Sports Toto Fitness Centre – Let’s Be Fit !!

Yes masa untuk bersenam dan kuruskan badan, yahoooo hari ni aku dah dapat membership card untuk Sports Toto Fitness kat Berjaya Times Square ni.. memang best fitness ni banyak kelengkapan dan besar, yang paling best ada bilik sauna dan steam, perhhhh lepas bersenam pastu masuk sauna lagi cepat lemak-lemak tepu aku ni turun. Korang tak berminat ke nak pergi GYM? aku baru je insaf dan nak mula bersenam balik. Yelah kerja shift macam aku ni memang susah nak bersenam kat taman sekarang dah ada GYM kat Times Square ni senang la sikit lepas kerja je pergi GYM.. bayangkanlah kan kalau hari-hari aku pergi GYM… mesti badan berketul-ketul macam Malik Nor ahahahah…

Sports Toto Fitness Centre ni telah dirasmikan dan dibuka untuk orang ramai sejak dari 1 April 2010 hari tu, Rate untuk membership dia seperti berikut :-

Monthly fee: RM150 (unlimited) / RM100 (time limit 5.30pm – 8pm)
Offer available now: Free joining fee and free 3 month
Upfront payment: 3 months.
Admin fee: RM100

Murahkan kalau nak bandingkan dengat fitness company yang lain agak mahal dan contract … lagi pun Sports Toto Fitness ni besar, 11,000 sq ft dan mempunya 3 kumpulan exercise studio Yoga, Group Power Weights, Dance dan banyak lagi. Tempat ni juga menyediakan personal trainer dan menyediakan juga kemudahan Towel service dan loker berkunci.

Aku baru je buat kad membership untuk setahun… eeeee gemuknya aku kat gambar tu.. takpe takpe.. lepas ni kalau aku dah kurus dan berbadan sasa korang jangan jeles pula yek.. aku dah suruh korang bersenam korang tak nak kan hehehehe.. oh ye ada sesiapa yang nak join Sports Toto Fitness kat BTS ni tak?… kalau ada please let me know ye..

Jadi jom lah daftar sama-sama aku dan dapatkan beg exclusive ini, tuala, kunci loker dan dua kupon promosi khas untuk korang… siapa cepat dia dapat … jadi cepatlah daftar dan selamat menguruskan badan… dan sentiasa sihat sepanjang masa yek…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Sports Toto Fitness Centre – Let’s Be Fit !!

  1. alice says:

    rajin ke pegi gym ???? cam x caye je….. hihi

  2. admin says:

    hahaha lepas ni ada org temankan aku alice.. siapa lagi kalau bukan awek aku lah.. 😛

  3. species1980 says:

    caya la bro….. keep fit…..

  4. ina camar says:

    fuhh… montok badan mu lepas ni.. ahahakss.. cayalah… leh bawak akak ker… utk promosi…

  5. nadia says:

    is sportstoto opening another branch at kepong?

  6. chris says:

    how much for 1 months?we wan pay all money 1st or pay for months?

  7. irene says:

    u think the service is bad,they ask me to sign 3mth contract,but the payment is my auto debit,after 3mth,I still received the auto debit statement frm sport toto,seem tis is a whole life package tat I sign,unless I terminate,I thought tat will be auto terminate if couse finish..I know johnathan the manager will read,..pls dun fall in tis trap…the marketing sanue told me I can take 2+1course,now become no expire date course,auto debit my credit after the course…no one want to handle me at berjaya time square…wht a big company…

  8. Mohd Zaid says:

    hopefully they will read and answer your problem.. 🙂

  9. rizwan ilyas says:

    i oready admmision last year but i have to go back my contery now i come back but i want three month package because after three month i go back again i pay three months advance payment kindly contect me my cell number 0163849042 thanx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *