Weather for Kuala Lumpur, MY

Current Conditions:
Mostly Cloudy, 81 F
Nuffnang Ads
MY SELANGOR STORY
I Love ChurpChurp
Featured Blogger Nuffnang
Main Menu Categories CITCAT


Archives
Tags Alexa Rank
Who's Online

15 visitors online now
7 guests, 8 bots, 0 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

Pelawat Mohdzaid.com
Pelawat Hari Ini: 198 orang


» Lotus Racing Homecoming – TQ TuneHotels
Posted by admin | 8 Comments
Posted on: March 31st, 2010

Pertama sekali aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada pihak TuneHotels yang sudi menjemput aku dan dua pemenang twitter yang lain menghadiri majlis Lotus Racing Homecoming di Pavillion Kuala Lumpur siang tadi. Mula-mula tak sangka boleh menang sebab ramai lagi yang masuk contest yang dianjurkan di Twitter @TuneHotels ni… tapi Alhamdulillah lah sebab terpilih juga akhirnya untuk sesi autograph bersama pelumba Lotus F1 ni..

Siapa tak kenal bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli, bekas pemandu Mclaren, Heikki Kovalainen dan semestinya tak ketinggalan anak muda Malaysia berjiwa kental iaitu Faruz Fauzy. Sudah semestinya kalau anda peminat setia F1 pasti tahu siapa mereka kan?… merekalah yang akan menggalas tugas sebagai pemandu Lotus F1 Racing Malaysia.

Kini Malaysia sudah ada pasukan F1 nya sendiri jadi kita sama-samalah memberi sokongan kepada mereka dan mengharumkan nama negara. Aku bukanlah peminat setia F1 tetapi aku juga menonton pelumbaan F1 kat TV, kalau dalam rumah aku tu mak dan adik aku memang kaki F1 , tanyalah siapa saja dalam pasukan F1 semua dia tahu.. hehehe tapi aku pun minat juga cuma bukan die hard fan lah..

Pemenang untuk kuiz Twitter @Tunehotels ni hanya untuk 3 orang bertuah je.. tapi aku invite Alice sebab boleh dia temankan aku, ye lah aku ni gugup sikit kalau jumpa orang mesti takut.. at least kalau dia ada aku rasa lega sikit.. sambil-sambil tu alice boleh tolong snapkan picture untuk aku.. yang bestnya lepas sesi autograph kami diajak oleh En.Biresh dan rakan dia (lupa nak tanya nama) ke restorant dalam Pavillion ni… diorang ada sediakan refreshment… ingatkan makan-makan dengan orang Tunehotel je tapi rupa-rupanya makan dengan Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Faruz Fauzy … perrhhhh peluang dan pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila..  bukan senang-senang tau nak jumpa diorang.. lagilah diorang orang penting dalam team F1 Lotus Malaysia … apa lagi masa nilah aku dan alice berkesempatan untuk lebih dekat dan bergambar dengan mereka. Pengalaman yang kedua ialah dapat bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lebih dekat lagi… bestnya dapat jumpa mereka… terima kasih banyak-banyaklah TuneHotels sebab tanpa anda tak sampailah saya kesini.

Ha ni nak promot sikit, tahukah korang Tunehotels adalah destinasi hotel budjet yang paling murah?… ya memang betul Tunehotels ada banyak cawangan di Malaysia dan Bali Indonesia. Murah dan korang boleh merasai pengalaman menginap di TuneHotels seperti berada di hotel 5 bintang tau… rate hotel jangan cakap lah memang murah gile.. tak caya.. korang usha la kat sini .. http://www.tunehotels.com/

Jom usha gambar-gambar yang sempat aku dan alice snap tadi..

View admin's Profile | Subscribe via RSS
Related Articles Similar posts plugin not found.
8 Responses
  • #1 On March 30th, 2010 @ 8:31 pm
    topo says:

    pergh.. jeles giler…

    Reply
    • #2 On March 31st, 2010 @ 4:42 am
      admin says:

      hihihi topo jangan la jeles… :P

      Reply
  • #3 On March 30th, 2010 @ 8:44 pm
    blowie says:

    perghhh boleh bergambar tu! huhuhu bukan senang nak dapat :)

    Reply
    • #4 On March 31st, 2010 @ 4:45 am
      admin says:

      tul tu blowie.. bukan setakat gambar je boleh ramah mesra ngan diorang lagi.. apa-apa pun thanks kepada tunehotels yang merialisasikan impianku ini.. huhu

      Reply
  • #5 On March 30th, 2010 @ 8:48 pm
    species1980 says:

    bro memang beruntung laa…dpat amik gambar ngan diorang….

    Reply
    • #6 On March 31st, 2010 @ 4:59 am
      admin says:

      tq bro..

      Reply
  • #7 On March 31st, 2010 @ 5:10 am
    blogresipi says:

    Tun Mahathir tetap pujaan hatiku.

    Teringin nak beli baju kemeja lotus tu. Berapa RM ye?

    Reply
    • #8 On April 3rd, 2010 @ 1:07 pm
      admin says:

      ntah la bro tertupa nak survey harga ari tu..

      Reply
Leave your response:

Name (Required)

Email (Required)

Website (Optional)

CommentLuv Enabled