Misi Ke Hong Kong Hampir 70% …

Yahoo bestnya dapat pergi Hong Kong, .. tak sabar nak snap gambar banyak-banyak kat sana nanti.. aku ni memang gile tengok TVB Drama so memang aku nanti-nantikan kat sana boleh la jumpa aktor-aktor Hong Kong kalau boleh.. Ini lah pertama kali aku akan ke luar negara, sebab sebelum ni jalan-jalan Malaysia je dah satu Malaysia aku redah so sekarang masa untuk ke Hong Kong pula..

Bulan 12 tahun lepas aku dah beli tiket kapal terbang untuk kesana, harga kita murah juga lah dari sekarang dah hampir mahal.. so masa murah apa lagi tak tunggu terus rembat je… sekali rembat sampai 5 tiket.. aku akan ke Hong Kong bersama keluarga dan bakal abang ipar aku.

Semalam aku bawak mak dan kakak aku gi Matta Fair kat PWTC cari pakej yang murah-murah kat sana.. perhhh ingat pergi hari pertama tak la ramai orang, sekali sesak gile sampai nak beli tiket masuk pun kena beratur.. padahal aku pergi pagi tuh… sampai sana banyak kedai dan travel agensi yang kita orang cari, banyak juga pakej yang menarik dan murah. Tapi dah alang-alang pergi jauh tu apa salahnya habiskan sedikit duit. Cari punya cari terjumpa pakej 6 hari 5 malam,  pergi 6 tempat antaranya Guangzhou, Macau, Hong Kong, Penyu, Zhuhai, Shenzhen dan antara tempat yang bakal kami pergi adalah  Hong Kong Disneyland, Madame Tussauds, The Peak, Ocean Park Hong Kong, Avenue of Stars, Ladies Market, Jade Market & Jade Street dan banyak lagi…

Rasanya dah nak dekat dah masa pergi Hong Kong ni.. tapi yang tak bestnya pakej yang kita orang beli ni makanan dia NON Halal kalau nak makan pun dia hanya boleh bagi masak tanpa babi… yakksss… mana boleh.. kira haram gak tuh… kalau nak makanan islam kat sana kena tambah rm80 untuk setiap meal.. pedihh lah.. pasal tempat menarik tu dah ok.. cuma pasal makan je susah sikit…jadi kita orang ambil pakej tu tanpa makanan.. nanti pandai-pandailah kita orang cari tempat makan islam kat sana..  mahal pun mahal lah janji halal… tak sanggup aku nak makan bah ku teh.. hahahaha… susah-susah.. bawak je sardin atau kari ayam dalam tin banyak-banyak.. sampai sana hanya panaskan je..

Aku masih lagi cari list kedai-kedai dan restoran halal kat Hong Kong tapi yang murah-murah lah.. tapi kalau koran ada atau tahu tempat yang best sila-silalah kasi info kat sini ye.. ada orang kata cari je masjid gerenti banyak kedai islam kat situ..

Apa-apa pun aku dah tak sabar ni.. dah berkobar-kobar dah jantung ni nak melawat negera orang. Harap semuanya berjalan lancarlah sehingga bulan June ni sebab aku akan bertolak kat sana pada 25-June-2010 hingga 30-June-2010.

// Gambar aku dan Mak di Matta Fair //

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com