Sepetang di KLIBF 2010 dan Happy Birthday Along!

Petang tadi aku, mak dan Alice pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kat PWTC ye lah hari ni hari terakhir pesta buku kalau tak pergi rugilah.. membaca tu kan jambatan ilmu, siapa kata blogger tak baca buku.. baca tau!!. Ramai sungguh orang shopping buku kat sini, mak aku pun nak beli banyak buku sebab minggu lepas dia tak kesempatan nak shopping buku sebab dia ada kerja kat booth Fajar Pakeer sebab nak sain menyain buku terbarunya “Tidakkah Ada Rindu” tu.. korang dah beli ke buku tu?,… beli tau dan supportlah penulisan Zara Aluwi ye…

Petang tu sempat gak lah cari buku-buku novel, walaupun aku tak minat baca novel tapi aku pergi meneman Alice dan mak aku gi beli novel… macam best je tengok diorang membeli.. tah baca tah tidak lah tu.. tapi tak apalah asalkan diorang minat membaca dari aku ni yang jarang membaca novel.. huhu.. banyak gak diorang memborong..

Borong apa tu Alice... waahhhh macam baca je..

Yang bertudung biru tu mak aku (Zara Aluwi) dan yang tudung coklat dan spekmata hitam tu peminat mak aku dan anak dia yang comel lote..

Mak aku sain autograph buku dia "Tidakkah Ada Rindu" untuk diberikan kepada kak Norhayati Berahim (NBKARA)

Senyummmmmmm.... haaa itulah buku mak aku "Tidakkah Ada Rindu" terbitan Fajar Pakeer... sambil dipegang oleh novelis tersohor NBKARA.

Adik teta tengah melayan peminatnya... huhu adik teta ni pun ada keluar buku baru tau.. jangan lupa beli.. yang pegang kepala upin ipin tu adalah Anuar Kamarudin penulis terbaru NBKARA dan novelnya bertajuk Blog Priasetia

Adik Kaisara dan mak aku Zara Aluwi.. peace...

Kebetulan hari ni hari jadi kakak aku Nuraffizi Binti Othman, Selamat hari jadi along… semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki… amin… ko jangan la marah-marah tunang ko tu.. kesian dia aku tengok hehehehe… apa-apa pun semoga kau terus success dan maju jaya dalam segala aspek yang ko buat ye…

Lepas je balik dari pesta buku tu aku, mak dan Alice terus ke KFC/Pizza Hut Kajang nak celebrate hari jadi along.. huhu best kan dapat berkumpul sekeluarga macam ni.. memang best.. niat memang nak makan KFC tapi bila sampai tempat dah full house so terpaksa lah tukar plan ke makan Pizza Hut… orang memang ramai maklumlah kerajaan dah gaji kan.. so semua orang malas masak makan fast food je..

Makan-makan Hari Jadi Along kat Pizza Hut Kajang..

Makan-makan Hari Jadi Along kat Pizza Hut Kajang..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Sepetang di KLIBF 2010 dan Happy Birthday Along!

  1. kirim salam kat emak yer.. nak sign… hehe.. happy birthday kakak… =D..

  2. walk says:

    happy birthday..;)

  3. eyriqazz says:

    ppst,psstt..pi sana bukan nak ajak….taknak sponsor buku ke?ble aku review di blog ku..hik3…

  4. JAI says:

    mmmm..tak tahulah bro..kalau tahu sure gua pegi singgah booth fajar tuhh

  5. admin says:

    insyaalah… huhuhu beli la dulu bukunya ruby nanti boleh minta mak i sain..

  6. admin says:

    huhu not my birthday.. tapi kakak saya punya birthday… dia cakap sama-sama.. dan terima kasih.. hehehe

  7. admin says:

    hihi sponsor?.. tu kene minta mak zaid la bro.. sesenang masuk je blog dia zaraaluwi.com ..

  8. admin says:

    oowh.. no problem bro.. kat MPH pun ada jual bukunya.. kalau sesenang gi sambar ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *