Album Review – Cinta Laura

-ALBUM REVIEW-

Status : Dipasaran Sekarang
Track Listing:

1. Cinta Atau Uang
2. Cape Hati
3. Shoot Me
4. Ya Iyalah
5. You Say AQ
6. Kebebasan
7. We Can Do It
8. Oh Baby
9. Guardian Angel
10. Let Me Go

Siapa tak kenal gadis cun, periang, comel dan kecil molek yang berasal dari Quakenbrück, Germany iaitu tak lain tak bukan, Cinta Laura atau nama sebenarnya Cinta Laura Kiehl. Darah campuran kacukan Jerman-Jawa, sebelah bapa Michael Kiehl (Jerman) dan sebelah mak Herdiana (Jawa, Indonesia) dilahirkan pada 17 Ogos 1993

Kalau di Malaysia bila sebut saja nama Cinta Laura pastinya teringatkan dengan drama sinetron iaitu “Upik Abu Dan Laura” yang disiarkan di TV3 suatu masa dulu. Cinta Laura ni sangat berbakat dalam bidang lakonan tapi dia juga berbakat dalam bidang nyanyian. Jangan ingat Cinta Laura hanya pandai menyanyi dan berlakon tau, kalau nak tahu sebelum dia menceburi dalam bidang seni dia seorang finalis ratu cantik dalam pertandingan Top Model 2006, tak salah lah kalau saya berikan dia jolokan awek cun hehehe.. sebab dia memang cun pun..

Kalau dulu masa cerita “Upik Abu Dan Laura” ditayangkan di TV3 pastinya kita terbuai dengan lagu tema cerita tersebut iaitu “You Say AQ”, lagu yang penuh tenaga dan energetic dari Cinta Laura. Adik-adik sepupu aku semua hafal lagu tu.. hari-hari nyanyi sampai aku pun turut hafallirik lagu tu.. cayalah.. memang best Cinta Laura ni..

Khas untuk peminat Cinta Laura di Malaysia.. haaa dengar sini! album debut terbarunya berjudul “CINTA LAURA” telah berada dipasaran Malaysia pada 2 Mac 2010 dan diterbitkan oleh SONY MUSIC ENTERTAINMENT INDONESIA. Lagu-lagu dalam album ni sangat best dan berirama catchy membuatkan kita pasti nak meloncat-loncat ketika mendengarnya. Cinta Laura sangat fasih berbahasa inggeris dan tidak kekok untuk berbahasa Indonesia, jadi dalam album ini diselitkan kedua-dua bahasa yang menjadikan lagu-lagu didalam album ini kedengaran unik sekali. Tak usah risau dengan bahasa yang ditampilkan dalam album ini kerana semua lagunya mudah difahami.

Dalam album “Cinta Laura” ni terdapat 10 buah lagu yang berentak catchy dan electro-pop. Lagu-lagu yang dimuatkan didalam album ni adalah Cinta Atau Uang, Cape Hati, Shoot Me, Ya Iya Lah, You Say AQ, Kebebasan, We Can Do It, Oh Baby, Guardian Angel dan Let Me Go. Antara lagu yang paling aku suka adalah Ya Iya Lah sebab irama dalam lagu ni sangat best sekali dengan lirik lagunya yang nakal dan manja. Lagu “Cinta Atau Uang” pasti menggamit hati kerana menggabungkan suara seperti kanak-kanak. Terdapat juga lagu berenta balada “Capek Hati” yang mendapat sentuhan dari komposer terkenal Indonesia iaitu Dewiq. Lagu “Shoot Me” macam dengar ganas je kan.. tapi lagu ni best rentak dia ala-ala era 80’an atau  Ace of Base yang berentak muzik electro. Dalam album ini juga dimuatkan dua buah lagu yang diambil dari album Oh Baby Soundtrack iaitu lagu “Oh Baby” dan “We Can Do It” yang merupakan single pertama yang dirakan Cinta Laura selama 3 bulan. Lagu-lagu ini telah mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Ramadhan, DJ Sumantri, Novi Umar, Teguh D dan Rayen Pasto sebagai guru vokal.

Jadi kepada peminat-peminat Cinta Laura di Malaysia jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan album terbaru “Cinta Laura” di kedai cd berhampiran anda. Kalau malas nak pergi kedai CD beli je secara online di www.Sonymusic.com.my dengan harga RM31.90 , tapi ingat..!! beli yang original ye.. SAY NO CETAK ROMPAK!! ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Luar Negara) and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Album Review – Cinta Laura

  1. Lovely Loverz says:

    ade ke jual kat malaysia ? kat area pahang ade tak ?

  2. Mohd Zaid says:

    Lovely Loverz ada je.. cuba cari kat kedai cd.. mesti ada punya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *