Placebo Concert KL LIVE (PHOTO/VIDEO) 16-March-2010

Konsert Placebo telah pun berlangsung di KL Live atau dulu dikenali sebagai KL Center Kuala Lumpur 16 Mac yang lalu. Kumpulan rock alternative yang dianggotai oleh Brian Molko, Stefan Olsdal  dan Steve Forrest berasal dari London sejak tahun 1994 ini mempunyai ramai peminat di serata dunia dan termasuk di Malaysia.

Tak sangka aku peminat Placebo di Malaysia memang ramai dan happening gile. Dari awal petang lagi peminat-peminat dah mula beratur didepan pintu masuk KL Live ni.. selalu penganjur buat konsert kat tapak letak kereta, tapi kali ni buat dekat KL Live, aku memang suka kalau pihak penganjur buat kat tempat tertutup sebab tak panas dan kalau hujan ada tempat berteduh… satu lagi yang bestnya kat KL Live ni sebab dia ada aircond, jadi penonton ramai macam mana sekali pun suasana tetap cool je..

Tepat 8 malam sebelum persembahan utama bermula, pihak penganjur iaitu Fat Boys telah meletakkan beberapa DJ hebat Twilight Action Girl (TAG), DJ Hackeem Elektrischer dan ikwal, bagi menghidangkan lagu-lagu terkini yang telah di mixup. Pastinya penonton dapat memanaskan badan sebelum acara utama bermula. Persembahan Placebo telah bermula sekitar jap 8.30 malam dan berakhir dalam 10.40 malam. Persembahan seacara aman dan tiada sebarang kekecohan berlaku. Aku sangat suka kalau tengok konsert dengan aman, bukan apa buat apa nak gaduh-gaduh…

Persembahan kumpulan Placebo ni memang gempak lah, dari pemerhatian aku semua penonton dan peminat terhibur dengan persembahan dan semua turut ikut nyanyi lagu kegemaran mereka bersama vokalis Placebo. Aku tengok ada peminat dari Kelantan, Johor, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan ada dari seberang Indonesia, Brunei dan Singapore. Tak lupa juga pelancong asing yang bercuti di Malaysia tidak ketinggalan menyaksikan kumpulan Placebo beraksi disini secara aman.

Antara lagu-lagu yang top dinyanyikan oleh kumpulan Placebo ini adalah, Follow The Cops Back Home, Speak In Tongues, Every me and every you, Special K dan banyak lagi… aku sempatlah rakam 6 lagu diorang.. tapi baru sempat upload dua je kat Youtube.. tak apalah korang tengok lah dulu video ni.. nanti aku upload yang lain.

Jom tengok video konsert yang sempat aku rakam hari tu… dan sila komen ye…


PLACEBO – Follow The Cops Back Home (KL LIVE MALAYSIA)

Placebo – Speak In Tongues (KL LIVE) @ MALAYSIA

Untuk tatapan semua gambar-gambar semasa konsert Placebo di KL Live yang lalu..


About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Placebo Concert KL LIVE (PHOTO/VIDEO) 16-March-2010

  1. alice says:

    best nyer…ramai gak org dtg eh…padahal sy pun baru tau keujudan band ni…

  2. whatevs says:

    peh gila ah, brian ni memang habit ke suka usik drummer die? haha bajet crowdsurf, tgk2 tenggelam terus steve…

  3. admin says:

    tu lah.. kalau saya dapat dua tiket boleh ajak u… tapi malangnya saya dapat satu tiket je… so next time ye kita pergi berdua.. hehehe

  4. admin says:

    hoho kamu pergi tak ari tu?..

  5. whatevs says:

    of koz la pegi, mtv susah2 hantar tiket dari singapore hari isnin lepas betul2 sebelum gig.. best memang best, member yg tak familiar sgt dgn placebo nih pun (yg dipaksa jadi teman) x putus2 puji 'wow best je sebenarnya band2 UK ni'. Hoh baru dia taw. Explosive gilark gig nih. Cam menarik kan dorang pakai wayang kulit jadi projection image masa lagu 'devil in details'? Sampai lambat gak sbb gi solat maghrib dulu (tak tau la org len camne, gi jamak ke hape). By the way, mana ada la lagu running up that hill dan because i want you time tu.. Huhu jgn hentam kromo macam murai.com.my sudeyh. Murai tu dulu buat artikel placebo kekwat la sombong la siap hina placebo tu nothing, beyonce lagi best (teruk betul taste si penulis artikel tu, bajet google takde record cached page ke?). Pastu yg lagi best pegi delete entry tu lepas ramai fans x puas hati. Ada hati nak interview tapi tak wat homework/research siapa placebo, lagi mau tanya kenapa sombong. ok2 saja emo2 pasal wartawan/penulis hiburan M'sia yg bajet dan ibarat katak bawah tempurung.
    p/s: telinga pekak 5 minit lepas keluar dari tempat tu huhu.. dan baju lekat bau rokok sialan >_<

  6. admin says:

    thanks for the info.. yang list lagu tu aku dah edit… sebab list ni aku dapat dari member… xoxo.. 😉

  7. erina says:

    im there too.
    placebo is freakin epic!

  8. zac says:

    awesome show, macam nak go back in time, so thanks for the vid hehe. bleh la buat kenangan. had to berdiri enjoy tepi muntah orang (ni set bawak awek yg haram taknah dengar Placebo pastu merajuk lepas muntah -__-;;). tapi takpe… bloody fantastic show.

  9. admin says:

    kekeke macam-macam ragamkan zac.. pape pun placebo the best..rugi kan sapa tak gi tengok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *