Campur-Campur Entry..

Berikut adalah post yang sekian lama aku simpan didalam draft .. sebabnya tak tahu nak tulis apa lepas tu simpan je dalam draft… ingat nak move ke trash je tapi macam sayang pula, jadi dari tak ada apa entry kat blog aku ni baik aku publish tapi ceritanya tak lengkap jadi aku jadikan post draft ini didalam satu entry… hhehehehe… jangan marah.. 😛

1) Aku Blogger popularkah?..

Hari ini aku boleh melebalkan diri ini sebagai seorang blogger. Kenapa? sebab sekarang aku dah mempunyai blog sendiri dan bukan blog sampah yang mereka gelarkan pada aku suatu ketika dulu. Aku ingat lagi waktu mula-mula aku menceburi dalam bidang blogger ini ramai yang mengata ianya sekadar membazir masa dan tidak berfaedah langsung. Betul ke?.. tengok sekarang aku mempunyai pendapatan yang boleh dikatakan lumayan bagus hanya menulis blog sampah ini.

Bukanlah tujuan aku untuk menunjuk-nunjuk atau riak kepada semua, tetapi hari ini aku perlu “demand” dengan apa yang mereka cakap pasal aku dulu. Selepas terkeluarnya artikel di Harian Metro pasal blogger Redmummy.com mewah hanya berblog, ramai pula yang berminat untuk membuka blog. Sekarang.. mereka sendiri yang ingin aku ajar mereka cara berblog. Adakah blog yang mereka buat kelak adalah blog yang bagus atau sekadar blog sampah?.. mereka nilailah sendiri.

2) Kenapa Aku Suka Nuffnang

Terdetik kat hati ni terfikir kenapalah aku memilih syarikat pengiklanan Nuffnang dan bukan Inity mahupun Advertlets. Kalau dulu aku memilih Advertlets sebagai pilihan utama untuk menjana pendapatan melalui blog. Tapi sekarang aku amat suka dan terpesona dengan Nuffnang. Kenapa? apa yang best sangat Nuffnang ni?..

Memandangkan aku bukanlah top blogger dan aku bukanlah blogger yang rajin, menulis pun sekadar suka-suka dan hanya mengisi masa lapang sahaja. Kalau dulu aku beria-ia nak update blog untuk buat duit, tapi hasilnya ciput je, agensi pengiklanan pun sekadar menanam tebu dipinggir bibir. Cukuplah bersama Advertlets duit aku tak berganjak-ganjak pun sampai sekarang. Bukan nak mengutuk ataupun memburukkan mereka tapi cukuplah aku sudah terkena dan banyak lagi orang kat luar sana yang senasib dengan aku.

Hari ini aku sudah mencapai matlamat yang aku inginkan, pendapatan blog bersama Nuffnang amat memberangsangkan. Tidak perlu aku cakap berapa yang aku perolehi sebab ianya P&C dan tak perlulah aku menunjuk-nunjuk kepada anda semua.

3)  Terima Kasih Semua

Ucapan terima kasih ini aku nak tujukan kepada semua follower-follower aku dari blogger, Twitter, Facebook, kerana masih sudi masuk blog aku yang caca marba ni.. dah lama aku tak update hari-hari blog ni kan.. kalau dulu tu hari-hari ada je bahan nak dikongsikan kepada korang semua walaupun bagi aku penulisan aku yang agak tak tentu hala macam orang failed SPM ni kan.

Sekarang ni cuma Bz sikit dengan kerja yang melambak kat pejabat tu, untuk pengetahuan aku ni bekerja shift, ada 3 shift pagi, petang, malam. Camput OT lagi tu yang kadang-kadang tak sempat tidur lagilah nak update blog kan… Tapi aku tetap suka berblog aku rindu suasana macam dulu.. kalau boleh aku nak update blog hari-hari..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Campur-Campur Entry..

  1. eyriqazz says:

    wah,suka entry ini zaid..tak kerap update pun hits mengamcam..hari ini pun dah 1000…seo pun gempak..bila nak ajar eyriqazz tips seo ni?hik3..

  2. admin says:

    hari ini dan semalam 1000 .. tu pun sebab cite pasal achik spin.. kalau tak 400-500 je.. ok nanti kalau senang2 zaid letak tutorial ye..

  3. bagus zaid.. apsal la save dalam draft.. publish je.. kasi panas kat mereka2 yg cakap ko blog sampah tu.. hihi.. thumbs up for u!

  4. kak ina kl says:

    salam zaid..wah dah glamour ek..tahniah..sape yang kata blog ni sampah..dia yang biul.

  5. wanie says:

    huhu..salute blogger mcm ni.=)

  6. JAI says:

    uihh..touching cerita bahagian pertama..apa-apa hal keep the gud work..mungkin satu hari nanti blog ini bakal menjadi blog yang terhebat..even sekarang dah hebat dah…

  7. admin says:

    mana ada glamor kak ina.. akak lagi glamor kekeke…

  8. admin says:

    thanks wanie..

  9. admin says:

    biasa-biasa je blog zaid ni bro jai.. blog terjah bro eyriqazz dan bro jai lagi gempak hehehehe susah zaid nak pecut.. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *