Salam Takziah – Achik Spin Meninggal Dunia.

Gambar Ihsan Google.com.my

Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari, lahir pada 1 Julai 1982 dan berasal dari Negeri Sembilan. Beliau yang popular dengan lagu Memori Berkasih, Mengusung Rindu dan Bola-Bola Api dan pernah berlakon didalam filem Diari Romeo suatu ketika dulu. Beliau sudah berkahwin bersama isterinya iaitu HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof . Difahamkan beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan menaiki kereta  menghala ke highway Beranang, Negeri Sembilan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010).

Al-Fatihah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin..

Berikut adalah sumber dari Utusan Online

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

17/04/2010 8:51pm
Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

UPDATE : Video dan gambar kemalangan. Kredit http://komuniti-blogger.com/

 (P/S: Tidak pasti kesahihan video ini sama ada betul atau tak..)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Salam Takziah – Achik Spin Meninggal Dunia.

  1. alice says:

    jadikan bahan cerita je tak guna…yg penting kita doakan yang terbaik untuk arwah….

  2. Kie-yu says:

    Al-fatihah~
    1 lagi berita mengejutkan untuk industri hiburan =(

  3. video tu dah ada kt facebook.. ada budak balik dr seremban rakam n upload ke fb.. masalahnya aku tak nampak pun arwah.. tapi.. kereta tu dah menggambarkan segala2nya.. so zaid.. berhati2 di jalan raya.. jangan bawak keta macam abang bob.. huhu.. Al- Fatihah utk Mak kak siti dan Achik Spin.

  4. admin says:

    betul tu.. al-fatihah kita doakan supaya roh beliau dicucuri rahmat ..

  5. admin says:

    Al-Fatihah.. mari kita doakan ramai-ramai.

  6. admin says:

    tak lupa juga kepada mak siti rakan sepejabat aku… Al-fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *