P1 Lab Day Bersama Blogger

Pada 6 April 2010 hari tu aku dijemput oleh P1W1MAX untuk menghadiri satu program iaitu P1 Lab Day bersama blogger di PacketHub HQ. Program ini telah dihostkan oleh P1W1MAX bersama F-Secure dan MCMC Malaysia untuk membawa kami melawat F-Secure anti-virus lab dan menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan radiation dan kesaannya terhadap alam sekitar oleh MCMC. Program macam ni memang bagus dan aku amat suka sebab dapat belajar banyak benda.

Antara blogger yang datang dan dijemput untuk menjayakan program ini adalah @philipkhor @mohdzaid @ericswgoh @cincauhangus @scamboy @zorocaster @tianchad @bboyrice dan harap-harap lebih ramai lagi blogger yang berminat untuk join program macam ni dimasa akan datang. Program ni mula pukul 2.00 petang dan kami berangkat dari PacketHub ke pejabat F-Secure Malaysia di South Bangsar menaiki P1 VVIP Bus… wahhh P1 pun ada VIP Bus tau.. cayalah..

Tujuan kami ke F-Secure ni adalah untuk membuat lawatan ke makmal anti-virus ni,.. memang best lah tempat ni.. sampai je kat pejabat F-Secure ni macam tak percaya?.. tengok nih..

Apa itu F-Secure?… antivirus lah..

Kawasan dan tempat pekerjanya yang luas dan selesa.. aku yang kerja helpdesk ni pun tak sehebat F-Secure ni tau.. sorang pakai 3 PC… dan setiap pc tu adalah function-functionnya.. diorang ni lah yang akan menganalisa, mengkaji, mengesan, memulihkan, membersih, menghapuskan segala virus yang ada dialam maya ni… F-Secure merupakan salah satu antivirus yang paling popular sekarang ni. Korang nampak tak TV kat atas tu?… haaa jangan korang ingat pekerja mereka ni tak bekerja dan tengok tv pulak,.. tapi TV tu fungsinya adalah memaparkan virus-virus yang wujud dan telah dihapuskan diseluruh dunia.. yang bestnya kalau korang on kan bluetooth laptop atau hp korang.. system pada screen TV berwarna biru tu akan mengesan kot-kot ada virus dalam laptop atau hp korang tu.. canggihkan..

Wahhh kemain tekun lagi para blogger mendengar taklimat oleh F-Secure tentang antivirus mereka..

Selepas membuat lawatan di pejabat F-Secure kami diberikan penerangan berkenaan P1 Netsecure dan CD yang mengandungi license selama setahun.

Penerangan dibuat oleh Mr. Bryan (Account Service Manager) dari F-Secure. Untuk pengetahuan korang P1 Netsecure ini mengandungi Anti-virus, Anti-spyware, Firewall, Spam filter dan Parental Control, semuanya dalam satu. Ciri-ciri ini termasuklah membuat protection segera terhadap segala new threats, viruses, worms dan spyware. Menghalang komputer anda dari serangan hackers. Membersihkan email dari Spam dan phishing. Mengawal anak anda dari melayari laman web lucah, judi dan lain-lain. Dalam masa yang sama Mr. Bryan menunjukkan demo P1 Netsecure ni dan ianya terbukti sangat pantas dan berkesan serta mudah digunakan. Sekiranya berminat boleh cek harga kat sini.. http://www.p1.com.my/secure/plans.aspx


Key Features
Anti-virus
detects and stops malware received through emails,
removeable data storage, or downloaded from the internet.
Anti-spyware
Detects and removes spyware from your computers.
Firewall
Protects your computer against hackers.
Spam filter
Helps you stay free from spam email and phising attempts.
Parental control
Control your internet settings to protect your children from accessing
inappropriate web content. This function allows you to set different
profiles for children of different ages, create whitelists and blacklists
and even establish time limit for internet access. 

@Chongck hujung kanan… adalah orang P1 yang sangat baik dan dialah yang menjemput aku untuk menghadiri program P1 Lab day ini….

Sebelum balik semula ke PacketHub, kami dibawa melawat ke bilik rehat pekerja-pekerja F-Secure ini… kalau korang nak tau kat bilik ni macam-macam ada, ada pool tablel, PS3, Wii, dan macam-macam minuman dalam cooler yang disediakan.. ambil je nak apa… perrrhhh.. kan best kalau dapat kerja kat sini.. 🙂

Selepas dari melawat F-Secure, kami menaiki semula bus Vip P1 ke PacketHub dan disini ada taklimat berkenaan radiaksi oleh MCMC banyak info yang diterangkan dalam taklimat ni.. dan penceramah yang terlibat adalah seperti berikut..

– Tuan Hj Ismail Haron, (VP Of Corporate Office, Packet One Network  (M) Sdn. Bhd.

– En Mohd Ali Hanafiah ( Senior Director, Technology Standard & Network. SKMM)

– Dr. Wan Saffiey Wan Abdullah (Pengurus Kumpulan Radiaksi Tidak Mengion (NIR). Bahagian Keselamatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia.

– Dr Vany, Kementerian Kesihatan Malaysia

hehehe nilah member-member aku sebelah aku @tianchad, @philipkhor dan Jennifer (P1)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to P1 Lab Day Bersama Blogger

  1. CHONG CK says:

    Wow.. I'm orang yang sangat baik.. Thanks Zaid. I'll do more interesting event, and will invite as much as you all.. Thanks for your support ya..

  2. admin says:

    TQ Bro… ni yang i bertambah sayang kat u ni heheehhe.. 🙂

  3. eyriqazz says:

    kenapa saya tidak dijemput?huhuhu..yerla…siapalah saya…hik3..

  4. admin says:

    lol bro… sorry… heheehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *