha gigih Syarikat Rakaman Suria Records Sdn Bhd.(SRC). Dari situlah nama Ungu terus berkembang apabila lagu – lagu dari setiap album mereka  menjadi kegilaan peminat seperti ‘Cinta Dalam Hati’, ‘Kekasih Gelapku’, ‘Untuk Mu Selamanya’, ‘Andai Ku  Tahu’, ‘Dilema Cinta’, ‘Hampa Hati Ku’, ‘Terlanjur Cinta’ dan banyak lagi.

Ungu dibarisi oleh Pasha (Penyanyi), Enda (Gitar), Oncy (Gitar), Makki (Bass) dan Rowman (Drum). Di Indonesia, Ungu  adalah artisdibawah label Trinity Optima Production dan Suria Records Sdn Bhd adalah syarikat rakaman rasmi di Malaysia. Ungu telah memenangi lebih 20 anugerah dalam perbagai kategori sepanjang 10 tahun beradadi persada seni.

Ungu Mega Concert Malaysia 2010 dianjurkan oleh Celebes Production dan berkerjasama dengan TV3 dan ERA FM sebagai rakan media. Selain itu, Grand Dorsett Subang merupakan hotel rasmi konsert Ungu danDorsett Regency Kuala Lumpur sebagai penaja sidang media yang berlangsung pada 05hb April 2010.

Jadi apa tunggu lagi, rebutlah peluang dan dapatkan tiket untuk menonton Ungu Mega Concert Malaysia 2010 dengan segera !!!

Date: 1 May 2010, 8.00pm

Venue: Bukit Jalil Outdoor Stadium

Ticket Price:

Seating Plan:

Terms and Conditions:

  • Ticket Prices include RM3 Ticketing Fee, discounts do not apply to the ticketing fee
  • Buy 2 FREE 1 Promotion is not valid for VIP tickets; all tickets under this promotion must be of the same category
  • Digi promotion applies to all ticket categories, and can be applied to the Buy 2 FREE 1 promotion
  • Buy 2 FREE 1 and Digi Promotions are available via Ticketpro Outlets and Ticketpro Call Center only
  • Once tickets are sold, no exchanges or cancellations will be entertained
  • RM25 re-printing fee will be charged for damaged or lost tickets
  • Please read and understand the Conditions of Sale before purchasing tickets

Where:

  • National Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Mega Concert Ungu Malaysia 2010

  1. Qaira says:

    Huiyoo…cayalahh…dpt mkn KFC free…jeles nihh.. nak kene join nih..

  2. Qaira says:

    Sapo mamat ni eh? tak konal pun…nmpk na den ni tak arif ttg dunia hiburan ek…hehehe

  3. Good day! I could have sworn I’ve been to this blog before but after
    going through many of the articles I realized it’s new to me.

    Anyhow, I’m certainly delighted I stumbled upon it and I’ll be book-marking it and checking back
    often!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *