Jalan-Jalan Di Aquaria KLCC – Part 1

Tau tak semalam kan aku kan pergi kan Aquaria KLCC …. ermmm cakap dengan nada yang penuh perasaan hahhaha… sebenarnya aku dan Alice dah lama merancang nak pergi Aquaria ni, tapi sebab asik BZ je dengan kerja sampai terlupa. Tapi disebabkan hari ni aku dan Alice bercuti jadi kami tak nak lepaskan peluang ni untuk beriadah, korang dah pernah pergi ke Aquaria KLCC?.. rugi dowh kalau tak pergi.. macam-macam hidupan laut ada.. kira tak rugilah kalau bawak anak-anak dan tak kira tua muda semua boleh pergi sambil berseronok sambil menimba ilmu kat sini.

Kalau korang nak pergi Aquaria KLCC ni ianya terletak kat bangunan KLCC convention center bersebelahan dengan bangunan KLCC twin tower tu… harga tiket masuk RM38 tapi tu untuk bangsa asing.. kalau macam kita rakyat Malaysia ni tunjuk IC dapat diskaun RM10 so bayar dalam RM28 je sorang.. tak la mahal pun janji puas dan semua ada.. best..best..best..

Kat pintu masuk kita boleh tengok ikan Piranha dalam aqarium, memang banyak tuk ikan Piranha, bayangkan kalau kita terjatuh dalam aquarium tu… huh mau tinggal tulang je lagi-lagi aku yang yang lazat lagi berkream lagi disukai ramai.. hahahaha.. kat dalam tinggkat satu ni korang boleh tengok haiwan-haiwan daratan macam cicak, berudu, kura-kura buaya, kura-kura ular, katak, ular, rama-rama, kumbang dan lain-lain.. kira haiwan yang separuh duduk kat darat separuh duduk kat air…

kat tingkat 2 pula korang boleh tengok banyak ikan-ikan kat laut ada ikan jerung, penyu, ikan yu, nemo dan macam-macam lagi… nanti tengok gambar kat bawah ye..

jom lah tengok gambar-gambar aku dan alice kat Aquaria KLCC ni… ni part 1 kalau nak tengok video macam mana diorang bagi makan kat ikan jerung tunggu part 2 ye… TQ

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com